Kelmarin. Husband bawa balik 4 tongkol jagung. Family biras yang bagi.
Masuk rumah, letak jagung atas meja makan terus bagitau. Nak makan macam yang makcik Iolls masak masa kitorang balik kampung tahun lepas.
Dan memandangkan I mc hari ini, so before ambik baby Aafiyah dari nursery makanya bertukang la dulu di dapur.
Prepare bahan bahan then lepas tidurkan Aafiyah terus campak masuk kuali je semuanya.
Bahan bahannya mudah sangat. I main campak campak je lah of course.
Tumbuk bawang merah and bawang putih. Ikan bilis sejemput.
Tumis bahan tersebut sampai naik baunya baru campur sos tiram satu sudu makan.
Bubuh air sikit, biar mendidih kejap. Baru masukkan jagung.
Kacau dulu telur dalam mangkuk. Lepas tu baru masukkan ke dalam kuali.
Biarkan kejap sebelum kacau rata.
Garam secukup rasa then tambah cili merah kononnya sebagai hiasan untuk menyerikan lagi hidangan.
Nak kesan yang lagi umph, tumbuk dulu jagung before campak masuk kuali. Bak kata mak Iolls, biar jagung tu pecah pecah agar lebih sebati dengan telur.
Jagung dalam gambar diatas? Itu tanpa tumbukan manja. Tak menyempat lah nak angkat batu lesung bagai. Belum sempat lagi jagung terjun ke dalam kuali, Aafiyah yang terlebih dulu terjaga dari mimpi yang indah itu.
p/s: gigih google apakah penjodoh bilangan untuk jagung. Tongkol ye anak anak.
8 comments
nampak sdap..:)
selalu jagung ni letak butter dan gula... yang letak telur ..hah new resepi ,,insyaAllah boleh cuba nanti
Ni kira sayur ke makan mcm tu aje?
Mmg sedap pun. Hehe
Terbayang2 plak jagung cup tu alahai sedapnye. Hehe
Kira lauk mkan dgn nasi la. Hehe
First time tahu resepi jagung dengan telur. Biasa makan dengan butter dan susu je. Hii. Menarik.
Satu tongkol jagung ye anak-anak :D
Siqah follow sini #3400 Selamat berkenalan Aisya :)
Bleh try la pasni. Selamat berkenalan jugak. Hehe