31/03/2013

Malaysia International Shoe Festival 2013

Seperti yang Chipmunk dah bagitau awal-awal, hari ini Chipmunk dan En. Barney dah plan untuk ke Pesta Kasut (Malaysia International Shoe Festival 2013) di PWTC. Punya lah Chipmunk excited nak pergi sampai termimpi-mimpi tu. Kali ini Chipmunk dan En. Barney ditemani oleh Cik Dayah dan Cik Syafa. Masuk-masuk je dah rambang mata tengok kasut! Malas nak cakap panjang, anda semua tengok je lah gambar-gambar ni. 




Suka yang banyak button tu.


Automatik teringat Candy Crush Saga!

Ada sorang uncle ni cakap, boot ni tak boleh pakai. Buat sakit kaki je. 


Jimmy Choo. Cantiknya!


Miniature shoe

Kasut kahwin yang nampak cantik. Lain daripada yang lain. Eh

Tali kasut semua ni. Ada gambar yang lagi detail di SINI.

Ada BANYAK lagi gambar tau. Ini boleh kira suku je. Chipmunk dah upload dah kat Facebook. Nak tengok boleh KLIK SINI. Macam-macam lagi ada. Pergi pesta kasut ni sempat jugak rembat sepasang dua. Ehem. Dan ada something yang comel untuk someone yang cantik. Ha, siapakah itu? Hehe.

30/03/2013

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Bermula 28th March sehingga 31st March 2013 berlangsungnya Pesta Belon Udara Panas yang ke-5 di Presint 2, Putrajaya. Mesti ramai yang dah pergi kan? Chipmunk dan En. Barney pun sempat lah pergi sekejap petang tadi. Memandangkan esok nak pergi Pesta Kasut kat PWTC pulak, jadi sempat pergi hari ini je lah.

Tapi yang tak bestnya disebabkan cuaca yang tak mengizinkan tak boleh la tengok Hot Air Balloon. Sampai-sampai je kat tapak Hot Air Balloon tu para pekerja tengah lipat-lipat balloon tu. Tak tau nak panggil benda tu apa. Suka hati je perempuan ni nak panggil apa kan.

Disebabkan tak berpeluang nak tengok balloon yang macam-macam rupa bentuk tu, Chipmunk dan En. Barney pun pusing-pusing lah di sekitar tapak pesta. Itupun sebelum hujan turun macam coklat yang tumpah mencurah-curah ke ladang gandum dalam iklan Koko Krunch tu. Apa punya ayat lah perempuan ni guna. Tengok gambar kawan-kawan Chipmunk, ada yang bentuk sim card, bentuk smurf pun ada. Apakan daya, tak berkesempatan nak tengok sendiri. 

Time ni dah start hujan dah tapi masih lagi rintik-rintik.

Chipmunk suruh En. Barney try. Banyak je alasan dia bagi. Tak pakai kasut lah, kaki tak kuat lah. Padahal gayat.

Ini pun setelah sesi pujuk memujuk suruh En. Barney try. 

Akak tangan tu jangan nak lebih-lebih ye. Ada jugak yang transform jadi naga nanti. Haha

Abang ni hebat gila! Chipmunk dan En. Barney yang berdiri belakang tu terpegun tengok. 

Nampak pelik tiba-tiba En. Barney sorang yang kidal di sini.


Nak cover macam mana pun perut itu tetap nampak ye. 

Ada orang tu minta hadiah sebab dapat strike sekali. 

Lepas tunggu En. Barney selesai tu ingatkan nak pusing-pusing tengok tempat lain pulak. Sekali hujan lebat. Terpaksa la balik. Lagipun En. Barney pun nak masuk kerja jugak. So, bagi sesiapa yang berdekatan dan tak pergi lagi tu boleh lah ke Presint 2, Putrajaya. Tengok belon-belon udara panas yang bermacam-macam bentuk. Yang dah pergi nak pergi lagi pun boleh! ^_^

p/s : Esok pergi Pesta Kasut mesti lagi penat. Harap-harap lah dah cukup sihat dan larat.

29/03/2013

Tips Elakkan Demam Versi Saya

Sekarang ni, mungkin semua sedia maklum keadaan cuaca agak tidak menentu. Contoh macam di Bangi ni, tengahari memang cuaca terik sangat. Bagi yang Puteri Lilin macam Chipmunk ni, memang rasa macam kulit ni pedih je. Tak mampu nak keluar hostel. Ada jugak yang transform jadi vampire ni. Bila petang pulak, langit gelap seakan-akan malam. Petanda hujan lebat. Chipmunk tak tau la tempat lain macam mana. 

