06/12/2011

Bila hajat nak masuk Masterchef tak kesampaian


Beliau ni memang hebat memasak.Sebab apa Chipmunk cakap beliau hebat memasak? Sebab beliau ni memang berada di dapur sepanjang masa. Beliau memang ada memasang hajat untuk join Masterchef. Tapi apakan daya, beliau tidak diterima. Memang frust menonggeng la beliau. Nak tau beliau tu siapa? Beliau adalah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Frust menonggeng atas meja makan sebab tak dapat masuk Masterchef.

Memang Cik Teng-Teng yang sediakan breakfast kami sekeluarga.

05/12/2011

Cuti-Cuti Malaysia


Alhamdulillah.
Kami berempat selamat sampai. Minggu yang agak padat. Dan penat. Kesian En. Barney, drive sorang-sorang UKM-Sg. Petani. Suruh tukar beliau cakap larat. Lepas tu mengadu sakit belakang la etc. Walaupun penat tapi best. Boleh jumpa Kak Zana a.k.a pengantin baru setelah sekian lama tak jumpa. Setahun lebih jugak la. 

Sampai sana memang tak sempat la nak buka laptop online. Kalau online pun, online FB dan Twitter je la. Tu pun guna phone je. Yang lain memang tak sempat. Bertolak lepas En. Barney balik solat jumaat, lalu KL yang jammed untuk ke UIA. Lepas tu terus bertolak. Dengan hujan lebat lagi dalam perjalanan. Mana tak sampai dekat pukul 1 pagi. Sampai UKM pulak pukul 11 malam semalam. Actually, pukul 6.15 petang sampai dah. Tapi singgah rumah En. Barney dulu. Tapi syukur alhamdulillah, selamat sampai dan selamat kembali. Sepanjang perjalanan pergi dan balik memang tak tido langsung la. Excited nak pandang kiri kanan even waktu malam or hujan sekalipun. Lagipun nak teman En. Barney jugak. Banyak jugak ambik gambar tapi nak letak sini memang tak dapat la. Ada berapa je yang Chipmunk letak kat blog.

 Selamat Pengantin Baru. Kak Zana cantiklah.

 Dapat jumpa budak comel ni. Selalu tengok dalam gambar je. Dah la nak ambik gambar budak ni cukup payah.

 Rm2.50 je okay. Tapi tak tau la ni kat mana. Ikut je En. Barney bawa mana. Aran Serabut tau kot kat mana tempat ni. 

 Datang sini rasa segar mata. Memang hijau je. 

Yang ni wajib okay. Nak duduk atas segan. Duduk bawah je la.

p/s: tak dapat nak jumpa RAM semalam

02/12/2011

Entry yang padat tapi tak berapa nak ringkas


Ada banyak sangat benda yang nak ditaipkan ni. Tapi disebabkan kekangan masa dan kepadatan jadual kebelakangan ni terpaksa la buat entry yang ringkas dan padat. Takda la ringkas sangat pun.


Baru je minggu lepas Chipmunk dan yang lain-lain bertolak untuk menghadiri majlis perkahwinan Angah di Tangkak dan merayau-rayau di Bandaraya Melaka bersama Cik Maizura. Hari ni Chipmunk dan En. Barney akan bertolak balik ke kampung pulak. Eh, bukan. Sebenarnya, Chipmunk dan En. Barney akan bertolak ke Sungai Petani. Ada urusan rumahtangga sikit. Eh, silap lagi. Untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang penari Kelab Tarian Sanggar Citra merangkap salah sorang kakak kesayangan Chipmunk di UKM ni. Dan kebetulan, Chipmunk dan En. Barney diberi kepercayaan untuk jadi pengapit. Ingatkan Kak Zana main-main suruh kitorang jadi pengapit ni, siap gelak-gelak lagi. Sekali betul-betul, masing-masing kelam kabut.



Tadi Chipmunk dan En. Barney pergi The Mines sekejap. En. Barney nak bayar bil broadband beliau. Tapi, last-last Chipmunk pun nak satu jugak. Dan sekarang ni, bersenang-lenang kejap online guna broadband baru. Asyik pinjam En. Barney punya je. Lepas ni  boleh la online kat mana-mana kan? Dan boleh lah blogwalking etc. Kalau bateri laptop ni bukan jenis yang tak-sempat-nak-enter-password-terus-padam tak apa jugak. Dalam kereta pun boleh reply jejak korang lagi.


Dan masa kat The Mines tadi, Chipmunk dah borong tiga kotak contact lens Freshlook Colorblends. Satu kotak RM50, tapi dah offer tiga kotak RM120. Kali ni try colour Gray pulak. Biasanya Chipmunk ambik colour Brown sebab nampak natural sikit, tak ketara sangat pakai lens colour-colour ni. Chipmunk beli lens colour ni pun sebab mata Chipmunk sebelah je yang rabun, yang sebelah lagi normal. Apa optometrist cakap, lazy eyes apa entah. So, kalau beli lens biasa macam pelik je pakai sebelah mata je. Tambah pulak Chipmunk ni jenis yang tak suka pakai cermin mata. Jadi, pakai lens je la caranya kalau nak keluar ke mana-mana. Dan lagi satu perangai Chipmunk ni, Chipmunk agak cerewet bab-bab lens ni. Sepanjang 4 tahun Chipmunk pakai lens ni, Chipmunk pernah pakai iContacts, Freshkon dan Freshlook je. Yang lain-lain tu Chipmunk tak berapa nak percaya sangat especially lens yang boleh pakai sampai setahun or whatsoever tu. Setakat ni yang paling selesa Chipmunk pakai adalah Freshlook. Harga pun okay jugak. Dan nak pakai pun rasa terjamin sebab beli kat kedai optical terus compare tu beli-beli online semua tu. Tu apa yang Chipmunk rasa lah, orang lain mungkin lain pandangannya kan? Tapi siapa-siapa yang nak beli lens atau nak buat cermin mata baru atau nak tukar frame cermin mata etc boleh lah serbu kedai-kedai optical masa ni. Chipmunk tengok diorang ni macam berlumba-lumba pulak buat sale.

p/s: tiba-tiba rasa segan pulak ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...