30/07/2012

SEGMEN : " Saya nak Angpau Ramadhan ! " by Qaleshya Umairah


Lately ni macam banyak pulak join segmen atau GA ni, tak tau la kenapa. Tapi yang tak bestnya susah nak jumpa segmen atau GA yang syarat-syaratnya simple ni. Jadi hari ni nak join satu segmen ni, tak ingat pulak siapa tag. Syarat-syaratnya simple je, boleh klik SINI untuk tengok syarat-syarat tu.


Klik banner untuk JOIN!

Dan Chipmunk nak tag


Tarikh Tutup : 12 Ogos 2012, 8.00 pm

Review : Sayangku Casper oleh Mazni Aznita


Beberapa hari ni rasa macam tak sihat pulak, mood blogging pun jadi tak sihat jugak. Mungkin sebab cuaca panas kot, dan kurang minum air masak tambah sekarang pun bulan puasa. Dah la Chipmunk ni jenis yang payah nak minum air masak, tu yang selalu kena bebel dengan En. Barney tu. Bila hidung dah berdarah sebab panas badan tu baru merengek-rengek menangis.

Bila mood pun macam chipsmore ni Chipmunk rasa ada baiknya Chipmunk teruskan dengan review novel yang dah lama Chipmunk habiskan. Dan novel kali ni adalah... 


Sayangku Casper oleh Mazni Aznita

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kakak tirinya. Demi amanat si 'granny', Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madam Marianne yang hilang sejak kecil. Adelie de Casper mahu segerea dijejaki untuk menghalang niat jahat 'daddy'nya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adila mengambil keputusan melarikan diri. Bka dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adila yang penuh dengan kejutan, kebahagiaa dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin. 

Novel ni Chipmunk beli masa Pesta Buku Antarabangsa dulu, nampak tak berapa lama Chipmunk ambik masa nak review novel ni? Bagi Chipmunk novel ni lain. Tak seperti novel-novel lain yang agak klise. Dan latar belakang novel ni pulak adalah Paris! Serius bila baca novel ni macam kita pun mengembara ke kota Paris bersama Tia Adelia. Rasa macam dalam cerita orang putih pun ada. Jalan cerita novel ni lagi lah menarik. Setiap character punya rahsia yang tersendiri, sampai kita pun tak sabar nak tau apa yang jadi berikutnya. Tak boleh nak berhenti menyelak helaian demi helaian. Contoh macam, rahsia apa yang ayah Tia simpan daripada Tia? Adelie de Casper ni pulak siapa, kakak Tia ke? Apa sejarah lampau antara Madame Marianne dengan Adelie de Casper sehingga Tengku Rafique diarahkan untuk menjejaki dalam kadar yang segera? Dapat tak Tengku Rafique jumpa Adelie dan siapa sebenarnya Tengku Rafique ni? Banyak lagi lah persoalan-persoalan yang timbul dan adakah di akhir novel ni persoalan tu semua terjawab? Kalau nak tau sila lah baca Sayangku Casper ni. Tak rugi, best sangat! Chipmunk rasa novel ni dah jadi salah satu novel favourite Chipmunk.

cover novel ni saja pun dah boleh buat orang jatuh hati dah

p/s: Chipmunk rasa Chipmunk dah mula minat dengan karya-karya penulis Mazni Aznita ni. Ada satu lagi novel beliau yang Chipmunk baru habis baca semalam.

*Anda dan anda yang menawan lagi baik hati, boleh tak tolong Chipmunk klik INI, dan INI? Tengah kumpul duit nak sambung study ni. Huhu.*

29/07/2012

Menu Berbuka : Nasi Ayam Goreng


Seperti yang dijanjikan, hari ni nak kongsi satu resipi simple untuk berbuka puasa. Sebab family Chipmunk tak ramai, ada 5 orang je jadi senang la sikit kan? Dah tu kerja pun sikit je yang Chipmunk dan mak kena buat untuk prepare juadah berbuka tu. Dan resipi yang Chipmunk nak kongsi ni adalah Nasi Ayam Goreng. Kalau nak prepare something yang simple untuk berbuka tu boleh lah try resipi ni.