Tak boleh berpanas langsung. Haih, gemuknya lah perempuan ni. Diet, diet!

Mak selalu cakap, keadaan macam ni boleh sebabkan kita senang jatuh sakit, demam. Sekarang ni pun, Chipmunk pun tak berapa sihat. Baru je demam 2 minggu lepas, sekarang ni nak demam lagi. Bukan lah Chipmunk nak merungut, cuma Chipmunk ni jenis yang jarang demam. Setahun dua adalah sekali dua demam tapi ambik masa yang lama untuk sembuh. Bagus jugak sebab sesungguhnya sakit itu penghapus dosa kecil. Alhamdulillah.

Bila rasa macam nak demam ni, Chipmunk list lah beberapa perkara untuk mengelakkan demam. Untuk diri sendiri je sebenarnya. Sebab nanti kalau demam, En. Barney akan paksa pergi klinik. Sesungguhnya, Chipmunk dan klinik tak pernah berkawan baik! Jadi, daripada kena heret pergi klinik oleh En. Barney ada baiknya kalau Chipmunk ambik langkah berjaga-jaga. Lagipun, mencegah lebih baik daripada merawat bukan? Oleh sebab tu lah, Chipmunk rasa macam nak share je list Chipmunk tu. Alah, tips yang simple-simple je. Kalau korang ada tips lain yang lagi baik boleh kita jugak kita kongsi-kongsi. Uish, panjangnya mukadimah.

  1. Yang ni boleh kata cliche. Minum air masak banyak-banyak. Chipmunk ni jenis yang jahil sikit nak minum air masak. Macam berdendam pulak. Kenapa entah. Tapi percayalah, banyak manfaatnya kalau minum air masak banyak-banyak ni. Peringatan untuk diri sendiri.
  2. Kurangkan minuman sejuk dan bergas. Pernah Chipmunk mention dulu, kalau minuman sejuk ni Chipmunk kurang sikit. Kalau keluar makan pun, Chipmunk akan order Limau Panas, Teh O Limau Panas, Horlick Panas and the list goes on. 
  3. Kurangkan pendedahan kepada direct sunlight. Kalau boleh elakkan. Chipmunk ni memang dah Puteri Lilin, sampai En. Barney cakap kalau Chipmunk lari 100 m bawah cahaya matahari mahunya berapa saat je.
  4. Kalau anda berada di tempat yang sejuk sampai nak menggigil-gigil tu pakailah pakaian yang sesuai. Contoh macam bilik kuliah Chipmunk sendiri. Cuaca kat luar tu bukan main terik semacam. Bila dah masuk bilik kuliah, suhu macam -10 darjah celcius je. Sangat terasa perubahan suhu yang sangat drastik tu ye. Sebab tu lah, kalau nak pergi kuliah, Chipmunk cuba untuk bawa sweater sekali. Tak pun avoid tempat duduk bawah aircond. Kalau tak, siap sedia je lah untuk menjadi patung ais dalam bilik kuliah tu.
  5. Yang ini, kalau cuaca panas atau badan dah mula rasa panas ataupun Chipmunk berjemur di tengah panas mesti yang ini tak boleh tinggal. Air penyejuk badan cap kaki tiga. Bertujuan untuk mengelakkan peristiwa yang tak diingini. Chipmunk ni kalau berjemur atau cuaca panas siangnya, malam tu mesti hidung berdarah. Dari Chipmunk kecik-kecik lagi dah macam tu. Kurang minum air kot puncanya. 
  6. Amalkan pengambilan 2 sudu Sunquick setiap hari. Boleh rujuk entri INI. Panjang lebar dah Chipmunk terangkan dalam entri tu.

Anda ada lagi tips-tips yang lain? Bolehlah dikongsikan bersama. Mana tau sesuatu yang baru bagi Chipmunk, mungkin yang lain juga. Sekarang ni Chipmunk dalam usaha untuk mengeluarkan peluh dengan berjalan-jalan mengelilingi UKM petang-petang. Boleh exercise jugak, daripada duduk dalam bilik tak buat apa.

Kesian dia baru lepas makan ubat, baru lepas kena inject.

