13/10/2013

Lintah Laut yang Colourful

Salah satu website wajib lawat, nationalgeographic.com. Sebab suka jawab Pop Quiz setiap hari sambil tambah pengetahuan sikit-sikit. Tak main lah buka rotikaya, beautifulnara dan yang seangkatan dengannya. Oh, menipu je sebenarnya ni. Kadang-kadang baca jugak dua tiga kali dalam seminggu. Haish, gosip semata-mata. 

Kadang-kadang selongkar jugak website natgeo tu. Suka tengok gambar-gambar yang ada. Semalam, selongkar punya selongkar baru lah I tahu ada binatang dipanggil Nudibranch. Itu kalau mat saleh punya bahasa, kalau bahasa kita ni senang cakap lintah laut yang colourful. Kalau istilah yang sebetulnya tu I memang tak tahu lah. Tengok-tengok gambar macam cantik jugak.


Dipanggil Spanish Dancer Nudibranch. Mungkin rupanya macam orang menari tango agaknya. Boleh ditemui di perairan New South Wales, Australia. Biasanya nudibranch ni sebesar jari tapi species yang ini agak besar sedikit. Boleh mencapai saiz sehingga 46 sentimeter.

Tritonia Nudibranch

Nudibranch di perairan Filipina


Chromodoris nudibranch yang ditemui di Palau. Biasanya hidupan ini hidup di perairan tropika. So besar kemungkinan ada jugak binatang ni ditemui di perairan negara kita kan. 


Nudibranch ni haiwan hermaphrodite, mempunyai kedua-dua organ reproduktif jantan dan betina. Dalam gambar di atas rasanya ada dua ekor yang tengah fertilize one another lah kot. 


Kalau perasan dalam gambar-gambar di atas, haiwan ni macam ada sesungut kan? Sesungut dengan fungsi deria ini dipanggil rhinophores dan oral tentacles

Sea Clown Nudibranch

Multicolored Nudibranch


Jangka hayatnya sekejap sahaja, dalam sebulan tapi ada juga yang mencecah sehingga lebih setahun cuma jarang-jarang lah. 

Tengok nudibranch ni macam comel je dan ikut apa yang I baca tak banyak lagi kajian yang dilakukan terhadap binatang ni. Kalau boleh buat research tentang binatang ni mesti seronok kan. Haish, rindu pulak nak buat kerja-kerja makmal. Dulu berminggu-minggu 'bermanja' dengan tikus makmal. Bagi makan gemuk-gemuk kemudian bedah. Ini semua tesis punya pasal. Tiba-tiba I jadi doktor bedah kejap, bukan bedah manusia tapi bedah tikus. Kira-kira lebih 20 ekor jugak pesakit I ni. 

sumber : INI

40 comments

10/13/2013 09:16:00 am

nuffed

10/13/2013 10:10:00 am

Cantik2 semuanye...
Pernah bedah tikus ye..cayalah..akak nampak tikus pun geli.. :)

10/13/2013 10:39:00 am

cantiknye lintah ni.. tak mcm lintah biasa.. huhu

10/13/2013 11:35:00 am

x pernah nmpk lintah colourful kat malaysia setakat nih.

10/13/2013 03:48:00 pm

Cantiknya lintah laut yang colourfull tu.. :-)

10/13/2013 03:58:00 pm

waahh.. sangat cantik... subhanallah..

10/13/2013 04:23:00 pm

veterinar ke?

ika pun suka tengok marine life, suka tengok N.G. Ika pernah terbaca kat mana ntah, katanya, "banyak lagi hidupan yang manusia belum temui, yang pelbagai bentuk, rupa dan warna".

after all, semuanya ciptaan Allah swt kan, Dia lebih mengetahui seluruh isi alam ni. kita hanya perlu percaya dan bersyukur dengan setiap yang dicipta :)

10/13/2013 06:14:00 pm

Wow lawanya. Antara sebab Tiey suka sangat bukak buku Biology yg tebal tu sebab nak tengok gambar hidupan laut. Sangat2x unik dan cantik.