Bahan-bahan
1 kg beras    - dibersihkan
1 ekor ayam    - dibersihkan
1 biji timun
1 biji tomato
sedikit daun salad
2 liter air rebusan ayam
3 helai daun pandan
minyak masak dan garam

Bahan-bahan (A) - dikisar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia
2 sm kunyit

Bahan-bahan (B)
4 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan (C)
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan kicap masin
2 sudu makan madu

Cara membuatnya :
1. Rebus ayam dalam air mendidih selama 20 minit. Toskan. Potong pada 4 bahagian.
2. Bahan A dibahagi tiga. SAtu bahagian dicampur dengan bahan C untuk dijadikan sos. Ketepikan
3. Bahagian kedua digaulkan pada ayam dan perapkan selama satu jam. Goreng hingga garing.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak dalam periuk. Tumis bahan (B) dan lebihan bahan (A).
5. Masukkan air rebusan bawang, beras, daun pandan dan garam.
6. Masak hingga nasi kering. Kecilkan api dan tutup periuk.

Dah siap tu, hidang je la. Tapi jangan la masuk mulut terus pulak before masuk waktu berbuka lagi.


Selalu Chipmunk berbuka macam ni lah. Nasi sikit. Ada side dish sikit, macam rojak sikit, atau murtabak dua tiga potong ataupun kuih-muih yang lain. Air pulak ada la kot dalam 2 gelas. Hehe. Oh ya, untuk resipi ni Chipmunk tak letak tomato atau daun salad sebab tak akan ada yang nak makan, membazir je nanti.

sumber : Kompilasi Hidangan Nasi

p/s: untuk hari ni, Chipmunk dan mak try buat nasi bukhari. Sebab tengok dalam buku resipi macam simple je. Ingat nak makan dengan kari tapi lidah ni terasa nak makan dengan ayam masak kurma pulak. Nak resipi tak? =)

*Anda dan anda yang menawan lagi baik hati, boleh tak tolong Chipmunk klik INI, INI dan INI? Terima kasih ye. =)*

28/07/2012

Jawapan Teka Gambar dan Review Part II


Kali ni Chipmunk nak bagitau jawapan untuk entri Teka Gambar dan Review Part II. Tapi before tu kita tengok dulu la gambar yang Chipmunk suruh teka tu.


Macam-macam jawapan yang Chipmunk dapat. Dan malangnya hanya seorang je yang berjaya teka dengan tepat. Dan jawapannya ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jawapan yang tepat adalah earphone. Dan buat sis Ieyla, tahniah. InsyaAllah, nanti Chipmunk buat Part III pulak, tapi dengan gambar yang lagi senang. Dan next time Chipmunk akan bagi hint. Cuma bila tu tak tau. Kena cari la dulu apa yang nak diteka. 

*Anda dan anda yang menawan lagi baik hati, boleh tak tolong Chipmunk klik INI, INI dan INI? Terima kasih ye. =)*

26/07/2012

Iklan kurma Yusuf Taiyoob punya pasal!


Al-kisahnya ada sorang member Chipmunk ni dah kemaruk dengan iklan kurma Yusuf Taiyoob. Sampaikan "Yusuf Taiyoob" tak lekang dari mulut beliau. Lebih kurang macam gambar di bawah ni lah.


Tau kawan Chipmunk tu cakap apa kat Chipmunk? 

Kau tau tak, tiap kali aku dengar iklan kurma Yusuf Taiyoob ni memang automatik mulut aku pun terikut berbisik "Yusuf Taiyoob"

Parah!

p/s: Chipmunk nak bagi jawapan untuk entri INI. Nak tangkap gambar benda tu pulak, Chipmunk tak tau adik Chipmunk benda tu kat mana. Nak bagi resipi untuk juadah berbuka yang Chipmunk janji dalam entri yang lepas-lepas, Chipmunk tak transfer lagi gambar dari phone mak. Sorry. =(

*Anda dan anda yang menawan lagi baik hati, boleh tak tolong Chipmunk klik INI, INI dan INI? Terima kasih ye. =)*

Spontaneous Thursday : Ikhlas


"Di bulan ramadhan yang mulia ni, tak payah lah nak pentingkan keuntungan sangat. Ikhlas la sikit dalam berniaga tu."

Mee goreng sebungkus RM6.00. Sedap lagi Chipmunk goreng. Cekik darah betul.  

p/s: Nantikan jawapan untuk entry INI

*Anda dan anda yang menawan lagi baik hati, boleh tak tolong Chipmunk klik INI, INI dan INI? Terima kasih ye. =)*

25/07/2012

Wordless Wednesday : Teka Gambar dan Review Part II



Syarat-syarat
  1. Teka benda warna purple di atas (Nak teka yang background tu sekali pun boleh).
  2. Komen jawapan anda pada entry ini.
  3. Masa : 12.00am (25/07/2012) hingga 12.00am (26/07/2012)
Jawapan yang tepat nanti Chipmunk review blog tersebut. Sama je macam entry Teka Gambar dan Review Part I.

p/s : Tak ada lah wordless mana pun. 

