11/04/2014

Salam Jumaat : Hawa, Wanita Pertama di Syurga

Allah SWT memberitahu kemuliaan yang diberikan kepada Adam selepas Dia menyuruh malaikat bersujud kepada Adam. Maka Allah memerintahkan Adam untuk tinggal di syurga, makan dan minum sepuasnya. 

Abu Dzar r.a bertanya, "Apakah Adam itu seorang nabi?"

Nabi Muhammad SAW menjawab, "Ya, dia seorang nabi dan rasul yang berbicara langsung dengan Allah, iaitu ketika Allah berfirman '...Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga...'"

Adam AS sudah terlebih dahulu tinggal di syurga, lalu Hawa diciptakan sebagai wanita pertama untuk menemaninya seperti perintah Allah SWT. Pada suatu ketika, iblis berjaya menggoda mereka. Lalu turunlah perintah Allah untuk mengeluarkan Adam dan Hawa keluar dari syurga kerana melanggar perintah-Nya

Ibnu Mas'ud dan beberapa orang sahabat berkata, Iblis diusir dari syurga sedangkan Adam AS ditempatkan di syurga. Adam pun berjalan-jalan kesunyian di syurga. Tiba-tiba dia tertidur. Ketika bangun, Hawa telah berada di sebelahnya untuk tinggal bersamanya. Kemudian, Hawa ditegur oleh Adam, "Siapakah engkau?" Hawa menjawab, "Saya seorang perempuan." Kemudian ditanya lagi, "Untuk apa engkau diciptakan?" Hawa menjawab, "Untuk tinggal bersama engkau di syurga." Malaikat ingin mengetahui ilmu Adam lalu bertanya, "Siapakah namanya wahai Adam?" Adam menjawab, "Hawa." Kemudian ditanya lagi, "Kenapa Hawa?" Adam menjawab lagi, "Kerana dia diciptakan daripada benda hidup."

Sumber : Google

sumber : ar-Raudhah, Karya Bestari.

11 comments

4/11/2014 12:00:00 pm

insyaAllah syurga untuk kita juga :)

4/11/2014 03:54:00 pm

^_^ cerita yang ringkas tapi seronok untuk di baca

4/11/2014 06:18:00 pm

kisah pertemuan adam n hawa

4/11/2014 10:03:00 pm

@NARDtheNERD
insyaAllah, amin. :D

4/11/2014 10:04:00 pm

@Aku Penghibur
terima kasih acik :)

4/11/2014 10:06:00 pm

@Yumida Huda
yup :)

4/12/2014 02:46:00 am

Suke pyka bca entry ni :)

4/12/2014 09:27:00 am

@Pykaa Pdott
tq :)

4/12/2014 12:37:00 pm

Alhamdulillah...
perkongsian yg baik..thanks cik aisya =)

4/15/2014 09:53:00 am

alangkah indahnya beliau dapat masuk syurga

4/18/2014 10:02:00 am

Kisah adam dan hawa ciptaan Allah...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...