17/03/2014

Red Pepper Chicken @ The Chicken Rice Shop

Ini kisah semalam. Dua hari catuan air, semalam sepatutnya bekalan air dah kembali pulih seperti biasa. Tapi memandangkan Iolls ni duduk di tingkat 4 jadi petang baru lah air paip 'memunculkan' dirinya. Air yang disimpan pun dah kontang, cukup untuk masa-masa terdesak saja. 

Anyway, ajak En. Barney ke The Curve kejap. Sebab yang pertama, nak pergi kedai buku MPH. Ada something yang I nak cari. Kedua, sebab nak lunch. Novel apa yang Iolls beli kat MPH tu nanti I story-story ya. Kita cakap-cakap pasal hal makan dulu. 


Sebab tahap kebulur tu berada di paras yang lebih tinggi dari kebiasaan, perut harus diisi dengan butir-butir nasi. Jadi malas nak pening kepala nak cari tempat makan yang bersepah kat The Curve tu, senang cerita The Chicken Rice Shop sudah. Settle. Lagipun ada orang tu macam teringin nak makan kat sini. 


Try ayam baru iaitu Red Pepper Chicken. Cili kering bukan main lagi berlambak. First tu takut jugak, sebab perut Iolls yang manja ni tak boleh disumbat dengan makanan yang pedas-pedas. Tapi Alhamdulillah, cili-cili kering itu hanyalah sekadar hiasan sahaja tanpa meninggalkan sebarang rasa yang signifikan. Melainkan uolls dengan senang hati kunyah cili kering tu macam makan Twisties. 


Iolls tak tau pulak Red Pepper Chicken ni ada sejak bila. Yela, bukan selalu pun makan di Chicken Rice Shop. Tapi Red Pepper Chicken boleh tahan lah. Nak kata tak sedap, sedap je. Cuma rasanya tak memberikan impak yang kuat terhadap deria rasa. Senang cerita, so-so je lah tapi tetap sedap jugak. 


Sebenarnya ada kisah disebalik cerita Red Pepper Chicken ni. Iolls ni jenis yang sangat tak suka makan sorang-sorang. Housemates masing-masing keluar. Nak masak, air tak ada pulak plus tak ada selera bila mengenangkan nak makan sorang diri. Makan sorang? Tak best lah. Feel nak makan pun tak ada. Tak sedar diri yang dia tu gastrik, ada hati lagi nak skip makan. 

p/s : bila masa nak habiskan novel baru ni. Jangan sampai terlupa nak tido sudah. 

52 comments

3/17/2014 09:17:00 am

kak aisya beli novel baru apa qila nak jugak hm takleh jadi ni hihi.
Qila nak mintak sikit ah akak qila punya vaucer buku hee~~ <3

3/17/2014 09:18:00 am

oh ya btw jgn ngade ngade skip makan ye :p hihihihi

3/17/2014 09:25:00 am

so tak pedasle ye... insyaAllah leh cuba ni...

kalau dah start baca novel mmg lupa tido...hhee

3/17/2014 10:12:00 am

susah air takde.. lama akak tak singgah makan di chicken rice shop..

3/17/2014 11:10:00 am

Nyamannnnn eh ;)

3/17/2014 11:13:00 am

not a fan of nasi ayam. tp yg ni nmpak macam sedap. maybe will try later.

3/17/2014 11:53:00 am

macam sedap je menu yg baru nie..terliur plak hehe..
klik 2x KFC^^

3/17/2014 02:26:00 pm

pernah keja part time kt chicken rice shop..hari2 mkn nasik ayam..hahaha..

3/17/2014 05:02:00 pm

tak pernah mkn kat chicken rice shop. tak sampai seru lagi nak ke sana hehe

3/17/2014 05:19:00 pm

Hi, Aisya...
k nrl pun jarang2 sekali pegi sini... kalau terdesak kot baru nampak the chicken rice shop... betul tu, mana feel makan sorang2, mesti berteman... nasib ada en barney kan... hehe

3/17/2014 06:08:00 pm

assalamualaikum.

ayie mmg suka mkn ayam..x kira masak jenis apa pun..hehe

3/17/2014 07:48:00 pm

berkesan.. boleh amalkan selalu trick tu.. hehe.. dah lama tak makan TCRS..

3/17/2014 08:50:00 pm

tingginya tingkat 4 . kondo ea?

3/17/2014 09:43:00 pm

@syuk shusuke
soon. dlm mimpi. haha!

3/17/2014 09:43:00 pm

@Chic Na
sangat berkesan! haha. tapi takleh amalkan selalu. memudaratkan kesihatan. hehe

3/17/2014 09:43:00 pm

@Ayie Abas
wslm.
yeay, kita geng. haha!

