24/11/2014

Liebster Award : The Diary of Nabihah

I sebenarnya ada banyak soalan-soalan Liebster Award yang I simpan buat jeruk. Kalau jadi pickles betul tak apa lah jugak. Tak pun jeruk mangga asam boi. Sedap jugak dimakan. Nyummy. Tapi apakan daya dalam mimpi pun mungkin tak mampu bertukar menjadi jeruk yang sebenarnya.

By the way, tak busy woman lah kalau jawab Liebster Award sepantas kilat. Ha, nampak tak percaturannya di situ? 


Thank you Nabihah sebab tag Iolls. Dan sorry juga sebab lambat menjawab. Bukan apa, mood menjawab harus ada tapi nak menunggu mood tu bukan main payah lagi. Er, nak senang cerita cakap je la malas sebenarnya kan? Nak alasan bagai pulak. 

1. Which one do you like : Pink princess theme or Frozen? why?
Sorry tak minat warna pink. Dan Frozen pulak. Err tak tengok lagi lah movie tu. Kalau lagu Let It Go I tau lah. Let it go, let it gooooo.

2. Are you left-handed or right-handed?
I was born left-handed but trained to be right-handed. Mak Iolls cakap lah. Kecik-kecik I kidal. Biasalah kalau dah mak bapa memang cikgu haruslah pandai melatih anak mengikut acuan yang betul. Tak gitu?

3. Do you have any haters? Why do you think you have one?
I sedar akan kecomelan diri ini. So sure punya mesti ada. Eh, tapi I ni baik orangnya. Tapi kan orang yang baik itu lah ramai yang dengki. Betul tak? Sendiri taip, sendiri yang rasa macam nak lempang muka sendiri. Perasan!

4. Do you think orang yang tidak mempunyai pelajaran (tidak masuk mana-mana IPT) deserve untuk diperlekehkan? Why?
Kerja tuhan. Kalau dah ditentukan dia lebih berjaya macam mana? Patutkah dia dipandang rendah sebab tak masuk IPT atau patutkah dia dihormati sebab dia seorang yang berjaya? Pilihan itu di tangan anda. Pilih lah dengan bijak. 

5. What is the best way to saving your money? 
Rancang perbelanjaan seeloknya. Jangan boros. Utamakan keperluan daripada kehendak. Tapi kadang-kadang tergelincir jugak dari landasan jadi penawarnya kena kuatkan hati. Jangan ikut nafsu. 

6. Do you like sweets?
Bagi lah makanan manis-manis kat I nescaya lepas tu I akan jadi pening-pening lalat sebab benda manis memeningkan kepala. Nasib baik tak transform jadi lalat je. Kalau tak En. Barney pulak yang pening. 

7. Do you think there is a reason why you be like this? (your current life)
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya perancangan. Betul tak?

8. Do you think that kakak/abang also should respect adik? why?
Sudah semestinya. Hormat itu adalah perkara asas dalam hidup bermasyarakat. Kalau dengan adik-beradik pun saling tak menghormati, apatah lagi dengan orang luar. Adik-adik ni pun, kalau abang kakak tegur itu tandanya dia nak tengok adik dia jadi insan yang lebih baik. So suatu hari nanti boleh lah dia bangga dengan adik sendiri. 

9. When your parents answered 'NO' to your request/question, do you think they have their own reason or they just simply annoying?
Tiba-tiba I rasa macam nak gelak pulak baca soalan ni. Comel sangat alahai. Bila fikir balik, I ni bukan jenis yang minta itu ini. Tapi kalau I request tu, maksudnya I betul-betul nak. Tipu lah kalau tak rasa frust langsung. Tapi nak buat macam mana, dah orang tua kata tidak tu, tidak lah. Ada lah tu sebabnya. 

10. Do you believe in fairy tale? love story?
Eh eh tak tahu ke yang I ni kan adik Peter Pan. Takkan tak percaya lagi kot. 

11. What is your dream?
Secara general nya ada banyak. Nak I ceritakan dengan terperinci? Tunggu sampai tahun depan pun I mungkin tak habis menaip lagi. 

Disebabkan Iolls dah pernah tag dan soal sebelum ni jadi malas lah nak soal dan cari mangsa baru. Ada 22 soalan lagi perlu dijawab. Tapi itu tak tau lah bila akan settle nya. Bulan depan? Tahun depan. 

p/s : Ha ada lagi nak tambah soalan jadi 33? Sila, sila. 

5 comments

11/24/2014 04:38:00 pm

banyak tu soalan.. jawab slow2 yer.. tpy suka bab ipt tu.. xperlu pdng xelok kalo xmasuk uni pon.. tpy pndgn orng berbeza.. klo dream tu xyah ckplhkan.. mmg bnyk deh..

11/24/2014 04:43:00 pm

kmk sampe kinek siktauk apa benda liebster award tok. tedah sik? hahahhaa xD tapi mcm best jak. at least ada juak benda k update kann mun sekda idea nak update apa dalam blog. hihihi

11/24/2014 09:44:00 pm

penat juga lau nk mnjwab bpuloh soklan ni..hehe

11/24/2014 09:53:00 pm

ohh masih ada liebster award ni ye...ingatkan takde dah. Part menjawab soalan..sis memang pemalas...hehehe

11/29/2014 01:33:00 pm

Gila kentang banyak.
Qila tak mampu ah nak jawab n tanya balik oh tidak hahaha.
Kak aisya born left handed!?

Seppp. Hehe but im still left handed hihuhi. Would love to right with bith hand tho! hehehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...