06/10/2015

En. Barney dan Drill Barunya

Semenjak dua menjak tiga menjak hidup berumah tangga, duduk berdua di rumah sendiri ni kan, harus lah semua benda pun berdikari buat sendiri. Mula belek buku resipi, godek tiffinbiru.com cari idea simple dimple yang berapa minit je boleh siap. Seiring dengan adegan kejar mengejar waktu lepas balik kerja. Kaedahnya menu bujang tak sama dengan menu orang yang dah kahwin. Tambah pulak bekerja di dapur sendiri. Kalau bertukang di dapur mak, mulut je yang over bising. "Mak periuk letak mana?". Tak lama kemudian, "Mak, bekas rempah mak mana?".

Itu I. Kalau En. Barney lain pulak. Mula lah projek DIY dia sana sini. Gantung itu ini di dinding rumah. Buat itu ini lah. Bila dah start ber-DIY ni, perkakas harus ada. DIY orang laki ni tak sama dengan DIY orang perempuan. Alat aje dah ratus ratus. Kalau orang perempuan, daripada beli satu benda dah ratus ratus maka kesimpulannya dilupakan aje lah angan-angan nak ber-DIY. Beli terus je.

Satu benda yang En. Barney balik-balik sebut nak beli, nak beli, nak beli.

Drill. 

Tambah pulak ada benda yang dia nak buat. Wiring, tambah soket, plug segala bagai. Lagi lah memerlukan drill. Tapi balik-balik hold dulu. 

Semalam masa balik rumah mertua, ambik drill sekali dengan hajat nak pinjam kejap lah. Sebelum balik rumah sendiri, singgah lah kejap di Giant Batu Caves. Sekalinya, En. Barney ternampak pulak ada promotion untuk drill. Dari harga asal menghampiri RM300, offer harga bawah dari RM150 je. Fikir sesaat dua, En. Barney terus rembat satu. 


I sebenarnya plan nak belikan untuk En. Barney sempena birthday dia nanti. Tapi dia dah beli, so selamat lah duit Iolls. Hiks. 


Ikut suka awak lah nak bertukang bang. Jangan sampai dinding rumah lubang sana lubang sini kena drill sudah. Itu memang 'seni' yang menakjubkan sungguh!

Drill ayah mertua? Hantar balik je lah jawabnya.

p/s : Balik kerja je terus dengan sesi DIY. Kemaruk sungguh. 

7 comments

10/06/2015 12:41:00 pm

Yelah kan dah rumah tangga..mestilah nak cantikan umah

10/06/2015 12:43:00 pm

Lepas ni leh tepek resepi airtangan pulak kat blog aa

10/06/2015 05:43:00 pm

Senang dah beli drill sendiri.. Lepas ni boleh la DIY kat rumah..

10/07/2015 08:40:00 am

hehe! set drill ni mmg wajib ada dlm setiap rumah. senang nak bertukang ;)

10/07/2015 09:44:00 am

terbaiklah..smua diy..:)

10/07/2015 08:30:00 pm

dia tak sabar nak cantik kan rumah.

10/14/2015 11:49:00 am

ok la tu klo semua nk DIY..
jimat kos kan..cuma penat sikit la..tp kalo hasil memuaskan hati apa slhnya kan ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...