05/01/2016

#Teaser : Cuti-Cuti Malaysia di Tahun Baru 2016

Disebabkan kemalasan untuk menaip terlampau bermaharajalela, I tunjukkan teaser dulu lah. Kalau ikutkan hati, nak tepek gambar satu dua aje. Tak perlu ada satu dua huruf sekali pun. Tapi rasa macam tak manis lah pulak. Dah macam masuk rumah orang tanpa buka kasut. Er, apa pulak perkaitannya taip entri dengan buka kasut ni? Okay, abaikan. 

Tarikh 2 January 2016. I dan En. Barney bersama seorang kawan baik Iolls bergerak menuju ke arah utara. Tujuan utama, pergi kenduri. Tujuan kedua, dah alang alang tu hantar lah kawan baik I balik kolej. Iye lah buka sem baru kan. Dan tujuan ketiga, nak terjah salah satu tempat tujuan pelancong itu.


Good Morning Sunshine!

Stay semalam. Misi hari kedua, cari limau bali kemudian terus ke destinasi seterusnya. Tempat yang mana ada banyak gambar yang I tak transfer lagi. So cerita penuh di kemudian hari lah jawabnya. Itu pun kalau Iolls rajin. Ehem. 



 Ada sesiapa nak teka di mana kah ini? Hint - yang pasti bukan Hogwarts. Hiks

Alah, yang ada FB or IG Iolls dah tau dulu lah. Ada je belanja gambar seketul dua. Tapi still, ada yang sudi meneka? Teka dengan betul boleh lah I masukkan sekali dalam bloglist bulan ini bagi yang tak tersenarai itu. Ehem.

p/s : Makin hari makin malas oi nak menaip. Sigh. 

14 comments

1/05/2016 08:20:00 am

sebelah utara ye, hurm tak dapat mengenal pasti.. hehehe..

1/05/2016 08:24:00 am

Kellie's castle ke? Haha taktau la nak teka apa kak Aisya, jarang gak g utara ni

1/05/2016 08:26:00 am

Lissa jarang travel. duduk berperap dalam pulau ja. jadi tak dapat nak teka. haha

1/05/2016 09:03:00 am

rajinkan diri kak aisya gogogo
tung la gi hogwarts. eh

1/05/2016 09:13:00 am

Wah bercuti ya...alhamdulillah..

1/05/2016 01:38:00 pm

Peneng?
tempat spesifik tak tahu, hehe

1/05/2016 02:31:00 pm

tengok daripada seni bina tersebut, Kellie Castle kah? hahaha...

1/05/2016 08:47:00 pm

kellies castle? tp naper ade daun tingkap fulakks., huhu

1/05/2016 11:17:00 pm

Dah tahuu dah pergi mana. Ehh. Hahaha !

1/06/2016 08:16:00 am

alamak! tak tahu lah kat mana. hehe

1/06/2016 11:59:00 am

ni kelli's catle kan..

1/07/2016 02:31:00 pm

Kellie Castle le teww...haa teringin jugak nak kesana..;)

1/09/2016 04:48:00 pm

Pergi mana ni? Istanbul? Kihkih

1/11/2016 03:15:00 pm

alaaa baru nak cakap hogwarts :P utara pon jarang jejak. btw comelnyaa akak, pink giteww.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...