03/10/2015

Wedding Story Part II : Majlis Akad Nikah

Bukan main lagi ambik masa yang lama untuk bercerita. Selepas dua minggu berlalu. Alah, peduli lah, janji jadi entri jugak kan. Oh tempoh hari pun kata begitu juga. Sebenarnya tengah mengorek idea bagaimana nak bercerita. Kosong je. 

Alhamdulillah pada tarikh 19 September 2015, majlis akad nikah yang ditunggu tunggu telah berlangsung dengan jayanya. Boleh lah kata dengan jayanya sebab buat majlis simple je. Jemput jiran kiri kanan depan belakang, orang-orang kuat majlis, saudara mara terdekat dan juga sahabat karib tiga empat orang. 

Bila I bagitau akad nikah buat kat rumah je, ramai juga yang bertanya. Kenapa tak buat kat masjid?Memang masjid dekat sangat dah dengan rumah, jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai tapi I prefer buat kat rumah je lah. Memang set sejak azali lagi, akad nikah kat rumah je. Lauk tak cukup je boleh makcik - makcik Iolls tung tang tung tang kat dapur berperang dengan kuali senduk bagai. Eh. 

#BehindTheScene Part I

Sebelum dipanggil keluar, dapat satu petua dari nenek. Later lah Iolls story yang ini ye. Apa ada dalam cawan tu next entri Iolls cerita ye. 


Bertemakan putih dan gold. Kononnya. Untuk veil, busana dan mekap, Iolls buat entri lain eh. Kalau kumpul dalam satu entri je memang jenuh lah nak scroll down untuk baca. 


Pelamin nikah. Sebenarnya pelamin nikah dan sanding lah. Sebab Iolls guna pelamin yang sama je untuk hari nikah dan sanding. Cuma untuk sanding, letak kerusi sanding lah kan. Ha, tentang pelamin pun nanti di lain entri Iolls cerita. Tapi pendek cerita, I loikeee sangat pelamin sendiri. Hiks.


I tak upah pun orang untuk lukis lukis henna ni. Sebab di Miri agak susah sikit nak mencari bila tuan punya badan di tanah semenanjung. Nak bertanya sana sini memang tak menyempat. Tapi dari mana datangnya corak-corak di tangan itu? 


Masa mula-mula kan, Iolls terkejut jugak bila tok kadi tak habis-habis mengeluarkan placard dari beg dia. Tapi memudahkan bila semua dia dah sediakan. Macam di atas ini, persetujuan untuk berkahwin. Wali soal pengantin perempuan berpandukan placard yang disediakan sama ada bersetuju untuk berkahwin dengan si pengantin lelaki. Dan yang perempuan harus lah menjawab mengikut standard yang disediakan. 


Lafaz penyerahan tanggungjawab dari ayah kepada suami. Ini dilakukan selepas ijab kabul. Selepas si lelaki sah menjadi seorang suami. 


Orang tu kan, bukan main gelak-gelak padahal hati dup dap dup dap. Tapi alhamdulillah, cuma sekali lafaz aje. Even placard untuk akad nikah pun ada tau. Time En. Barney tempoh hari, saksi pegang placard dia baca je, "Aku terima nikahnya..."

Tapi kan, memang sangat memudahkan buat si pengantin lelaki. Tak perlu sebut nama pengantin perempuan dan tak perlu sebut mas kahwin pun. Cuma tok kadi je yang akan mention dua perkara tersebut. 

Khutbah Nikah




Family.

And family baru. 

Little sister yang super cengeng. Tak lah little pun. Umur kau dah 20 dik. 

#BehindTheScene Part II

Dah tak nampak dah pengantin dalam gambar ni. Bukan main lagi Official Photographer sampai panjat kerusi bagai kan. Siapa diorang, ini pun di lain entri ye. Yang penting servis diorang memang tip top! 

Oh dalam entri ni aje, ada 7 lagi entri yang Iolls janjikan dengan uolls. Minta minta lah I terus rajin menaip untuk berkongsi cerita. Amin!

p/s : Gambar. Credits, official photographer.

02/10/2015

Bloglist Oktober

Sepanjang cuti kahwin berminggu minggu tempoh hari, banyak betul komen-komen yang Iolls tak approve. Sebabnya tak berkesempatan nak blogwalking. Sebab rutin blogging Iolls sekarang ni, menyinggah dulu di blog si tukang komen baru lah I approve komen tersebut. So balik dari cuti, terkejar-kejar berblogwalking. Biarpun outlook office ada tujuh ratus unread emails, sempat juga mencuri sedikit masa nak blogging. Mencuri masa di sini bukan maksudnya mengular layan blog time kerja ye. Jangan cakap buka blog, nak pegang phone pun tak menyempat. 

