30/03/2017

Korean Drama : Hwarang

Iolls dan drama korea.

Masih jua berpisah tiada. Cuma rentak tu sekarang ni dah makin slow lah. Mana taknya,nak melayan ragam budak kecik gigi dua tu lagi.

Dan sekarang, seperti mana I menjengah blog rakan rakan dengan menggunakan smartphone. Begitu juga lah caranya Iolls menonton drama korea.


Sambil sambil tidurkan Baby Aafiyah, lepas jugak tengok satu dua episod.

Yang paling latest, I baru je habiskan drama Hwarang.


Hwarang. Kisahnya tentang kerajaan Silla, ditadbir oleh sang permaisuri. Ibu kepada raja yang memerintah iaitu King Jinheung ataupun dikenali sebagai The Faceless King. The Faceless King, ancaman yang diterima menyebabkan raja muda tersebut menyembunyikan diri.

Untuk mengukuhkan lagi kuasa keluarga diraja. Permaisuri telah menubuhkan Hwarang. Konon kononnya pahlawan Silla yang terdiri daripada abang abang sado yang handsome.

Drama Hwarang ni? Serius best. Dia punya twist last sekali memang tak dapat dijangkakan. I dah nak stop tengok dah time tu. Sebab dah jadi tak best. Nasib baik gigihkan jugak dan sampai juga diminit yang terakhir. Rupanya berlainan daripada apa yang dijangkakan.

Tengok dari awal sampai la episod last, I bagi 5 bintang!

So siapa yang tak tengok lagi and berhajat untuk mencuci mata tengok Hwarang yang handsome tu boleh lah masukkan Hwarang dalam list drama korea untuk ditonton.

Confirm bersih terus mata tu. Hiks


29/03/2017

Wordless Wednesday: Sunshine!


28/03/2017

Resipi Turun Temurun: Jagung Goreng Telur

Kelmarin. Husband bawa balik 4 tongkol jagung. Family biras yang bagi.

Masuk rumah, letak jagung atas meja makan terus bagitau. Nak makan macam yang makcik Iolls masak masa kitorang balik kampung tahun lepas.

Dan memandangkan I mc hari ini, so before ambik baby Aafiyah dari nursery makanya bertukang la dulu di dapur.

Prepare bahan bahan then lepas tidurkan Aafiyah terus campak masuk kuali je semuanya.


Bahan bahannya mudah sangat. I main campak campak je lah of course.

Tumbuk bawang merah and bawang putih. Ikan bilis sejemput.

Tumis bahan tersebut sampai naik baunya baru campur sos tiram satu sudu makan.

Bubuh air sikit, biar mendidih kejap. Baru masukkan jagung.

Kacau dulu telur dalam mangkuk. Lepas tu baru masukkan ke dalam kuali.

Biarkan kejap sebelum kacau rata.

Garam secukup rasa then tambah cili merah kononnya sebagai hiasan untuk menyerikan lagi hidangan.

Nak kesan yang lagi umph, tumbuk dulu jagung before campak masuk kuali. Bak kata mak Iolls, biar jagung tu pecah pecah agar lebih sebati dengan telur.

Jagung dalam gambar diatas? Itu tanpa tumbukan manja. Tak menyempat lah nak angkat batu lesung bagai. Belum sempat lagi jagung terjun ke dalam kuali, Aafiyah yang terlebih dulu terjaga dari mimpi yang indah itu.

p/s: gigih google apakah penjodoh bilangan untuk jagung. Tongkol ye anak anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...