17/04/2012

Kenalpasti Jantina Kura-kura?


Beberapa hari yang lepas, Chipmunk ada post entry mengenai sedikit tips penjagaan kura-kura (boleh klik SINI untuk baca entry tersebut). Jadi, beberapa hari ni ada jugak lah sedikit soal jawab mengenai kura-kura antara Chipmunk dan Mama Pipie

Jadi hari ni Chipmunk nak share sikit mengenai tips untuk mengenalpasti jantina kura-kura. Ni semua berdasarkan apa yang Chipmunk baca di blog atau di mana-mana ataupun pengalaman Chipmunk sendiri.

1) Ekor : Ekor kura-kura jantan lagi panjang dan tebal dari ekor kura-kura betina.
- Yang ni Chipmunk perasan yang ekor TinTin (jantan) lagi panjang dari ekor Tweety (betina).

2) Saiz : Kura-kura jantan mempunyai saiz yang lagi kecil dari kura-kura betina
- Tweety tu dah nak sama besar dengan Ken dah tapi si TinTin tetap kecik tu jugak

3) Corak di bawah cangkerang : Ada jalur di bahagian bawah tu yang membezakan jantan dan betina. Yang betina mempunyai jalur yang tertutup manakala yang jantan jalur yang terbuka.
- Chipmunk dah check ketiga-tiga kura-kura Chipmunk. Ken dan TinTin mempunyai jalur yang terbuka manakala Tweety pulak mempunyai jalur yang tertutup.

Tu apa yang Chipmunk boleh kenalpasti dari kura-kura Chipmunk. Ada banyak lagi cara dan tips yang kita boleh ikut macam mana nak kenalpasti jantina kura-kura ni. Boleh klik link kat bawah untuk keterangan lanjut.


Bagi Chipmunk, Cik Tom dah bagi keterangan dan penjelasan yang cukup mudah dan jelas. Senang nak ikut. Untuk Mama Pipie, Mama boleh la try tips tersebut, bolehlah kenalpasti kura-kura Mama tu si Kumbang ataupun si Bunga. Hehe

Sayalah Ken si Otai!

16/04/2012

FreeShawls GIVEAWAY by missmyd


Pagi-pagi ni nak join GA lah. Dah lama nak join sebenarnya cuma sekarang ni GA dan contest semakin mengarut dan kena follow/like beribu-ribu sponsor etc. Sungguh tak suka GA yang sangat leceh macam tu.That's why la kalau ada siapa-siapa tag tu, kalau Chipmunk tak join ada dua sebab lah. Satu, tak sempat nak buat. Dua, syarat entah apa-apa. Kena like/follow macam-macam. Satu dua tak apa lagi. Ni kalau dah sampai 20 kau nak follow/like siapa tak hangin kan? 

Sorry, ter'melencong' sekejap dari tujuan asal.

Semalam, kebetulan Chipmunk dah kena tag dengan Cik Iqa Qayra ni. Thanks ye sebab tag.


Syarat-syaratnya senang je. Kalau nak tau apa syaratnya tu boleh lah klik banner di atas ye.

Kat sini Chipmunk nak tag,
 

Due Date : 25 April 2012

15/04/2012

Hadiah dari Seekor Kucing?




Apakah hadiah yang anda pernah dapat daripada kucing anda? Bangkai burung atau bangkai tikus ataupun bangkai belalang yang bersaiz besar? Atau ada lagi hadiah yang LAGI EKSTRIM dari tu?



Saya adalah seekor kucing diva yang over. Haruslah kerja saya hanya makan, tidur dan bermain sahaja.
-Cik TengTeng-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...