My recent post : Hadiah Daripada KLIPS

10/13/2013 06:27:00 pm

subhanallah ... indahnya ciptaan ilahi ..

10/13/2013 07:04:00 pm

alololo...comel je depa!

10/13/2013 07:16:00 pm

cantiknya hidupan laut ni...wowww

10/13/2013 07:23:00 pm

ternganga kejap
langsung tak macam lintah
cantik sangat

10/13/2013 08:13:00 pm

Macam corak batik pun ada jugak.

10/13/2013 09:53:00 pm

walaupun lintah laut nampak cantik sangat..

10/14/2013 05:41:00 am

haiwan dlm lautan mmg byk yg unik2 aisya..

selalunya klu yg warna warni mcm tu x bole disentuh sbb mmpunyai bisa yg bahaya kpd manusia...

10/14/2013 11:34:00 am

Kacakkkkk eh..

10/14/2013 04:47:00 pm

SubhanAllah...
cantik nyer lintah laut tu..wrn wrni..suke tgk..^_^

tapi lau lintah kat darat ni...?? =_="

10/14/2013 10:52:00 pm

eee geliii

10/15/2013 01:24:00 pm

@Sasha

tq.. :)

10/15/2013 01:25:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

utk tesis je dah 20+.. labwork lain pun ada jugak.. hehe

10/15/2013 01:25:00 pm

@Aefa Aerisya

betul. warna warni. hehe

10/15/2013 01:26:00 pm

@aswadz

g la cari.. kot2 sp baru ke.. byk lagi sp yg belum ditemui ni.. hehe

10/15/2013 01:26:00 pm

@puteri airyn

kan.. :)

10/15/2013 01:26:00 pm

@Norhasniza Khalid

tu la mama.. cantik.. :)

10/15/2013 01:26:00 pm

@Normi Nieza

kan kan kan.. :)

10/15/2013 01:28:00 pm

@Affy Afiqah

bukan vet. bio-tech.. hehe

lintah ni saje pun rasanya pun baru 3000+ sp yg ditemui.. byk lg yg kita tak tau.. malaysia antara negara yg banyak simpan khazanah yg sebegini.. especially di borneo, ada byk lagi sp yg menanti utk ditemui.. :)

10/15/2013 01:28:00 pm

@Am_Mir

betul.. :)

10/15/2013 01:29:00 pm

@Sally Samsaiman

kan.. rasa nak picit2. haha!

10/15/2013 01:29:00 pm

@Montana

betapa indahnya ciptaan-Nya.. :)

10/15/2013 01:29:00 pm

@.::: Princess MOMOY :::.

kan sis.. warna warni sgt. :)

10/15/2013 01:30:00 pm

@Teena Tna

ye tak ye jugak eh.. hehe

10/15/2013 01:30:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

tak mcm yg biasanya.. :)

10/15/2013 01:31:00 pm

@Ayie Abas

betul2.. mmg bertoksik.. cuma tak tau kesan toksik nudibranch ni ke atas manusia sampai mana.. :)

10/15/2013 01:31:00 pm

@Sally Yatiey

kmk geram nak megang benda tok. haha

10/15/2013 01:31:00 pm

@Cik Yaya

lintah darat cik yaya nak ke? hiks

10/15/2013 01:32:00 pm

@azizah :)

ni mesti scroll cepat2 kan? hehe

10/15/2013 01:33:00 pm

@tiey smilez

buku bio tak best sgt.. try tengok site natgeo.. mcm2.. hehe

10/16/2013 01:15:00 pm

cantiknya..kalaulah dapat tengok dari jarak dekat mesti best kan :)

10/17/2013 09:52:00 pm

@puteri kasih

tau takpe sis.. geram nak pegang.. hehe

11/23/2015 05:38:00 pm

Cntik..tp bhaya

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...