10/03/2012

Yang dinanti-nantikan...


Malam semalam telah berlangsung Malam Perasmian Festival Sanjungan Satria 2012 (Fessat). Ala, yang Chipmunk promote-promote jadi entry melekat tu. Jujur Chipmunk cakap, Malam Perasmian tahun ni sedikit hambar jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Namun tetap best jugak. Apa-apapun Kelab Tarian Sanggar Citra tetap grand uolls! Nak tengok adik-adik kesayangan Chipmunk, jom tengok gambar-gambar di bawah ni.
 Sanggar Citra dengan kostum Si Baju Hijau

Askar yang anggun!

Chipmunk dan Askar Comel, Cik Jane.

En. Barney dan pelakon hebat Joe Hassan!

Overall malam ni memang best. Siap ada bunga api, letupan bom, askar main tembak-tembak tapi bukan peluru betul la, M16 je betul-betul even lompat gelung api pun ada. Sebenarnya memang tiap-tiap tahun macam ni. Nak tengok best atau tak sesuatu majlis perasmian tu, kena tengok pengurusan program, tentatif dan kemeriahan satu-satu program tersebut. Tahun ni Chipmunk rasa okay-okay la. Tapi masih tidak setanding Majlis Perasmian Fessat tahun-tahun sebelum ini. Dan yang paling menghampakan Chipmunk, adalah teater. Sorry to say, teater malam tadi bukan standard teater pelajar universiti tapi budak sekolah menengah. Chipmunk pernah terlibat selama dua tahun untuk teater Fessat ini dan penglibatan sebanyak 1% untuk teater malam tadi cukup untuk Chipmunk cakap yang teater semalam dengan teater tahun-tahun yang lepas bagai langit dengan bumi. Apa yang Chipmunk boleh cakap kat sini, jangan ingat yang kita ni hebat sangat sampai sekali latihan hanya mencukupi. Even profesional pun pasti ada silapnya. Dan korang pulak terletak di mana? Amatur pun tak layak. 

Walaupun teater Fessat semakin hilang pudar dan serinya, apa yang ditunggu oleh para pengunjung adalah artis-artis yang ada. Malam tadi turut dimeriahkan oleh Jinbara, Damasutra, dan jugak Samudera. Semua rock kapak tu. Masa artis ni datang Chipmunk tak tengok pulak sebab ada hal lain yang nak diuruskan. 

Esok pulak banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. Autoshow dan jugak Malam Ekspresiasi Suara, ala karaoke la kiranya. Siapa yang berada berdekatan tu, sila-sila la datang ye. =)

8 comments

3/10/2012 03:49:00 pm

tngok gmba org pkai bju askar rindu pulak kat skola. .hee ^^
bestnye ade retis dtng. .hehe

3/10/2012 04:09:00 pm

okey la tu :) harap tahun depan boleh wat dgn lebih baik.. chaiyok! :D

Anonymous
3/10/2012 09:30:00 pm

ehh comel la askar tuh..

aah,pe2 hal kena la latihan ckup,bru la leh bgi yang gempak

3/11/2012 02:05:00 pm

wahh askar comel..askar cun..hehee

3/11/2012 11:34:00 pm

@Syamira Yahya

xtgk pun retis2 yg dtg tu.. huhu

3/11/2012 11:36:00 pm

@Haruno Hana 하나

ok ape nye klau org2 smbil lewa.. huhu

3/11/2012 11:38:00 pm

@MaYa MustWany

nk buat mcm mne.. sume org ingat die hebat.. tu yg confident sgt tu.. huhu..

thanks bg pihak askar2 tu.. hehe

3/11/2012 11:43:00 pm

bagi pihak askar comel.. thank you! hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...