*kalau baik hati, tolong lah Chipmunk klik INI dan INI ye. Tengah kumpul duit nak kahwin ni. EH? Terima kasih ye. Hehe*

23/07/2012

Giveaway : Saya Nak Kad Raya


Dalam entri semalam Chipmunk janji nak bagi resipi untuk juadah berbuka tapi maaflah kena hold dulu. Mungkin esok atau lusa. Tunggu je. Sorry sangat-sangat tau.

Jadi, sekarang ni nak join la satu GA simple ni. Susah betul nak jumpa GA atau segmen dengan syarat yang simple-simple macam ni. Bila jumpa of course la ringan je tangan nak join kan? Hehe. Nak tau boleh klik SINI.
Kalau nak join jugak atau nak tengok syarat-syaratnya, klik je banner kat atas tu. Tak pun boleh klik SINI.

Bila sungkai jangan makan laju-laju,
Nanti nenek bising katanya "Tak masuk book"
Bila zaman dah makin maju,
Bagi kad raya pun tag je kat Facebook.

Bosan sudah dengan kad raya alam maya,
Nak tunggu posmen pulak di kala hujan renyai,
Bukan selalu dapat kad raya,
Tunggu apa lagi, jom la kita join ramai-ramai.

Sorry, tak reti sangat nak buat pantun actually. Tu je yang mampu. Jom la kita join ramai-ramai. Bukan rugi apa pun kan?

Nak tengok Hadiah pulak? Boleh je tengok kat SINI.

Tarikh Tutup : 02/08/2012, 5.00 pm

- sungkai maksudnya berbuka puasa. 
- Nenek Chipmunk memang suka sangat dengan ayat tak masuk book tu. Book = buku.

22/07/2012

Cik TengTeng dan Kotak


Kali ini nak update pasal Cik TengTeng lagi. Dalam entri INI, Cik TengTeng ni memang ada habit gigit paket 3 in 1 sampai bocor. Dan dalam entri INI pulak Cik TengTeng ada habit gigit wayar pulak.

Kali ni, Chipmunk nak reveal lagi satu rahsia Cik TengTeng ni. Cik TengTeng memang pantang betul tengok kotak, sampai berangan nak tiru aksi Maru (dalam entri Mari Tiru Gaya Maru). Tak percaya? Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni.









Ada banyak lagi gambar Cik TengTeng ni sebenarnya. Video pun Chipmunk ada ambik tapi malas nak letak kat sini. Lambat sangat upload. Tapi kalau nak tengok boleh tengok kat SINI.

p/s: Hari kedua berpuasa ni masak something. Nak tau apa, kena tunggu esok. Chipmunk bagi resipi terus. =)

Ads : Upload video tutorial gaya hijab dan join contest INI?
Ads : Nak bawa Si Kancil lah untuk INI. Percuma pulak tu.
Ads : Boleh dapat iPad dengan INI.
Ads : Azizul? Azizul mana ni?
Ads : Macam menarik je INI

21/07/2012

Jawapan Saya Pulak!


Kali ini Chipmunk nak jawab soalan Natasya (Nak panggil adik, rasa macam tua sangat pulak padahal umur tak la beza banyak mana pun). Ingat tak lagi Segmen Ramadhan hari tu? Boleh klik SINI. Dan dalam entri INI, Chipmunk ada senaraikan peserta yang join segmen tersebut.

Asyik baca jawapan orang lain, jadi kali ni Chipmunk pulak nak jawab soalan Chipmunk sendiri. Apa juadah favourite Chipmunk semasa berbuka.

First of all adalah ini...

sumber : google

Wajib berbuka dengan kurma. Kalau tak ada memang rasa tak lengkap. Memang rata-rata jugak peserta segmen yang jawab kurma tu wajib ada. Lain kan kalau kalau tak berbuka dengan kurma? Bapa Chipmunk siap suruh lagi kawan bawakan dari Dubai, bapa cakap sedap. 