28/03/2013

Spontaneous Thursday : Kurang Cerdik



Wahai Mr. Smoker
Jangan lah anda menunjukkan pada satu dunia bahawa anda ini,
sangat kurang cerdik.
Duduk di meja makan di suatu kedai, 
berhadapan dengan satu kipas besar.
Dengan bangganya anda tarik sebatang rokok dari kotaknya,
dan lemah gemalai anda hembus asapnya ke depan. 
Iya, betul-betul depan kipas besar itu. 
Renungkan lah kembali, ke mana asap rokok itu akan pergi?
Bukan sahaja menyapa muka anda kembali, 
malah menyebarkan asap tersebut ke seantero kedai. 
Ke arah saya!
Maka dengan nasi setengah pinggan dan air yang belum saya hirup,
terpaksa saya tinggalkan begitu saja. 
Tahniah kerana anda berjaya,
berjaya mematikan selera insan yang sedang kelaparan ini.


Sumber : INI

27/03/2013

Wordless Wednesday : Pesta Kasut jom!






p/s : Nak pergi ahad. Jumpa di sana!

sumber : INI

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Ingat nak buat entri Wordless tadi tapi terlupa pulak ramai yang tag untuk GA yang satu ini. Malas nak panjangkan cerita. Straight to the point je lah. 


GA ini telah ditaja oleh penaja-penaja berikut.

26/03/2013

Sesi memborong buku di Kinokuniya, KLCC

Ahad lepas Chipmunk dan En. Barney ke KLCC. Rancangan awalnya nak pergi sabtu tu. Tapi terpaksa kami tunda pulak. Petang sabtu tu kena turun ke tapak pesta untuk raptai majlis perasmian yang Chipmunk bagitau dalam entri INI.

Suatu hari nanti, mesti dapat jugak tengok live!

Sebenarnya Chipmunk dan En. Barney ke KLCC ni nak pergi Kinokuniya je. Cari buku. Kot-kot la terjumpa buku yang menarik. Untuk rujukan tesis etc. Chipmunk terlupa pulak yang minggu ni minggu Formula 1 Malaysian Grand Prix. Dah lama Chipmunk tak follow Formula 1 ni, dah since masuk matrikulasi. Tak ada tv, nak tengok macam mana kan? Kalau dulu, tak payah cakap lah. 


Dengan baki voucher yang masih ada RM200, (RM50 dah guna untuk beli alat tulis sahaja) gigih lah En. Barney dan Chipmunk ni mencari buku. Kalau tak ada voucher ni memang tak lah sampai Kinokuniya ni. MPH Alamanda je sudah. Kalau di Kinokuniya, voucher tu kita kena verify dulu di kaunter khas yang disediakan. Tak lah menyusahkan bila dah sampai kaunter pembayaran nanti. Dah la beratur panjang, dah sampai turn nak bayar cashier suruh pergi verify dulu voucher. Kemudian patah balik untuk pembayaran pulak. 

Guna voucher dua keping dan tambah lagi RM6.65. Total RM106.65.

Chipmunk perlukan dua buku di atas je. Sangat berguna untuk buat assignment. Tapi masih ada baki lagi beberapa ringgit. Sambar je lah buku apa yang ada. En. Barney lagi lah, satu buku saja dah harga RM190+. Buku rujukan katanya. Tak dapat A untuk subjek Mekanik Kuantum ni tak tau lah. Buku rujukan mahal tu.


Tak pernah baca buku Fixi sebelum ni. Ramai yang kata seronok. Nak try la jugak. Setakat yang Chipmunk baca, gaya santai. Sempoi je. Boleh lah cari yang lain pulak lepas ni. Hehe. 

p/s : Simpan voucher lagi RM100 untuk Pesta Buku Antarabangsa nanti.

25/03/2013

The REAL Doctor in the House!

Alhamdulillah, sudah boleh duduk goyang kaki mengadap laptop sambil minum secawan teh panas walaupun di tengahari. Berakhir sudah segala program yang Chipmunk promote dalam entri INI sempena Festival Sanjungan Satria (Fessat) 2013. Dan boleh lah Chipmunk story-story tentang apa yang Chipmunk nak story. Er, kenapa ayat pelik sangat ni?

Sabtu lepas berlangsungnya program Bual Bicara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dan haruslah Chipmunk dengan rela hati menghadirkan diri. Idola tuuuuuu!!!

Ni Chipmunk snap dari skrin besar sambil menunggu Tun Dr. Mahathir dan isteri tiba.

Jujur Chipmunk cakap, saat Tun Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah masuk ke dalam dewan dan melalui karpet merah menuju ke pentas, airmata macam nak gugur je. Sebak yang teramat. Yela, dapat duduk satu dewan dengan Tun berdua pun dah rasa bangga sangat-sangat!

