Lipbalms dari My Lip Stuff dah sampai!


Beberapa hari yang lepas, Chipmunk ada promote something yang Chipmunk beli online kan? Boleh lah rujuk kat SINI. Dan dalam entry tu jugak Chipmunk ada bagitau yang benda tu dah sampai sebenarnya cuma Chipmunk yang terlebih leka tengok Running Man sampai tak sedar abang posmen nak bagi parcel PosLaju.

Jadi rabu lepas, Chipmunk dan bestfriend, Alyn pun pergi lah PosLaju nak ambik benda tu before lepak-lepak makan Burger Tunok di Kinky Fat Chef Kitchen (Rujuk entry INI). Balik tu terus lah membongkar bungkusan tadi kan. Dan ini.....


Ini Lipbalm dari My Lip Stuff Malaysia. Chipmunk beli dua dan adik Chipmunk beli dua. Jadi total 4 lah. Kalau 4 setengah tu entah tikus mana lah yang telan setengahnya kan? Sebab Chipmunk beli lipbalm ni semua masa 50% sale, harga total 4 tube lipbalm ni hanyak RM24. Kalau harga asalnya RM13 x 4 = RM52 tak termasuk postage lagi. Yang Chipmunk pilih ni Limited Edition Holiday Balms jadi satu tube tu RM13. Kalau yang biasa RM12 per tube.


Gambar yang kat atas tu adik Chipmunk punya. Dan dia ambik perisa Snowflakes dan jugak Designated Drivers. Snowflakes ni kalau tak silap perisa Vanilla. Designated Drivers ni pulak boleh baca kat SINI.



Yang Chipmunk pilih pulak Mint Chip Cheesecake dan Zombie Brains. Nama pun dah pelik kan? Chipmunk dah pakai Zombie Brains tu. InsyaAllah, esok Chipmunk story pasal Zombie Brains pulak ye. 

Ada banyak perisa-perisa lain, kalau nak order jugak ataupun sekadar nak tengok-tengok jugak boleh lah ke My Lip Stuff Malaysia. Tapi buat masa sekarang tak ada promotion lah ye. Baru je tamat 31 Ogos.

p/s: Dah update bloglist untuk Bulan September. Macam yang Chipmunk janjikan Chipmunk tambah lagi 5 untuk jadikan 15 semuanya.

26 comments:

Detective Fiqa said...

tuu diaaa. nakk satuu~~ hahaha
::mukaa tak maluu~~

aisya said...

@Detective Fiqa

ape ni? ape ni?

*buat2 xpaham. haha*

adibahfaizah said...

tak pnh dngr pon jnama ni. hehe. nmpk cm best . jnis nme pon da sdp da nyebutnyer.

aisya said...

@adibahfaizah

xde jual kt pasaraya @ watsons @ guardian @ yg sewaktu dgnnye kalau xsilap.. beli on9 je.. =)

teha said...

first time tgk lipbalm nie.. hihihi :)

azie namico said...

meriah lah bibir anda nanti...cewah !

puteri kasih said...

leh la bagi satu kat sis kan..hehehe

tirahzairi said...

zombi? best xpakai? jd zombi ke? hihi

aisya said...

@teha

xde jual kt mane2 xsilap.. on9 je.. tu yg org xbrape nk tau sgt kot.. hehe

aisya said...

@azie namico

nape plak nak meriahnye? hehe

aisya said...

@puteri kasih

nah, utk sis.. *sambil hulur satu tube* hehe

aisya said...

@jann sinuja

rasanya pun comel jugak..hehe

aisya said...

@tirahzairi

cukup syarat la nak masuk plant vs zombie.. hehe

Sally Yatiey said...

Pelik juak nama lipbalm tok oh? hee :D

Cik Yaya said...

wahh..cm best je lip blm tu..
nak ble x cik aisya?
hehe ;p

Zierwa Zainal said...

byknye.. bg kat zz satu la.. hehe

aisya said...

@Sally Yatiey

nama pelik tp rasa nyaman. haha

aisya said...

@Zierwa Zainal

semua minta ni nk bg cmne? hehe

Chic Na said...

woww banyaknya. macam kek pun ada nama lipbalm tu. huhu.. best tak pakai ni?

azizah :) said...

comeynya... takde sale mahal la..hehe

aisya said...

@Chic Na

best2.. kalau perisa aiskrim vanilla tu mmg rasa mcm aiskrim vanilla lah.. hehe

aisya said...

@azizah :)

sebab tu la bila dh ada sale terus borong byk.. hehe

SimplySeoul said...

zombie brains? wooww, nama canggih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...