29/09/2014

Engagement Lah Sangat !

Yang follow IG, yang friends di FB mungkin sedar tak sedar. Life event katanya. Alhamdulillah, last saturday dah upgrade status dari single ke engaged pulak. Biarpun majlis I rasa macam tak adalah berjalan dengan lancar dan bukan lah seperti yang I impikan pun. Boleh kata, jauh sekali lah. 

So-called dream engagement day kononnya nak simple saja. Tak perlu buat majlis. I jenis yang old school, bukan macam trend majlis pertunanganan orang zaman sekarang. Siap pelamin gah, persalinan macam nak pergi nikah dah. Oh tidak, awal-awal lagi I dah reject cara yang sebegitu. Orang lain nak meriah-meriah, I prefer yang lebih tertutup. 

One day before hari kejadian, I dah tawar hati sebenarnya. Petang sebelum hari tu, I dapat tahu family jemput sekampung setaman rupanya. Biarpun awal-awal dulu I dah bagitau, I tak nak majlis, cukup lah ahli keluarga terdekat dan orang kuat majlis. I tak sangka pulak orang kuat majlis tu sampai berpuluh orang. Bila tau rasa macam kena hempuk dengan batu satu tan. Terus rasa down gila-gila. Apa yang akan jadi, kalau diizinkan oleh Allah hanya sekali dalam seumur hidup. Mesti lah kita nak sehabis baik ikut apa yang kita impikan. 

I pernah terbaca, kalau diikutkan dari sisi agamanya sesuatu majlis pertunangan itu tak perlu lah dihebohkan kepada orang ramai. Cukup lah sekadar yang simple saja. Tapi itu bukan lah bermaksud kita merahsiakan sesebuah pertunangan tersebut. Kan? Betulkan I kalau I salah ya. Tapi nak buat macam mana, niat I untuk ke arah itu terpaksa diketepikan kerana kehendak keluarga yang lebih mementingkan adat. Takut nanti bila tak follow adat orang mengata pulak kan. Katanya memang adat untuk memeriahkan majlis pertunangan. Dan katanya lagi I yang tak faham adat. Yes, memang I tak faham pun tapi at least I cuba untuk mengutamakan apa yang lebih penting dari adat. 

Even perkara dah lepas pun, bila I ingat hari pertunangan sendiri automatik rasa sebak. Sedih dan terkilan. Ini bukan apa yang I nak. Hari kejadian pun I rasa macam sambil lewa. Tiada lagi excitement. Malas nak tangkap gambar, malas nak buat itu dan malas nak buat ini. Senyum rasa plastik. Lagi lah I rasa macam sedih terover. Nak taip entri ini pun dah berlinangan air mata. Orang lain ingat hari pertunangan bukan main lagi happy, I terbalik. Menangis pulak. Kadang-kadang I pun rasa macam I ni pelik sangat dari orang lain. Sekarang ni, memang I taknak ingat pun e-day sendiri. Cukup lah I sedar diri yang sekarang ni En. Barney bukan lagi boyfriend I yang gemuk  tapi tunang I yang dalam usaha untuk menguruskan diri dek kerana cincin tunang hampir tak muat. Hiks


Disebabkan niat I taknak menghebohkan majlis pertunangan, even kawan-kawan baik I sendiri pun I tak jemput. Sekali tengok parents dah jemput jiran belakang rumah, kiri kanan sekali. At least kalau majlis tertutup I ada jawapan yang solid lagi kenapa even BFFs sendiri pun tak jemput. Kalau dah tetamu majlis lebih dua dozen, I sendiri yang kena menahan perasaan. Sampai hati kawan baik sendiri pun tak jemput. Padahal itu majlis I kot. Bukannya sekadar open house raya. 

p/s : Dari sudut positifnya, at least I dah jadi tunang orang. Ehem

10 comments

9/29/2014 02:21:00 pm

Tahniah kak..

9/29/2014 02:41:00 pm

wah..dah jadi tunangan orang..congrats,dear..

9/29/2014 06:20:00 pm

whh dah bertunang la ni rupanya..lama xikuti citernya..hhee..tahniah..semoga kekal ke anak cucu

9/29/2014 10:33:00 pm

majlis dah pun berlalu. tak perlu sedih2 dah. yg lepas biarkan berlalu. yg penting dah bertunang.

9/30/2014 09:53:00 am

Selamat menjalani kehidupan berdarah manis Aisya. Enjoy every moment. And please banyakkan bersabar. :)

9/30/2014 12:28:00 pm

Tahniah Aisya...moga berkekalan hingga ke Jannah..

9/30/2014 12:47:00 pm

Salam, haha give me 5..tahniah dah bertunang, dear (n_n) happy for you..haha..hmm yup, same with you, kalau boleh bertunang tu nak just sedara-mara je, xnak buat besar2...habis duit i nt..baik guna utk kawin kan~
apa2 pun, tahniah ya :D

9/30/2014 04:01:00 pm

xpelaa, yang penting dah selamat jadi tunangan orang... :)

9/30/2014 04:30:00 pm

wahhh congrats...bila nak naik pelamin nanti jangan lupa jemput sis tau...hehe :D

10/01/2014 10:57:00 pm

em kalau fmly sdri yg arrange xpe la cik aisya..nk buat cmne..org tua kan..ikutkan je la..tp lau ikut kita ni mmg kalau boleh nak simple2 je kan..ikut yg sunnah itu lebih baik..lgpun tunang je..kalau nikah tu lain crita la kan..xpe,pkra da lepas jgn dkenang..heeee
anyway, congrate! ^_^ *senyum sket*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...