25/04/2012

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang


Hari ni hari rabu, sepatutnya entry Wordless Wednesday la kan? Tapi hari ni macam nak kongsi pasal salah satu kisah yang ada di Sarawak ni. Bukan Lagenda Mahsuri ataupun Puteri Gunung Ledang, tapi kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Mesti ada yang tak tau lagi kisah dua orang puteri ni kan? Ni yang Chipmunk nak share ni.
Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).
 Tu baru sikit, kira macam intro la. Nanti Chipmunk cerita lagi mengenai dua orang tuan puteri yang cantik lagi menawan ni. Before tu kita tengok lirik lagu Puteri Santubong pulak. Mesti tau kan lagu ni? Before tu share video dulu. 


Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelaie,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampe ke mati.

Udah lejuk nya duak kelaie,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampe gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampe terkenak Sejinjang kepalak,
Lalu bertabor jadi Pulo Kerak.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pake ingatan sepanjang zaman.
Berdasarkan lagu ni, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ni merupakan 2 orang puteri yang sangat cantik menawan.  Puteri Santubong kerjanya menenun kain manakala Puteri Sejinjang ni menumbuk padi. Tapi satu hari, kedua-dua Puteri ni bergaduh siapa yang lebih cantik. Dan sorang pun taknak mengalah. Dah penat bertikam lidah, saling pukul-memukul pulak. Puteri Sejinjang ni menghayunkan alu terkena pipi Puteri Santubong sehingga berlekuk pipinya (puas cari apa maksud tebik ni, nak kata kemek macam ya jugak). Puteri Santubong ni taknak kalah lalu dibalingnya belida, terkena kepala Puteri Sejinjang (tikam dalam bahasa Sarawak bermaksud baling). Puteri Santubong kemudian berubah menjadi Gunung Santubong manakala Puteri Sejinjang menjadi pulau-pulau di sekitar atau berdasarkan lagu tersebut Pulau Kera.

Kalau dilihat, Gunung Santubong ni memang nampak ada kesan lekuk dan di sekitarnya pulak memang ada banyak pulau. Chipmunk pernah pergi sekali je daerah Santubong ni. InsyaAllah kalau ada kesempatan masa, boleh bawa En. Barney pulak. Siapa lagi nak ikut Chipmunk? Sila angkat kaki!



p/s: Gambar tu masa Chipmunk pergi Santubong bulan June 2010. Tu la last Chipmunk balik kampung. Rindu!

24 comments

4/25/2012 07:48:00 am

pernah bc novel sejarah kisah 2 puteri ni.. versi ubah kot.. satubong baik then sejinjang jahat.. sejinjang menganiaya satubong lepas satubong turun dr kayangan ke istananya di bumi.. then satubong tubuhkan kerajaan dia n berkahwin dgn manusia tp sejinjang yg busuk hati skali lg mnganiaya satubong.. sampaikan ayahanda mereka di kayangan marah n mnyumpah kedua2 mereka.. hehe

4/25/2012 09:13:00 am

owh..begitu kisahnye..
Thx for sharing..
Cantik gambar2 tu..

4/25/2012 11:21:00 am

wahh wahh saya nak itott!!! dah angkat dahh kaki nii hehehe :D

4/25/2012 11:56:00 am

lurh igt an betul2 turun dr kayangan .. rupanya pendatang asing . haha

Anonymous
4/25/2012 01:07:00 pm

Suke denga kisah ni n suke denga lagu die jugak…hee
Eh sye nak ikut *sambil angkat tangan* ^^

4/25/2012 02:04:00 pm

Pasya ada juak versi cdak kelaie sebab berebut putera serapi.. hehehe..

4/25/2012 09:59:00 pm

dengar tajuk je..sis dah teringat kat lagu tu..hikk

4/25/2012 10:04:00 pm

gamba puteri santubong ke tuh~ Hha.

4/26/2012 12:46:00 am

suka dengar lagu dia jep sebab pernah menari lagu nie. best betol. hehehe

Anonymous
4/26/2012 09:42:00 pm

suka lagu ni

4/27/2012 12:09:00 am

sangat suke lagu puteri santubong tu. jambatan tamparuli pn sy suka.

4/27/2012 01:36:00 pm

BOKLAH KMK TAUK SEJARAH SEBENAR NYA 2 TOK...

4/28/2012 06:21:00 am

@Zeaf I-sahus

xtaw la :)

4/28/2012 07:17:00 pm

@Haruno Hana 하나

pernah jugak dgr yg tu.. tp slalu org tua2 cerita yg ini.. =)

4/28/2012 07:17:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

thanks sis.. hehe

4/28/2012 07:18:00 pm

@Detective Fiqa

nk ikut cmne klau fiqa nk g plkn.. huhu

4/28/2012 07:19:00 pm

@-SUPERGIRL-

zaman dlu mane la ade istilah pendatang asing ni..

4/28/2012 07:20:00 pm

@Anonymous

jom la.. hehe

4/28/2012 07:20:00 pm

@Adibah Amalina

ya pun mcm ada dgr juak.. mcm2 versi nya.. tp yg tok yg femes.. hehe

4/28/2012 07:21:00 pm

@puteri kasih

lagu die best kan sis.. hehe

4/28/2012 07:51:00 pm

@m!3yr4h_LolLy

same la.. suke jgak.. hehe

4/28/2012 07:51:00 pm

@MaYa MustWany

same2.. hehe

4/28/2012 07:59:00 pm

@anNaqia

hafal dua2 lagu tu.. hehe

4/28/2012 08:03:00 pm

@Bui Junaidi

ada byk juak versinya bah.. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...