Faktor utama berkejar-kejaran berblogwalking nak approve komen sebabnya Iolls nak update bloglist bulan baru. Dan alhamdulillah, boleh tahan on time juga lah ni update bloglist baru. Ehem. 


Antara yang tersenarai dalam carta 25 pengomen tegar bulan september. InsyaAllah semua dah I masukkan dalam bloglist. Harap-harap tiada yang terlepas pandang lah. 


Terima kasih rakan rakan sekalian! Tak jemu jemu jenguk blog kusam Iolls yang macam hidup segan mati tak mahu ni kan.  Bukan jenguk saja pulak tu, siap bawa kan 'buah tangan' komen seketul dua. Terima kasih dan terima kasih lagi. 

Ada masa I tekan loceng 'rumah' uolls pulak. Hiks. 

p/s : Macam biasa lah, nak tersenarai dalam bloglist komen tiga empat enam lapan entri. 

01/10/2015

Wedding Story Part I : Final Fitting Sebelum Majlis

Sebelum I menangguhkan lagi ceritera wedding yang dah sekian lama tertangguh, ada baiknya kalau Iolls mula bercerita dari sekarang. Ceh, macam lah orang tertunggu-tunggu cerita kahwin dia. Kalau drama TV3 pukul 7 pentang tak apa lah jugak. 

By the way, mari mulakan dengan kisah sebelum kahwin. Ala-ala kisah pre wedding lah kaeahnya. Final fitting seminggu lebih sebelum majlis. Sebabnya baju baru siap. Tukang jahit di Ipoh so ambik masa nak pos baju. Orang butik bagitau, tukang jahit merangkap owner butik tak menang tangan nak jahit semua baju customer so terpaksa tarik si adik pulak untuk cover. Nasib baik adik beradik turun temurun tukang jahit ye. 

Disebabkan baju lambat siap, lambat pos so agak kelam kabut sikit lah nak pergi fitting. Dengan I yang tak terkejar dengan kerja office. En. Barney pulak sana sini outstation. 

Dan disebabkan tak sempat dah nak fitting baju on weekend, makanya terpaksa lah redah jammed time peak hour orang balik kerja di Shah Alam tu ha. Sharp 6.00 petang En. Barney sampai office I, time tu En. Barney baru balik dari outstation di Segamat. Nasib baik highway tak jammed kan. Kalau tidak memang lagi terkejar-kejar lah weolls.  Heret colleagues 2 orang ikut final fitting. Sambil-sambil tu boleh diorang cuci mata dan rambang mata tengok baju kahwin. 

Terima kasih banyak banyak buat pihak butik yang sanggup tunggu weolls biarpun waktu operasi sampai pukul 7.00 - 8.00 malam je. Demi customer yang disayangi katanya. 


Busana from head to toe butik sediakan. Er, minus toe lah kot sebab kasut sendiri punya. Prepare tudung and kasut je, yang lain tak perlu pening-pening dah. Semua provided. Veil, crown, bunga tangan bagai. 


Nampak macam pink tapi sebenarnya tak nak pink pun sebab Iolls tak minat pink! Nak warna yang berada di tengah-tengah pink - purple. Pink bukan, purple pun bukan. Ha, pening tak pening orang nak mencari. At least betul lah warna yang Iolls nak, cuma kurang tepat sebab lebih kepada warna pink. 


Yang paling Iolls suka adalah veil! Biarpun jenis yang labuh tapi just nice je dengan baju. Nampak sweet je. Sweet macam orang yang memakainya jugak. Ehem. *masuk bakul angkat sendiri. Pfft!*


Suka wedding dress sendiri boleh tak? Sebabnya tak heavy, tak panjang meleret, tak itu dan tak ini. Oh sebenarnya I sendiri yang request design begini. Dan hasilnya memang memuaskan. Ada lah minor error sana sini tu tapi bila tengok cermin terus lupa sebab berangan jadi Puteri Kayangan dari langit ke sembilan belas yang turun ke bumi. Eh. 

Nasib baik mimpi tak jadi kenyataan oi! Mimpi boss baju kahwin tak muat dan mimpi Iolls baju kahwin warna lain, semuanya hanya sekadar mimpi je. Fuh, nasib baik. Hiks.

p/s : Lepas ni nak cerita pasal apa pulak eh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...