Kesengsaraan melanda diri. Dalam seminggu dua ni, waktu makan betul-betul kena jaga. Lewat sikit mula lah perut ni buat hal dia, meragam tak tentu hala. Dari perut, naik ke kepala. Pusing jadinya. Yang paling teruk, sesak nafas. Ini semua gastrik punya pasal.
Iolls dah cakap, lunch hour kalau bukan pukul 3-4 petang memang tak sah. Ini yang tak best kalau sistem giliran untuk keluar lunch. I really can not tolerate this. Kalau orang yang keluar sebelumnya faham dengan keadaan orang lain tak apa jugak. Melantak sekeping dua roti bakar untuk alas perut sebelum keluar lunch pun tak mampu nak menampung perut yang bermasalah ni.
Semalam, tunggu punya tunggu, last-last pukul 3.30 petang baru boleh punch card untuk keluar lunch. I siap meringkuk bawah meja sebab sakit perut dek kerana lapar tapi yang keluar pukul 1 lebih masih tak balik-balik lunch lagi. Oh, sabar lah wahai hati. Sabar lah wahai perut.
Dah hampir pukul 4 petang. Nak cari nasi campur kat mana lagi yang masih ada saki-baki yang ada? Old Town White Coffee je lah jawapan yang senang, padat dan ringkas.
Ni muka orang sabar tunggu makanan.
Ini pulak muka orang happy tengok makanan.
Oh serius tak larat dengan time lunch hour yang begini. Sangat memudaratkan kesihatan. Memudaratkan kesihatan Iolls lah. Bila gastrik nak elok kalau dah hari-hari macam ni? Nasib baik lah next week dah mula dengan kerja baru. InsyaAllah masa makan on time dan lebih sistematik lagi dari yang sebegini.
Dutch Lady Chocolate EzyMix
Segelas
Dutch Lady Chocolate EzyMix setiap malam sebelum tidur. Dengan harapan dapat mengurangkan lagi masalah gastrik. Alhamdulillah setakat ni tak ada dah sesak-sesak nafas macam last week.
p/s : Hopefully kat tempat kerja baru tak ada dah masalah gastrik I ni timbul.