02/09/2012

Zombie Brains

Dalam entry INI, Chipmunk ada story-story pasal satu brand lip balm ni kan? Ramai yang komen, tak pernah dengar brand yang ni, tak pernah tau pun. Setahu Chipmunk lip balm ni tak ada dijual kat Watsons or Guardian atau kat mana-mana. Nak beli pun, kena beli online kat SINI.  Chipmunk pernah cerita dalam entry yang INI, Chipmunk tau pasal brand yang ni pun melalui kawan yang tau dari kawan dia. Ada jugak yang tanya lip balm ni ada warna atau clear? FYI, lip balm yang ni tak ada apa-apa colour pun, clear je.

Jadi dalam entry ni Chipmunk nak cerita sikit mengenai flavour yang Chipmunk beli hari tu. Buat review lah kononnya kan? 

Sorry lah, background lagi clear pulak dari benda yang nak difokuskan. Biasalah, camera phone saje.

Mula-mula Chipmunk scroll flavour yang ada untuk dipilih kat website My Lip Stuff Malaysia ni, bila Chipmunk terpandang nama flavour Zombie Brains, Chipmunk dah buat muka jijik. Tak ada nama lain ke nak letak. Dan automatically terbayang game Plant Vs. Zombie. Bila baca description, terus KIV perisa yang ni sebab nak tengok perisa apa lagi yang best. Ada banyak sangat perisa yang ada, jadi tak tau nak pilih yang mana. 

Untuk pengetahuan korang, perisa Zombie Brains ni sebenarnya perisa Chocolate Mints. Bila lip balm ni sampai ke tangan hari tu terus buka sebab nak rasa Zombie Brains punya flavour. Tapi before rasa tu, bau lip balm ni macam CHOCOLATE betul-betul! Then, bila sapu kat bibir rasa macam tengah makan chocolate yang ada rasa mint je. Perisa chocolate dengan mint tu boleh cakap memang perfect blend lah! Kadang Chipmunk rasa macam sapu chocolate je kat bibir, bukan sapu lip balm. Bau pun dah bau chocolate betul-betul. Boleh kenyang pakai lip balm ni saje. Yelah, dah rasa macam makan chocolate betul-betul. Kalau nak baca description Zombie Brains boleh lah klik SINI.

Tu baru cakap pasal perisa. Lip balm ni bukan je sedap kat part perisa tapi melembapkan bibir jugak. Dah nama pun lip balm kan? Tapi ada certain lip balm tu, kita kena selalu apply baru nampak bibir lembap. Tapi lip balm MLS ni, bila kita selalu sapu lama-lama bibir tak nampak kering dah. Chipmunk ni jenis yang payah sangat minum air masak, memang nampak kering lah bibir tu, merekah lagi. Tapi Chipmunk selalu apply lip balm MLS ni sebab nak rasa chocolate tu punya pasal. Lama-lama bibir nampak macam kena sapu lip balm je walaupun tak letak apa-apa pun sebenarnya. Nampak cantik je. Plus tak nampak bibir kering sebab kurang minum air masak. Tapi tu tak lah bermaksud Chipmunk boleh avoid minum air masak kan?

Biarpun tak apply lip balm tapi nampak lebih kurang macam ni lah (sumber : google)

Tak menyesal beli flavour yang ni. Nama je dengar macam jijik tapi sedap. Kalau boleh dimakan, memang Chipmunk dah makan dah. Itu lah orang cakap, jangan menilai sesuatu dari segi luaran saja. Semua aspek kita kena tengok jugak. Kalau siapa-siapa nak order perisa Zombie Brains ni boleh lah klik SINI. Tapi harga tak dapat lah RM6 macam yang Chipmunk beli, tu pun masa promotion hari tu. Sekarang ni RM13 dah. Nak tunggu promotion 50% macam hari tu tak tau lah bila lagi ada. Tak apa lah kalau sekali sekala berbelanja untuk kecantikan ni. Tapi jangan la ambik kira cantik luar je, dalam pun kena cantik jugak. Kan kan kan?

01/09/2012

Chipsmore : Kejap ada kejap tak!


Tak ada mood pulak nak taip panjang-panjang and lebih-lebih hari ni. Since raya ketiga hari tu, tahap kesihatan dah macam air pasang surut. Sekarang ni pun tak berapa sihat balik dah. Kepala rasa berat bukan main. Chipmunk syak sebab badan penat dan tak cukup rehat selepas plus minus 2 hari tak boleh tido dengan jayanya. Itu lah, dah jadi macam Chipsmore. Kejap sakit, kejap sihat. Ya Allah, cepat-cepat lah sembuh. Sabtu ni dah nak daftar untuk sambung belajar dah. 

sumber : google

Bak kata Cik Tirah, kalau tak boleh tido pergi layan MV confirm terlelap punya. Tapi music video terbaru Taylor Swift untuk lagu We Are Never Ever Getting Back Together ni buat Chipmunk sakit perut gelak adalah. Mula-mula dengar lagu ni dan tengok music video ni memang rasa annoying gila! Tapi dah ulang banyak-banyak kali best pulak. 

Lipbalms dari My Lip Stuff dah sampai!


Beberapa hari yang lepas, Chipmunk ada promote something yang Chipmunk beli online kan? Boleh lah rujuk kat SINI. Dan dalam entry tu jugak Chipmunk ada bagitau yang benda tu dah sampai sebenarnya cuma Chipmunk yang terlebih leka tengok Running Man sampai tak sedar abang posmen nak bagi parcel PosLaju.

Jadi rabu lepas, Chipmunk dan bestfriend, Alyn pun pergi lah PosLaju nak ambik benda tu before lepak-lepak makan Burger Tunok di Kinky Fat Chef Kitchen (Rujuk entry INI). Balik tu terus lah membongkar bungkusan tadi kan. Dan ini.....


Ini Lipbalm dari My Lip Stuff Malaysia. Chipmunk beli dua dan adik Chipmunk beli dua. Jadi total 4 lah. Kalau 4 setengah tu entah tikus mana lah yang telan setengahnya kan? Sebab Chipmunk beli lipbalm ni semua masa 50% sale, harga total 4 tube lipbalm ni hanyak RM24. Kalau harga asalnya RM13 x 4 = RM52 tak termasuk postage lagi. Yang Chipmunk pilih ni Limited Edition Holiday Balms jadi satu tube tu RM13. Kalau yang biasa RM12 per tube.


Gambar yang kat atas tu adik Chipmunk punya. Dan dia ambik perisa Snowflakes dan jugak Designated Drivers. Snowflakes ni kalau tak silap perisa Vanilla. Designated Drivers ni pulak boleh baca kat SINI.



Yang Chipmunk pilih pulak Mint Chip Cheesecake dan Zombie Brains. Nama pun dah pelik kan? Chipmunk dah pakai Zombie Brains tu. InsyaAllah, esok Chipmunk story pasal Zombie Brains pulak ye. 

Ada banyak perisa-perisa lain, kalau nak order jugak ataupun sekadar nak tengok-tengok jugak boleh lah ke My Lip Stuff Malaysia. Tapi buat masa sekarang tak ada promotion lah ye. Baru je tamat 31 Ogos.

p/s: Dah update bloglist untuk Bulan September. Macam yang Chipmunk janjikan Chipmunk tambah lagi 5 untuk jadikan 15 semuanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...