25/10/2015

Jalan Jalan Cuci Mata Ke Negeri Sembilan Lah Pulak.

Susulan daripada entri Wordless Wednesday yang lepas. Iolls apply cuti sebab ada appointment dengan doctor. Oh by the way jangan salah faham pulak, bukan pregnancy check up whatsoever eh. Doctor suruh Iolls buat X-Ray so tak ada maknya pregnant pulak. Jenuh menjawab dengan kakak-kakak office yang terus buat conclusion sendiri. So sebelum I dapat soalan cepuk emas, baik Iolls jelaskan siang siang. 

Klinik buka pukul 8.00 pagi, maka 8.00 pagi lah I dan En. Barney gerak ke klinik. Klinik sekangkang kera je dengan rumah kan. Tunggu sekejap sebab X-Ray start pukul 9.00 pagi dan 9.30 pagi semua dah settle. 

Memandangkan panjang lagi masanya nak sampai ke petang, I nak ke office pun dah malas sebab dah set mind hari tu cuti makanya ikut lah En. Barney outstation.  


Tempoh hari dah pusing pusing Pahang kononnya. Kali ini kita menghala ke arah Selatan lah pulak. Ke Negeri Sembilan. Lebih tepat, Port Dickson. 


Sampai Port Dickson dalam pukul 11 lebih. Disebabkan En. Barney start kerja pukul 2.00 petang, apa lagi jalan jalan cuci mata lah dulu. 

Ke mana? Ke Teluk Kemang!



Tengahari buta main pasir pantai itu sudah biasa bagi perempuan ni. Almaklum lah, ikut husband outstation kan. Haruslah ikut time dia available. 

Cukup syarat je pijak pasir pantai, weolls cari tempat makan pulak. Pusing sana pusing sini. Jumpa tempat best yang ada Coconut Shake sedap and Asam Pedas yang marvelous!


Kat mana tempat ni, later I story dalam entri yang lain ye. Bukan sahaja coconut shake, cendol durian pun ada. I bantai dua coconut shake, En. Barney pulak rasa cendol durian semangkuk. Yummy!

Hampir jam dua petang, biar En. Barney settle kerja dia dulu sementara Iolls bergelumang dengan novel novel di ruangan menunggu Hospital Port Dickson. Tiga jam lebih, boleh lah Iolls habiskan sebuah novel.

Dah selesai kerja si husband, masa untuk makan malam pulak. Makan malam ni kalau dah ke Negeri Sembilan, satu destinasi je lah yang ada dalam fikiran. 

Dari Port Dickson ke Nilai. Di Nilai, destinasinya adalah tak lain tak bukan MAA Santai Corner sebab nak melantak Mee Udang dan Mee Ketam yang very the sedap itu. Hiks. 



Disebabkan perut Iolls dah meragam masa itu, tak mampu nak menikmati kesedapan mee ketam 100%. Dah lah pedas pulak, makin meragam lah perut Iolls jadi nya. 

Perut meragam sebab apa? Semuanya sebab makanan. Payah sebenarnya ada perut yang sensitif ni, mudah sentap. I yang pening. Rugi tak boleh makan macam macam. Sobs. 

p/s : Oreo McBulus, why so nakal? 

3 comments

10/26/2015 03:50:00 am

besarnya udang tu

10/26/2015 05:09:00 pm

sedapnya mee udang
.fresh udang nya ...untunglah pengantin baru..mood makan angin sambil bekerja
:-))

10/28/2015 11:30:00 am

Salam, hahaha babe, aku terlupa yg kau dah kawin..so mas bace part kau ckp ikut husband outstation aku cam blur jap..hahaha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...