Dan second pulak adalah ini...

sumber : google

Orang Sarawak sure tau ini apa. Ni adalah Mee Kolok. Memang famous lah. Chipmunk prefer Mee Kolok makcik Chipmunk sebab sedap. Kalau datang Miri, ataupun memang orang Miri try la makan kat gerai di Tamu Muhibah. Makcik Chipmunk ada buka gerai situ. Try rasa Mee Kolok dia. Memang sedap sehingga menjilat jari lah (Siapa pulak yang makan mee guna jari kan?). Tapi bulan puasa ni confirm lah tak buka dan rasa-rasa makcik tak berniaga pulak kat Bazaar Ramadhan tahun ni. Kalau tak boleh order Mee Kolok kat makcik hari-hari. Tinggal nak ambik je untuk berbuka. Oh ye, Zee Avi pun ada lagi pasal Mee Kolok ni. Tajuknya Mee Kolok Sigek, maksudnya Mee Kolok Satu. Boleh klik SINI untuk dengar. (Baru tau yang Zee Avi ni senior masa sekolah rendah rupanya).

Ni baru jawapan Chipmunk, dah tengok jawapan peserta segmen yang lain? Klik SINI untuk senarai peserta.

Ads : Upload video tutorial gaya hijab dan join contest INI?
Ads : Nak bawa Si Kancil lah untuk INI. Percuma pulak tu.
Ads : Boleh dapat iPad dengan INI.
Ads : Azizul? Azizul mana ni?
Ads : Kesian mereka ni. Jom kita tolong. Hanya perlu buat INI.
Ads : Apa yang kaum wanita takutkan? INI
Ads : Macam menarik je INI

20/07/2012

Cik TengTeng : Mission Accomplished!


Entri ini adalah sambungan dari gambar dalam entri INI.


Adik Chipmunk : Cik TengTeng! Turun lah. Nanti kalau mak nampak mak marah. 

Cik TengTeng memang suka paket 3 in 1. Tau dia buat apa? Gigit-gigit paket tersebut sampai la bocor. Agaknya mogok sebab tak buatkan milo untuk dia kot.

p/s: Selamat berpuasa. Pesanan dari penaja, Cik TengTeng.

Ads : Upload video tutorial gaya hijab dan join contest INI?
Ads : Nak bawa Si Kancil lah untuk INI. Percuma pulak tu.
Ads : Boleh dapat iPad dengan INI.
Ads : Azizul? Azizul mana ni?
Ads : Kesian mereka ni. Jom kita tolong. Hanya perlu buat INI.
Ads : Apa yang kaum wanita takutkan? INI?

Senarai peserta Segmen Ramadhan


Hari tu Chipmunk ada buat segmen ringkas mengenai juadah berbuka kan? (Klik SINI) First of all, nak minta maaf if masa tu terlampau singkat dan kalau Chipmunk ada buat apa-apa yang menyinggung perasaan orang lain. InsyaAllah, kalau ada kesempatan lain kali Chipmunk buat segmen lagi ye. Dan insyaAllah, kalau ada rezeki lebih dari En. Nuffnang ke, boleh jugak buat Giveaway yang simple-simple.

Dan Alhamdulillah, ramai la jugak yang join segmen tu. Dan macam-macam jugak info yang Chipmunk dapat. Ada certain makanan tu, Chipmunk tak pernah dengar pulak.

Jadi kat sini, nak list kan semua yang join untuk segmen hari tu. Jenguk-jenguk lah ye, mana lah tau ada yang tak pernah korang jumpa dan tak pernah tau pun. 
  1. http://elfizaismail.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html 
  2. http://deary-ainn.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  3. http://sukesukicikkeyrah.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  4. http://shelittlesunshine.blogspot.com/2012/07/segmen-segmen-ramadhan-juadah-berbuka.html
  5. http://yanayoni.blogspot.com/2012/07/segmen-berbuka-juadah-berbuka-anda.html
  6. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  7. http://anzulnashome.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  8. http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  9. http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  10. http://eyntansabrena.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  11. http://sharinashina.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda-html
  12. http://krilmohd.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  13. http://tentangyaya.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  14. http://www.puterikasih.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda/
  15. http://chocolateholic4eva.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  16. http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  17. http://leenabestfriend.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  18. http://ctkiranamaku.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  19. http://ceklolypop.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  20. http://loverholicrawk91.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  21. http://jannahnorrodin.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  22. http://tieffa19.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  23. http://pinkyaina.blogspot.com/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  24. http://umikasum.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  25. http://misskpoppers.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  26. http://desserry.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
  27. http://shirakitty.blogspot.com/2012/07/segmen-ramadhan-juadah-berbuka-anda.html
Pada yang sudi join, terima kasih banyak-banyak. Terharu bila ada jugak yang sudi join. Doa-doakan lah En. Nuffnang bagi BE banyak-banyak ye, boleh buat GA pulak untuk korang. And last but not least, selamat menyambut ketibaan ramadhan!