Membahaskan topik "Mahasiswa dan Kedaulatan Negara"

Kalau akal fikiran kita bebas, baru la kebebasan dan kedaulatan negara kita bermakna.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM
22 Mac 2013

Tun bersama isteri dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM. 

Dan yang paling penting, Chipmunk berkesempatan untuk berdiri di sebelah Tun Dr. Mahathir dan isteri, bercakap sendiri dengan Tun Dr. Mahathir walaupun soalan Tun hanyalah "Nama siapa?" dan bersalam dengan Tun Dr. Siti Hasmah. Perasaan tu memang Chipmunk tak dapat nak gambarkan. Macam tak berpijak di bumi yang nyata pun ada. Gembira tak terkata!

Buku Chipmunk yang ditandatangani oleh Tun Dr. Mahathir sendiri. Bangga!!

Di sini, Chipmunk mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang terlibat, AJK Fessat khususnya kerana telah merealisasikan impian Chipmunk untuk bertemu sendiri dengan seorang tokoh hebat seperti beliau. Tun Dr. Mahathir sememangnya idola Chipmunk sejak Chipmunk sekolah lagi tau. Chipmunk masih ingat lagi masa sekolah dulu, esei Chipmunk pernah dibaca semasa perhimpunan khas sempena persaraan Tun Dr. Mahathir. Itupun dah bangga, ini kan pulak bertemu sendiri. Berganda-ganda bangganya!

p/s : Tapi sayang, tak sempat nak ambil gambar. Tun nak balik dah. Tu pun alhamdulillah sempat minta beliau sign buku tu, rezeki. (^_^)

24/03/2013

Untuk Tatapan Warga UKM dan Sekitarnya

Entri melekat sehingga 24 Mac 2013. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru.

Ehem-ehem. Kali ni biarlah formal sikit ye. Cik Dayah ni bukan boleh percaya sangat. Nanti beliau share kat mana-mana entri ni terserlah pulak perangai kanak-kanak ribena I. Ceh, formal lah sangat kan? Seperti tahun lepas, kali ni sekali lagi nak tolong Cik Dayah kita ni promote apa yang akan berlaku tidak lama lagi.

Bermula 21 Mac 2013 sehingga 24 Mac 2013 akan berlangsung Festival Sanjungan Satria (Fessat) anjuran Kolej Tun Hussein Onn di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia. I sebenarnya dah lost count ni Fessat yang ke berapa sejak jejak kaki di bumi UKM ni. Plus minus tolak tambah mungkin Fessat ke-5 kalau tak silap. Tapi kali ni, agak lain sikit. Sebab salah satu poster yang Cik Dayah share sangat menarik minat perempuan si kanak-kanak ribena ni. 


Penampilan khas Tun Dr. Mahathir Mohamad tu. Jadi dengan ini, saya mewakili Cik Dayah serta mereka yang berkenaan ingin menjemput seluruh warga UKM, Bandar Baru Bangi dah sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan lagi program-program yang dianjurkan sepanjang beberapa hari Fessat ni berlangsung. Ada macam-macam program I tell you. Pertandingan dan hadiah-hadiah menarik, semua lah. Kesemua ada di dalam gambar-gambar di bawah ni. Tarikh, masa mahupun contact person semua ada. Sila klik untuk lebih jelas ye.










Tunggu apa lagi, bagi yang berada berdekatan tu boleh buka calendar phone tu dan save tarikh-tarikh di atas ni ye. Takut nanti terlepas pulak ada jugak yang menangis, cuma tak la sampai menangis air mata darah kan. Bagi mereka yang terlibat untuk menjayakan Fessat kali ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, all the best diucapkan.

p/s : Dayah, tutti frutti saya jangan lupa eh. 

sumber : Iedya Abdullah

22/03/2013

Sepantas Kilat

Laptop meragam, buat hal pulak. Kebetulan time diperlukan untuk menyiapkan assignment. Geram betul. Nak online tak boleh, nak buka blog tak boleh, nak reply jejak tak boleh. Tapi dah hantar kat En. Barney untuk reformat laptop yang usianya dah boleh dihantar masuk tadika ni. 

Ini pun Chipmunk baru dapat balik laptop Chipmunk. Boleh lah nak jenguk blog lepas ni. Tapi dalam beberapa hari ni agak busy sikit. Jadi masa nak ziarah-menziarahi sesama jiran tu agak kurang sikit la ye. 

Nah, gambar Abang Handsome untuk tatapan semua.

20/03/2013

Wordless Wednesday : Save the Date

 Sumber : INI

Sumber : INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...