13/05/2011

CosPLaY ^_^

Aku rasa korang semua tahu kot ape dia cosplay. Kalau tak tahu jugak, meh aku terangkan ape menatang dia cosplay nie. Haha! Cosplay nie adalah singkatan daripada 'Costume Play', suatu persembahan di mana peserta mengenakan costume dan aksesori yang menggambarkan sesuatu karakter dalam sesuatu anime, manga, komik, novel grafik, video games dan filem fantasi.

Kalau tak silap aku, kat Malaysia nie ada jugak pertandingan cosplay nie. Biasa yang aku dengar adalah dari Gempak Starz. Diorang nie selalu je buat cosplay nie bile hujung tahun. Tapi dah lama la aku tak pergi. Costume diorang pun gempak2 jugak. Hehe.. Gempak Starz yang keluar majalah Utopia tu.. Tak kan tak tahu? Kalau tak tahu memang noob la! ^^

Nie contoh2 cosplay. Mantap seyh!!

Anime : Naruto
Watak
: Orocimaru



Anime : Naruto
Watak
: Hinata




Anime : Naruto
Watak
: Hatake Kakashi




Anime : Fairy Tail
Watak
: Lucy



Anime : Fairy Tail
Watak
: Lexus




Video Games : Star Craft Ghost


Macam mane? Ok tak costume diorang? Hehe.. Bagi aku agak gempak la. Terutama Star Craft Ghost. Costume dia buat aku tertarik. Teringin nak pakai macam tu. Haha! (berangan je). Aku ter-impress la diorang boleh buat costume dari alam fantasi ke dunia yang nyata nie.



p/s : Kalau korang tahu ada pertandingan atau show cosplay nie, korang inform ye.. Teringin benar nak gi nie. Lame tak pergi. Hehe.. ^ ^

10/05/2011

Ni Lagi Sekor!!

Dah jadi rutin, hari selasa pergi pasar malam. Kalau tak selasa, hari sabtu. Kalau pergi hari selasa ni, macam tak ramai sangat orang. Tapi cuba pergi hari sabtu. Macam sabtu lepas. Ya allah, tak tau lagi nak cakap betapa ramainya manusia. Pening. Bukan pening sebab tak tau nak beli apa, tapi pening sebab terlampau ramai orang. Nak berjalan pun payah.

Actually kan, ramai atau tak tu sebenarnya tak jadi masalah. Yang jadi masalahnya, spesies babun yang takda manner ni. ( Baru je hari tu buat entry pasal ini, sekarang ni pulak.Perfect sangat ke ko tu dik oi). But please la, selfish mana pun korang ni tapi tolong la fikirkan anak-anak kecik yang ada kat situ. Sekurang-kurangnya. 

Nak tau kenapa diorang ni babun yang tak ada manner? Sebab ni...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hello!!
Pasar malam tu tempat awam ye, harap maklum. Tak boleh tunggu habis beli barang kat pasar malam, lepas tu nak habiskan 10 kotak rokok ke apa aku kesah kan?  Ko yang nak mati awal, bukan aku. Aku nak hidup lama lagi. Ni tak, sebelah tangan pegang awek dan sebelah tangan lagi pegang rokok. Kalau aku, sah-sah la dah kena tinggal, baik aku pergi beli sorang-sorang. Awek dia pun nak kata b*d*h, rasanya tak. Haihh, no komen la ye. Nasib ko la jalan depan kitorang, time-time tu jugak la cakap dengan En. Barney.. 

"Tak paham, kenapa kat pasar malam yang ramai-ramai orang pun boleh merokok lagi, tak ke BODOH namanya."

Kalau tak kesian kan diri sendiri, tolong la kesiankan kat orang sekeliling. Let say, budak-budak yang still baby lagi or orang-orang yang ada penyakit asma, contohnya. (Tapi kalau dia dah tak kesiankan diri sendiri, orang lain apa lagi.) 

Haihh, kalau sifat saling menghormati antara satu sama lain ada dalam setiap individu mungkin benda-benda macam ni tak kan jadi. Cuba baca entry si Aran yang Serabut pasal hal ini. Yang ni lagi la, memang spesies moyang babun la.

malas nak cakap banyak, nanti ada pulak yang merajuk lebih.

09/05/2011

ReD oR bLuE #2

Semalam aku dan Chipmunk pergi tengok bola kat McD. Huh! Ramai giler orang ok! Maklum lah Man Utd ngan Chelsea lawan. kitorg pergi awal la jugak sebab si Chipmunk nie nak buat keje. Adoi. Seksa jugak lah nak beli makanan masa tu. Terpaksa lah beratur panjang2 (lapar punya pasal). Sebelum match nie, Arsenal yang main dulu. Tak sangka kalah kat Stoke City 3-1.

Pasal perlawanan Arsenal semalam aku malas nak komen lah. Sebab kitorg tak tengok pun. Kat luar McD tu ramai giler orang sampai takde tempat duduk langsung. T_T Ok! Straight to the point je. Nie adalah keputusan perlawanan antara dua kelab gergasi nie.





Scorer :
J. Hernandez - 1'
N. Vidic - 23'


Yellow card :
W. Rooney -39'
R. Giggs - 83'


VS




Scorer:
F. Lampard - 68'


Yellow card :
B. Ivanovic - 12'
M. Essien - 43'
Ramires - 86'
D. Drogba - 90'



Jadi apa pendapat korang? Korang puas hati ke ngan perlawanan semalam?? Bagi aku perlawanan semalam ok la. Cuma aku rasa Chelsea main tak all out. Bila dah 2nd half, baru nmpak macam fight sikit. Setakat tu je komen aku. ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...