Hari tu kan Chipmunk ada buat entry pasal Kek Lapis Oreo, dan banyak jugak feedback yang Chipmunk dapat nak minta resipi. Even kat status FB pun kawan ada tanya nak buat macam mana. So, siapa-siapa yang nak resipi Kek Lapis Oreo ni boleh la tengok resipi kat bawah ni ye.
Kek Lapis Oreo
Bahan A
25 biji kuning telur
8 biji putih telur
200g tepung hongkong
250g gula kastor
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh butter oil
Bahan B
500g mentega
4 sudu makan susu pekat
100g seri kaya
Bahan C
150g Horlick
4 paket biskut oreo
Pewarna Hijau
Cara Membuat :-
1. Pukul Bahan A sehingga kembang. Ketepikan
2. Pukul Bahan B sehingga kembang.
3. Kemudian adunan Bahan B yang telah berkembang dimasukkan ke dalam adunan Bahan A tadi dan gaul rata.
4. Bahagian adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian tanpa pewarna dicampur dengan Horlick dan satu bahagian lagi diwarnakan hijau disusun dengan biskut oreo.
5. Bakar berlapis-lapis, 2 lapis adunan tanpa pewarna dan 2 lapis lagi bewarna hijau. Lapisan hijau pertama sahaja disusun biskut oreo.
6. Bakar adunan sehingga habis.
Sumber : Kek Lapis Sarawak 4 oleh Rabiah Amit.
p/s : Hari tu Kak Puteri minta resepi kek lapis sebab tak pernah try buat kek lapis lagi. Ni dah ada, nanti sis try la. =)
+ Taip entry ni masa tengah tunggu Kek Lapis Pandan Cheese siap. Mata ni memang menguji kesabaran. So, kalau ada jumpa typing error kat mana-mana tu maaflah ye. Serius memang mengantok sangat-sangat.
17 comments
tengss..:).. da jwk nk kek oreo yang xperlu berlapis... :P
seyes aku suka makan kek
lapis ni..
tapi buat tak suka..
haha! wehh aku nk!!
post laju cepat
buat kek lapis untuk juadah raya erk ? sedap tuh..huhu
btw, selamat hari raya nana ucapkan buat kamu :)
eyy..macam nyaman jak.. mok mek coba lak..haha..nyumnyum :D
@♥ Dea ♥
xtauk juak eh.. kmk org mun polah kek lapis oreo tok nang berlapis ajak.. =)
@~Nana 귀여운~
thanks.. selamat hari raya jugak.. =)
@Syahirah Suhaili
coba jak.. nang nyaman bah.. tmbah agik mun hantu oreo.. hehe
post ke umah elie sket la! ;D
wah sedap2 .
ade resepi lagi
hehehe
selamat hari raya ye
:0
wah thanks dear...nanti kak puteri try buat :)
@Elie Lily
haha.. nak post macam mane ni? =)
@::ini belog saya . cinta hati saya::
Ramai yang minta. tu yg sertakan sekali dgn resipi.. =)
@puteri kasih
nak tengok jugak hasilnya nanti.. =)
wah mesti try ni :)
@Far8 budak baik
haha.. xjual2.. :p
@nadia fatihah
mesti! hehe
cake enak pasti laku jualan