Alhamdulillah, dah selamat sampai di rumah pukul 11 pagi tadi. Naik flight pukul 7.20 Kuala Lumpur-Miri. Sampai rumah je, memang tak sempat nak blogwalking. Memandangkan tak tido pun gara-gara tengok Spain-France awal pagi tadi, sampai-sampai rumah je terus top up tido. Semalam, nak blogwalking pun tak sempat jugak. Busy nak packing barang apa semua.
Sebenarnya bukan tu yang Chipmunk nak cerita. Panjang sangat mukadimah tu. Salah satu sebab semalam tak sempat nak blogwalking, reply jejak apa semua sebab Chipmunk dan En. Barney pergi tengok movie Brave. But first of all, nak ucap thank you to Maybank on behalf of En. Barney sebab bagi 10 tiket free, untuk apa-apa movie di mana-mana GSC. Sebab En. Barney menang apa entah, tak sure pulak.
Movie ni basically pasal mother-daughter bonding lah. Biasalah salah faham antara mak dan anak perempuan. Merida ni kalau compare dengan kisah-kisah puteri lain, berbeza sikit. Nakal, kasar dan yang paling penting suka memanah. Sangat berbeza dengan apa yang mak Merida harapkan. Konflik terjadi bila suatu hari Merida kena pilih seorang calon suami daripada 3 calon dari 3 puak yang berbeza. Bila mak cakap ya dan anak pulak cakap tak, berlaku lah perbalahan yang kemudian melibatkan campur tangan ahli sihir jahat yang penuh dengan muslihat. Ada satu sumpahan yang mesti Merida rungkaikan, melibatkan mak Merida ni. Tapi syaratnya before the 2nd sunrise. Apa sumpahan tu dan apa kaitan dengan mak Merida dan apa yang terjadi selepas sunrise yang kedua? Dan malangnya sumpahan tu ada kaitan pulak dengan pengalaman pahit ayah Merida yang menyebabkan beliau kehilangan sebelah kaki.
Merida bersama ibu dan ayahnya serta 3 orang adik yang nakal.
Bagi Chipmunk cerita ni agak best jugak. Kalau nak bawa satu family tengok movie Brave ni, memang pilihan yang tepat. Ada satu part kat hujung-hujung movie ni yang buat Chipmunk rasa nak menangis. Lepas tu, adik-adik Merida tu pun agak kelakar tapi memang memeningkan kepala lah. Kitorang tengok hari tu yang 3D punya tapi Chipmunk tak reti sangat nak komen pasal effect 3D movie ni. For those yang tak tengok lagi, dan teringin nak bawa family keluar tengok movie or those yang teringin nak tengok movie yang santai-santai boleh lah tengok Brave di pawagam yang berhampiran. Masa Chipmunk dan En. Barney tengok hari tu, memang hall tu majority family yang bawa anak-anak.
Tiga ekor bear comel?
16 comments
Macam best plak citer ni..
macam nak ajak en.hubby p nonton.. ^^
Untungnya chipmunk selalu dpt tiket free. MIntak 2 tiket. Hewhew.
Best ye citer ni? Nampak gaya pun mcm best. Sbb 1st time tgk princess selekeh. Biasanya princess muka spoil je.
wah bestnya... dapat tiket free aje aisha ni..jeles tau!
mcm best je. boleh tgok ni.
mc best, nak try tgk laa
macam best pula lepas baca review ni...nak gi tengok la
Akk skang dah jarang tgk wayang sbb tiket bukan main mahal.. Nk jimat utk kawen la kate.. Huahuahauahua-
@LiLy @ MumMyQiStInA
movie ni mmg sesuai la kak klau bawa Qis skali.. mesti Qis suka.. hehe
@LydSunshine
kali ni bukan kite yg dpt.. hehe.. En. Barney yg dpt ni.. hehe
@azizah :)
en. barney yg dpt ni kak.. sy pun menumpang je.. hehe
@Asyiqin Haulisah
hehe.. tengok la...
@Cintaku Tihani
tgk jgn x tgk.. hehe
@puteri kasih
boleh bawa budak2 kecik tgk ni sis.. hehe
@Liyana Zahim
haha.. ni pun tiket free je kak..
macam bez je cite ni.. cari link download cite ni xde pula..hehe
@djdanchef
baru lagi kuar movie ni.. xtau la dh boleh download ke x.. tp yg kualiti gmbr xelok la klau ade pun..