03/02/2015

Menghilangkan Kesan Road Tax Pada Cermin Kereta

Beberapa hari lepas Iolls ada story-story, percubaan untuk renew Insurance dan Road Tax kereta secara online melalui MyEG. (Rujuk entri INI). Tapi hampeh percubaan gagal apabila sangkut di part payment insurance. Last-last suruh adik En. Barney pergi buat. Dah alang-alang duduk rumah tunggu nak masuk degree kan. Bagi duit lebih sikit, selebihnya keep the change gitu. 

So bila road tax dah tamat tempoh, kita tanggalkan yang lama dan kita pasang yang baru pula. Okay di sini timbul lagi situ cabaran dan dugaan. Bila kesan yang road tax yang lama sukar untuk ditanggalkan. 


I lah tu yang mengalami kesukaran untuk tanggalkan benda alah ni. Bila upload dekat Instagram, kot-kot kawan-kawan ada solution bagaimana untuk hilangkan kesan ni, ada sorang kawan I bagi cadangan yang begini;

"Ambik span kakya perah kat cermin ya. Janji ada basah kit. Kakya ambik pisok lipat ya kikis nya"
(Ambil span basah. Basahkan sedikit cermin kereta dan kikis dengan pisau lipat)

Masalahnya En. Barney siap guna Thinner lagi untuk kikis 'kesan degil' tu tak tetap berdegil jugak. Memang kepala batu, hati batu, batu api sungguh. So ada tak tips-tips untuk menghilangkan kesan road tax yang over sangat degilnya ni? Boleh jugak I try. Kot-kot hilang. 

Ada jugak google sedikit tentang ni. I ada terbaca antara tips yang berkesan adalah spray dengan WD-40 dan gosok dengan kain. Selain tu boleh juga guna glue, adhesive remover something like that lah. 

sumber google 

Sekarang ni nak try guna kaedah yang ini dulu. Sebab benda ni senang je nak cari. Kalau uolls ada lagi tips yang berkesan boleh tinggalkan di ruang komen. Sungguh sakit mata pulak I tengok sampai tiga road tax ada kat cermin kereta tu ha. Bukan nak buat koleksi pun. 

p/s : Oh tolong lah jangan bagi cadangan, "senang je, tukar tinted kereta. Settle". En. Barney lah tu. Limau Asam Boi sungguh. 

02/02/2015

Bloglist February!

Selamat bercuti panjang buat yang bercuti empat hari straight dari sabtu hingga selasa. Bertuah lah badan. I pun nak cuti jugak biarpun kerja berlambak-lambak semenjak dua menjak ni. Last week pun dua tiga hari juga thumb print pukul 8 malam. Nasib baik office jenis 24 hours, sentiasa ada manusia yang bekerja. Highlight kat situ ye, manusia. Dan berkemungkinan nak burn kan cuti thaipusam nak siapkan kerja. I is stress.

Apa barang cerita pasal kerja kat blog kan? Dah rupa macam tak ada life je balik-balik kerja. Oops. By the way, bila bulan baru ni I masih lagi mengekalkan tradisi berzaman update bloglist baru dengan merujuk kepada carta pengomen tegar. 


Terima kasih dan terima kasih. Few pengomen setia yang tak putus-putus singgah mengomen. Saban bulan sure nama mesti tersenarai. Hebat lah! Terima kasih lagi sekali dan tahniah juga. 


Bloglist Iolls dah update. Mari lah mari kita menyerbu jejari komen yang hebat-hebat dan rajin-rajin semuanya. Kadang-kadang I je yang tak terbalas terjahan dan singgahan mereka ni. Tetiba rasa wah beruntungnya siapa yang boleh buka blog kat office. 

p/s : Nak mampus buka blog time office hours? Dah la duduk corporate level. Tetiba CEO berdiri perhati kat sebelah nak jawab apa? Nganga? Bukan boleh percaya Big Boss tu, lipas kudung tu dah macam adik beradik dah dengan dia. 

01/02/2015

[Korean Drama] Spy

Dalam entri INI, I ada mention satu lagi drama baru yang I sedang tengok. Drama ini memang I tunggu-tunggu pun. Sebabnya I memang jenis yang suka tengok drama yang begini. Love-love story tolak tepi, tak minat lah. Biarpun hero drama ni I tak berapa nak suka sangat pun. Maaf yer peminat-peminat Jae Joong sekalian. Dari awal lagi tak suka sebenarnya tapi sebab cerita best, hero tak minat / tak best / tak handsome, itu semua tutup mata je lah. Haish, ini lah perempuan nak tengok yang handsome aje. 



Sinopsis Spy

Mengisahkan tentang Park Hye Rim (Bae JongOk), seorang bekas perisik Korea Utara yang selama ini menjalani kehidupan sebagai surirumah sepenuh masa di Korea Selatan. Hwang Ki Chul (Yoo Oh Seong) mahu mengaktifkan semula bekas perisik itu dengan memberikannya misi yang amat sukar. Park Hye Rim perlu untuk menyerahkan anaknya, Kim Sun Woo (Kim JaeJoong) seorang agent di National Intelligence Service (NIS) kepada Hwang Ki Chul atau rahsianya terbongkar.

Setakat beberapa episod yang I tengok ni, memang best lah. Tapi kalau kena dengan orang yang memang betul-betul minat genre yang begini. Drama ni more to hubungan kekeluargaan. Bab love story tu memang kurang lah kot. 

Park Hye Rim dan Kin Sun Woo

Cuma satu je yang I teringin nak tahu setakat ni. Apa yang terjadi kepada Park Hye Rim sebelum dia berkahwin dengan ayah Sun Woo dulu. Dapat tak agaknya dia lari daripada cengkaman Hwang Ki Chul yang diarahkan oleh Korea Utara untuk mengaktifkan semula Park Hye Rim? Dan bolehkan Park Hye Rim menyembunyikan identiti sebenar daripada ahli keluarganya, lebih-lebih Sun Woo?


Tapi ada satu lah yang tak best bagi I, pelakon yang membawa watak sebagai girlfriend Kim Sun Woo iaitu Lee Yoon Jin (Ko Sung Hee). Rasa macam, er baik cari pelakon lain lah. Spoil cerita je. 

Tonton Online SPY

p/s : Dah dapat stock untuk episod baru. Sesi ber'koreanthon' di hari ahad. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...