18/01/2012

Ini BUKAN buah kurma tau.


Hari ni dah masuk hari keempat ada kat rumah. Satu yang Chipmunk risaukan bila balik rumah ni adalah makan. Bukan pasal susah nak cari makanan tapi banyak sangat makanan yang sedap-sedap sampai tak boleh nak berhenti makan. Dah mak masak sedap-sedap. Even goreng telur dadar tu je pun boleh jadi sedap sampai nak tambah 3 pinggan nasi tau.

Bila cakap pasal makanan ni kan, ada something yang Chipmunk nak share. Semalam lunch, mak masak makanan yang simple sangat-sangat tapi sangat-sangat limited edition. Sebab Chipmunk tak pernah pulak nampak masa Chipmunk di Semenanjung.


Sekali pandang orang mungkin cakap ni buah kurma, tapi sebenarnya bukan. Ni kitorang panggil buah dabai. Ni la favourite bapa Chipmunk. Mak cakap buah dabai ni macam buah durian, buah bermusim.


Ni gambar lagi dekat. Nak masak buah dabai ni senang je. Rendam dengan air panas, tunggu sampai isinya lembut. Lepas tu boleh la tabur garam secukup rasa. Kalau nak makan dengan kicap pun boleh. Sedap.


Yang sebelah kanan ni biji buah dabai. Isinya sikit je sebenarnya. Dan kalau nak tau yang biji buah dabai ni boleh dimakan jugak. Tapi bukan yang macam dalam gambar ni la. Ada lagi isi dalamnya. Kena pecahkan dulu.


Ni yang Chipmunk dah pecahkan. Sorry la, kualiti gambar tak berapa nak elok. Kamera phone je yang ada. Isi yang kat dalam ni pun sedap. Dulu masa kecik-kecik, Chipmunk sampai menangis-nangis kalau mak taknak pecahkan biji buah dabai ni untuk Chipmunk.


Chipmunk selalu fikir yang buah dabai ni sangat unik dan special. Pernah tak jumpa? Atau rasa ke? Seingat Chipmunk buah dabai ni takda la kot kat semenanjung sebab dulu masa makcik Chipmunk yang tinggal kat subang mengidam buah dabai, sanggup suruh mak Chipmunk kirimkan dari Miri. 

Kalau siapa-siapa yang datang Sarawak dan bernasib baik datang masa musim buah dabai ni haruslah try. Rugi je datang sini kalau tak merasa.

33 comments

1/18/2012 07:03:00 am

ade rase cm kuaci x?

1/18/2012 08:18:00 am

Wahh! Tak pernah dengar pun buah ni :O Macam menarik jee :D

1/18/2012 08:44:00 am

owh..buah ni..hari tu blk KG Hubby kat sarawak..diorg ada bg akak mkn buah ni tapi akak tak reti makan...1st time akak tau buah ni time balik KG tempohari..

1/18/2012 10:08:00 am

he3 .. first time nih .. hee~

1/18/2012 11:14:00 am

tak pernah tgk pon buah ni, mmg ada kat sarawak je ek? nampak mcm kacang hazeknut.hehehe ~ anyway, info baru buat sy .mengenali buah buahan dari sarawak

1/18/2012 01:01:00 pm

sedap tak chipmunk? mane nak dapat? huhu

http://irsyanim.blogspot.com/2012/01/wordless-wednesday_17.html

1/18/2012 01:29:00 pm

buah dabai...
xpenah rase pon..hikhik

1/18/2012 03:22:00 pm

buah toO rase ape .?

1/18/2012 03:33:00 pm

wahh buah dabai rupanya :)
singgah sini n suda folo kmoo skali ^^ sudi2 la folo blik :)

1/18/2012 04:37:00 pm

nampak sedap jew buah dabai tu..
first time tahu pasal buah nie..^^

1/18/2012 05:33:00 pm

macam sedap :D

1/18/2012 09:30:00 pm

x prnh dgr nama buah ni
tp mcm best je hehe ;)

1/18/2012 10:26:00 pm

mun xpernah lg cube mkn buah ni..

1/18/2012 10:31:00 pm

haha..aie,kmk suka nok dlm bijik nya ya..haha..tutok k lesong mun mok mecah nya..haha..bkeja keras nak mecah nya..sa mcm sayo jak..p nyaman..haha

1/19/2012 12:52:00 pm

dalam buah ada buah. hhaha

1/19/2012 08:18:00 pm

@Aisya J

menarik dan unik.. hehe

1/19/2012 08:20:00 pm

@LiLy @ MumMyQiStInA

la, husband sis org sarawak rupanya. lain kali boleh la try. rasa dia agak lain sikit la. x pandai nak describe macam mana.

1/19/2012 08:20:00 pm

@Cik FaRiZaM

yela kot. rasanya la.. =)

1/19/2012 08:21:00 pm

@هانيم إر؎اد

sedap2.. kat sarawak skrg musim buah ni.. kt smnanjung xpenah nmpak plak.. :)

1/19/2012 08:21:00 pm

@.: iEyLa :.

sedap.. =)

1/19/2012 08:22:00 pm

@Feenas Sya

tak pandai nak describe.. kena rasa sendiri baru tau.. =)

1/19/2012 08:25:00 pm

@Nur Athirah Nabila

tau ke? =)

dah follow kamu jugak..

1/19/2012 08:26:00 pm

@fiqah hamed

memang sedap pun. =)

1/19/2012 08:27:00 pm

@Detective Fiqa

memang sedap! hehe

1/19/2012 08:27:00 pm

@Miss Purple Ungu

kat semenanjung takde rasanya buah ni.. =)

1/19/2012 08:28:00 pm

@cik mun

kalau jumpa buah ni, try la rasa.. =)

1/19/2012 08:29:00 pm

@Syahirah Suhaili

samalah.. kmk pun suka juak.. dolok masa kecik nang mak kmk jak la jadi mangsa tutok bijik nya ya.. mun x diturut ngamok.. hehe

1/19/2012 10:54:00 pm

isi kedua tuh boleh makan tak?
nampak macam pahit je? *bajet hebat*

1/20/2012 12:07:00 pm

@~Nana BamBam~

nanti ade kesempatan try la.. =)

1/20/2012 12:07:00 pm

@Picoz Shupalula.

hehe.. agak la.

1/20/2012 12:08:00 pm

@Fathiah Hamim

xpahit lgsung pun.. rase berlemak.. =)

1/20/2012 12:49:00 pm

@EnciK AxixOu

ntah la.. xpenah mkn la pulak... :(

1/20/2012 12:50:00 pm

@apix

1st time jugak dgr psal buah nie.. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...