3/17/2014 09:44:00 pm

@Nurul
sebab tu tak suka makan sorg2 kak.. automatik selera mati. huhu

3/17/2014 10:01:00 pm

@vanilla
ajak lah en. husband try ayam baru tu.. hehe. boleh tahan gak rasanya. :D

3/17/2014 10:03:00 pm

@Niesa
mula2 boleh lah.. lama2 lejuk juak owh. hehe

3/17/2014 10:03:00 pm

@Normi Nieza
sedap :D

3/17/2014 10:05:00 pm

@ezyra daniel
nk kata sedap sgt tak jugak but still sedap jugak. hehe

3/17/2014 10:05:00 pm

@nuranne (formerly simplyseoul)
i love nasi ayam! hehe

3/17/2014 10:06:00 pm

@Sally Yatiey
om nom nom. hehe

3/17/2014 10:07:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
mmg susah pun kak. huhu

3/17/2014 10:08:00 pm

@msredcheesecake
sebab tu tak berani nak start lagi ni kak. hehe

3/17/2014 10:08:00 pm

@Akeyla Azmi
hahaha.. nak jugak beli novel baru. hehe

3/17/2014 10:08:00 pm

@Akeyla Azmi
:P

3/17/2014 10:46:00 pm

x pernah makan lagi kat situ.. hehe

3/18/2014 12:39:00 am

jangan skip makan sis , susah kalau sakit datang . try makan CRS nie last year . nak try jugakk ayam nie , macam sedap je . yumyum :3

3/18/2014 12:59:00 am

baru je sakit gastrik hari tu, dah nak skip makan. Nak kena cubit adik sis ni...hehe

3/18/2014 01:00:00 am

oops lupa nak cakap..thanks untuk hadiah yang comel tu. :)

3/18/2014 07:45:00 am

favourite akak ni aisya...tak yah nk skip2 makan tu dear...terang2 gestrik tu tk boleh lambat makan kan!!

akak pon if makan sesorang kurang berselera gamaknya...

3/18/2014 02:27:00 pm

hmm....masakan yang aku suka tuh

3/18/2014 03:22:00 pm

Alahai. Dah mengidam ni macam mana?

Ikhlas,
profhariz.com

3/18/2014 03:54:00 pm

Ahhhh..tgk pic makanan petang2 ni mmg wat terliur laaaa....

3/18/2014 05:12:00 pm

xpernah lagi makan kat CRS ni..
nti nak try la..cuma xtau bila je..

3/18/2014 10:25:00 pm

@Pha Is
nnti boleh la try.. hehe

3/18/2014 10:25:00 pm

@AmySyahiera Malik
boleh tahan sedap jugak lah. :D

3/18/2014 10:26:00 pm

@puteri kasih
tu la sis taknak teman sy lunch. huhu

3/18/2014 10:26:00 pm

@puteri kasih
same2. hik2

3/18/2014 10:27:00 pm

@rohalili hassan
alamak, kak roha dah marah lah. hehe..

tu la kak.. tak syok lah makan sorg. wajib berteman jugak. sobs

3/18/2014 10:27:00 pm

@Kisah Si Dairy
yummy2 :D

3/18/2014 10:27:00 pm

@wsc biolo
:D

3/18/2014 10:28:00 pm

@ProfHariz
kena cepat2 cari CRS lah ni. hehe

3/18/2014 10:28:00 pm

@noornazuha
oops. hehe

3/18/2014 10:28:00 pm

@Cik Yaya
insyaAllah ade rezeki, ade la. hehe

3/18/2014 11:57:00 pm

mmg xde feel mkn sorg2 k.shida pn xsuka hahaa.. :p

3/19/2014 07:35:00 am

akak slalu mkn kat alamanda jeee...tp CRS kat alamanda tuh ya allah, maha lembaps!!!...memg lembaps selembap lembaps nyaa...klu g situ tunggu order mau dkt 45 minit....rasa lapaq tu trus ilang berganti dgn rasa nak marah...

3/19/2014 10:40:00 pm

@Shida Radzuan
rela tak makan. adoi. haha

3/19/2014 10:42:00 pm

@Cik Puan Fadli
berapa kali jugak makan kat situ kak.. alahai.. dah la ramai satu hal.. lama pulak.. baik g makan mcd atau kfc je.. tak pun food court sudah.

3/29/2014 08:25:00 pm

Chicken rice shop mmg bkn plihan..huhu.xtau la nape tp mcm xjd plihan..hihi

3/30/2014 08:08:00 am

@ayut
sy suke sebab sy suke nasi ayam
hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...