15/01/2012

Now Everyone Can Fly (tak payah nak Air Asia sangat!)


Alhamdulillah, Chipmunk dah selamat sampai di bumi Miri tercinta. Thanks buat semua yang mendoakan perjalanan tu selamat sampai. By the way, Chipmunk bukannya pergi bercuti tau tapi nak balik rumah. Biasalah orang hidup di perantauan ni.

Masa Chipmunk beli kebetulan ada promotion Fabulous Fly-Day Air Asia untuk route Kuala Lumpur-Miri untuk RM99 sahaja. Tapi biasalah Air Asia ni banyak hidden charges nya kan, so total jadi RM145. Itu dah harga tiket termurah yang Chipmunk pernah dapat. Kebetulan, ada member pulak balik naik flight yang sama.

Flight Chipmunk semalam pukul 7.15 pagi. Pukul 4 pagi lagi dah menapak dari UKM naik Si Merah tu dengan En. Barney. Sampai-sampai je LCCT, melantak kejap kat OldTown White Coffee. Disebabkan sekarang ni kalau nak Counter Check-In kena bayar RM10, jadi malam tu lagi Chipmunk dah check-in via Web Check-In kat website Air Asia. Untuk Web Check-In dan Mobile Check-In, Air Asia tak kenakan apa-apa charges. Hanya perlu print boarding pass ataupun sampai LCCT nanti boleh scan je barcode yang diberi untuk dapatkan boarding pass. Dekat Drop Baggage Counter tu yang Chipmunk agak tak puas hati. Kalau dulu, setiap destinasi akan ditentukan kat kaunter mana. Tapi sekarang kita boleh pergi mana-mana kaunter. Yang ni memang sangat kelam kabut. Kenapa tak kekalkan je satu destinasi satu kaunter? Bila orang yang dah terlambat kena beratur panjang lagi untuk drop baggage. Memang kelam kabut la kan? Dah la ni pun lambat, nak masuk departure hall lagi kena beratur panjang.

Flight pagi ni best jugak. Boleh tengok bila pagi yang gelap tu jadi semakin cerah dan cerah dan kemudiannya menjadi siang. Dan awan, subhanallah. Sangat cantik. Tapi sayang tak ambik gambar pun. Terpegun tengok. 
 Lebih kurang macam ni la. Tapi ni ambik kat Pakcik Google je.

Tapi yang paling penting, balik-balik rumah boleh tengok Cik Teng Teng!


16 comments

1/15/2012 01:18:00 pm

wah cantiknya awan tuu ^^

1/15/2012 01:27:00 pm

selamat kembali ke kampung halaman..

comel kucing^^

1/15/2012 01:33:00 pm

comel :)

1/15/2012 02:29:00 pm

haha..ada juak braie ngan cik tengteng ya..geram..haha..da mbak ole2 k cik tengteng gk tek? :D

1/15/2012 04:21:00 pm

owh..sekarang ni kat mana2 kaunter jer erk..baru tau..susah juga kalau mcm tu..

Alahai..comelnye kucing tu..^_^

1/15/2012 04:40:00 pm

comelnyer cik teng teng:)

1/15/2012 09:28:00 pm

teringat zaman study dulu duk ulang alik every sem naik belon. hehe. cik ungu pernah dpt voucher percuma RM200 (sehala) tau naik airasia. so balik time tu x yah fikir duit dah. tu pun still ada baki coz tiket sbnr around RM180 je. syok.

1/16/2012 12:29:00 am

alhamdulillah..dh slmat smpai ye chipmunk =)

1/16/2012 09:33:00 am

@Lady Emilya

kan? hehe

1/16/2012 09:34:00 am

@nur adilah

=)

1/16/2012 09:34:00 am

@Syahirah Suhaili

harus ada.. hehe

1/16/2012 09:35:00 am

@LiLy @ MumMyQiStInA

tau xpe.. susah..
huhu

1/16/2012 09:35:00 am

@puteri kasih

nakal pun nakal sis.. =)

1/16/2012 09:36:00 am

@Cik Ungu Kamila

untungla dpt voucher percuma.. huhu

1/16/2012 09:36:00 am

@naiemah_ramli

hehe.. =)

1/20/2012 12:59:00 pm

@Woofer Storm

:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...