31/10/2015

Breakfast For Two : Jus Kurma Madu & Cucur Ikan Bilis

Weekend, untuk orang yang bekerja memang heaven lah. Bangun lambat dari biasa dan tak perlu nak menghadap jammed pagi pagi semata untuk ke tempat kerja. Alah budak sekolah pun suka weekend. Tak perlu iron baju sekolah, tak perlu itu, tak perlu ini. Tapi weekend pun, buku kena buka jugak. Masa kecik kecik dulu bapa selalu pesan, cuti sekolah tak bermaksud boleh bercuti daripada menelaah pelajaran. Paling paling pun sejam lah sehari.  

Tapi sekarang ni even weekend pun bagi orang yang biological clock nya dah fix macam Iolls, automatik pagi pagi lagi dah terjaga. Mata dah segar bugar tapi hati dan minda rasa, "alah nak tidur lagi!." Nak tak nak kena bangun jugak lah jawabnya. 

Kalau dulu bangun pagi pagi, blog dan drama korea lah destinasi pertama tapi sekarang ni dapur dulu lah. Breakfast for two kaedahnya. 

Tak ada idea nak masak apa untuk breakfast? Maka bermula lah misi menyelongkar tiffinbiru.com dan misi menyelongkar fridge dan dapur. 

Dan hasilnya adalah ini..


Jus kurma madu dan Cucur ikan bilis

Buatkan yang simple aje lah sebabnya ada hal jugak nak diselesaikan di luar lepas tu. Nak bertukang bersilat tak menyempat lah pulak. 

Oh by the way, kot kot lah ada yang nak resipi cucur ikan bilis kan boleh lah jenguk resipi Che Mat Gebu di SINI. Tak ada lah sama pun macam yang Iolls buat tu. I main campak campak ikut sedap je, tak ada lah nak main sukat sukat sudu garfu pinggan periuk bagai. 


Jus Kurma Madu

Lebihan buah kurma bulan puasa lepas. Tak ada siapa nak makan pun. Kalau tak dibuat jus mahunya sampai bulan puasa tahun depan agaknya. 

Bahan bahan jus kurma madu simple aje; Kurma (dah dibuang biji), 1-2 sudu madu, air.

Blend kan sekali bahan bahan tu. Tapi jangan letak gula dah sebab kurma dan madu memang dah manis, nanti kalau tambah gula lagi memang kelaut lah manis nya. 

Lagi pekat lagi sedap oh!

p/s : Ada orang jus kurma tambah susu. Tak suka lah lemak berkrim. Cepat muak pulak. 

5 comments

10/31/2015 03:24:00 pm

Cucur ikan bilis cicah sos cili thai..dapnya

10/31/2015 05:56:00 pm

sedapnya...

11/01/2015 01:25:00 am

Sedapnya

11/02/2015 05:40:00 pm

dah berdua kak,tak mahu malas2 tau bangun weekend..hahaha
saya pun suka jga buat jus kurma,pakai yg jenis kurma lembut isi gemuk tu,yg kering blh tapi kureng sikit rasanaya.. jus kurma kosong,tak tambah apa2.. sbb kurma mmg dah manis,cuma kena pandai agak la berapa biji nak letak..

11/07/2015 07:48:00 pm

sedap tu.. ;)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...