Bukan main lagi ambik masa yang lama untuk bercerita. Selepas dua minggu berlalu. Alah, peduli lah, janji jadi entri jugak kan. Oh tempoh hari pun kata begitu juga. Sebenarnya tengah mengorek idea bagaimana nak bercerita. Kosong je.
Alhamdulillah pada tarikh 19 September 2015, majlis akad nikah yang ditunggu tunggu telah berlangsung dengan jayanya. Boleh lah kata dengan jayanya sebab buat majlis simple je. Jemput jiran kiri kanan depan belakang, orang-orang kuat majlis, saudara mara terdekat dan juga sahabat karib tiga empat orang.
Bila I bagitau akad nikah buat kat rumah je, ramai juga yang bertanya. Kenapa tak buat kat masjid?Memang masjid dekat sangat dah dengan rumah, jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai tapi I prefer buat kat rumah je lah. Memang set sejak azali lagi, akad nikah kat rumah je. Lauk tak cukup je boleh makcik - makcik Iolls tung tang tung tang kat dapur berperang dengan kuali senduk bagai. Eh.
#BehindTheScene Part I
Sebelum dipanggil keluar, dapat satu petua dari nenek. Later lah Iolls story yang ini ye. Apa ada dalam cawan tu next entri Iolls cerita ye.
Bertemakan putih dan gold. Kononnya. Untuk veil, busana dan mekap, Iolls buat entri lain eh. Kalau kumpul dalam satu entri je memang jenuh lah nak scroll down untuk baca.
Pelamin nikah. Sebenarnya pelamin nikah dan sanding lah. Sebab Iolls guna pelamin yang sama je untuk hari nikah dan sanding. Cuma untuk sanding, letak kerusi sanding lah kan. Ha, tentang pelamin pun nanti di lain entri Iolls cerita. Tapi pendek cerita, I loikeee sangat pelamin sendiri. Hiks.
I tak upah pun orang untuk lukis lukis henna ni. Sebab di Miri agak susah sikit nak mencari bila tuan punya badan di tanah semenanjung. Nak bertanya sana sini memang tak menyempat. Tapi dari mana datangnya corak-corak di tangan itu?
Masa mula-mula kan, Iolls terkejut jugak bila tok kadi tak habis-habis mengeluarkan placard dari beg dia. Tapi memudahkan bila semua dia dah sediakan. Macam di atas ini, persetujuan untuk berkahwin. Wali soal pengantin perempuan berpandukan placard yang disediakan sama ada bersetuju untuk berkahwin dengan si pengantin lelaki. Dan yang perempuan harus lah menjawab mengikut standard yang disediakan.
Lafaz penyerahan tanggungjawab dari ayah kepada suami. Ini dilakukan selepas ijab kabul. Selepas si lelaki sah menjadi seorang suami.
Orang tu kan, bukan main gelak-gelak padahal hati dup dap dup dap. Tapi alhamdulillah, cuma sekali lafaz aje. Even placard untuk akad nikah pun ada tau. Time En. Barney tempoh hari, saksi pegang placard dia baca je, "Aku terima nikahnya..."
Tapi kan, memang sangat memudahkan buat si pengantin lelaki. Tak perlu sebut nama pengantin perempuan dan tak perlu sebut mas kahwin pun. Cuma tok kadi je yang akan mention dua perkara tersebut.
Khutbah Nikah
Family.
And family baru.
Little sister yang super cengeng. Tak lah little pun. Umur kau dah 20 dik.
#BehindTheScene Part II
Dah tak nampak dah pengantin dalam gambar ni. Bukan main lagi Official Photographer sampai panjat kerusi bagai kan. Siapa diorang, ini pun di lain entri ye. Yang penting servis diorang memang tip top!
Oh dalam entri ni aje, ada 7 lagi entri yang Iolls janjikan dengan uolls. Minta minta lah I terus rajin menaip untuk berkongsi cerita. Amin!
p/s : Gambar. Credits, official photographer.
20 comments
Hantaran jingga tu cantik ..itu hantaran sebelah mana tu aa...jarang nampak warna macam tu..biasa oren pekat
Amboi tukang gambar..lain macam siam panjat kusi lagi :-))
Tahniah ye
selamat pengantn baru ^ ^
lawa2 la semuanya :)
Salam singgah sini dik...Alhamdulillah dan tahniah dik...semoga kekal dan berbahagia hingga akhir hayat....cantiknya si pengantin...pelamin pun lawa...
kck pelamin, diy ka.. hehe
tahniah. dah bergelar isteri.
tahniah..moga bahagia till jannah.... aaaminnn
selamat pengantin baru aisya..:)
Salam, wahhhhh beb~~~ aku dah terlepas ke wedding kau nih, haha maaf2..lama xBW, dah selamat dah kau ye..tahniahhh (n_n) happy tgk..pelamin tu mmg cantik! aku pun suke..kemon2~ update entry kawin please~ hahah (n_n)
Tahniah kak Aisya! Hehe alhamdulillah..
Sik la. Ngupah org molah. Hehe
you cantik, baju cantik, pelamin tu plak gorgeous! suka konsep nikah kat umah tu!hehehe
selamt pengantin baru, moga berkekalan ., aminn
Cantiknya aisya.. ;)
barakallah! moga kekal bahagia hingga syurga :)
cantiknya aisya!! <3
cantiknya :)
selamat pengantin baru :)
bila baca wedding review rasa macam nak kahwin lagi kann
tapi dgn org yg sama la hihi :D
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/p/wedding-review.html
Tahniah ! selamat menempuh alam baru...
cantik pelamin...^_^
beshnyer....