Ads : Upload video tutorial gaya hijab dan join contest INI?
Ads : Nak bawa Si Kancil lah untuk INI. Percuma pulak tu.
Ads : Boleh dapat iPad dengan INI.
Ads : Azizul? Azizul mana ni?

19/07/2012

Spontaneous Thursday : Motto itu bukannya motorsikal.


Kurangkan makan, banyakkan amal ibadah.

Bulan ramadhan ni perlu motto jugak. Supaya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya, InsyaAllah. Boleh jadi polisi diet bulan ramadhan jugak ni. Anda pulak macam mana?

Nak praktis lompat masuk dalam almari lah, boleh curi keropok ikan time puasa nanti

Ads : Upload video tutorial gaya hijab dan join contest INI?
Ads : Nak bawa Si Kancil lah untuk INI. Percuma pulak tu.
Ads : Boleh dapat iPad dengan INI.
Ads : Azizul? Azizul mana ni?

18/07/2012

Wordless Wednesday : Menghitung Hari


Ads : Upload video tutorial gaya hijab dan join contest INI?
Ads : Nak bawa Si Kancil lah untuk INI. Percuma pulak tu.
Ads : Boleh dapat iPad dengan INI.

Segmen Ramadhan : Juadah Berbuka Anda?


Ini adalah entry melekat. Sila scroll ke bawah untuk update terbaru.
Ini adalah segmen pertama yang Chipmunk buat. Harap-harap ada lah yang join. Seperti yang Chipmunk nyatakan sebelum ni dalam entry INI, Chipmunk nak buat segmen simple sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Secara spesifiknya, Chipmunk nak tau juadah berbuka favourite anda semua. Boleh lah kita bertukar-tukar menu berbuka ye. Dan semestinya sangat membantu kalau idea dah kering kontang tak tau nak masak apa untuk berbuka. Hehe.


Syarat-syaratnya mudah je :
  1. Follow blog Chipmunk dan Like fanpage (INI).
  2. Buat entry bertajuk Segmen Ramadhan : Juadah Berbuka Anda? 
  3. Letak banner di atas dalam entry tersebut. Jangan lupa link-kan pada entry ini ye.
  4. Nyatakan kombinasi juadah berbuka kegemaran anda. (Kalau letak gambar tentu lagi menarik).
  5. Tag minimum 2 blogger lain.
  6. Jangan lupa letak link anda di ruangan komen. 

Tarikh Tutup : 18 Julai 2012

p/s: Mungkin ada sesuatu yang Chipmunk nak buat dengan entry anda nanti. Mungkin?

17/07/2012

Segmen : Giveaway Raya by shu-sya


Terjumpa lagi satu segmen yang simple-simple ni. Tambah pulak tuan blog pun ada menjemput. Dan sekarang perasaan nak join segmen, atau GA ni pulak makin menjadi-jadi. Jadi, apa salahnya kalau join. Syaratnya pun senang je. Nak tau boleh klik SINI.


Jom la ramai-ramai join. Klik je banner tu kalau nak join.

Tarikh Tutup : 10 Ogos 2012

15/07/2012

Tahniah Kawan!




Bila mulut orang mengata,
Kita pun terasa tempiasnya,
Tapi...
Apakan daya,
Kita lebih mengenali,
tapi mereka?

Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu.

Tahniah kawan!
Semoga berbahagia di samping orang tersayang

 Rindu saat senyum, tawa dan tangis bersama-sama.

p/s: Dia terlalu baik, tidak berhak mendapat sebarang kata-kata penghinaan. Orang yang kamu hina, kamu maki itu kamu kenalkah setiap inci budi pekertinya?

GIVE AWAY Creative's Wardah Handmade Art


Chipmunk ada terjumpa satu GA yang simple dan menarik ni tau. Jadi ringan je tangan ni nak join. Syarat-syaratnya pun mudah je. Hadiah-hadiah pun menarik tau. Nak tau apa syarat dan hadiah-hadiah yang ada boleh la klik banner di bawah ye. 


Dah tengok syarat dan hadiah? Kalau belum klik je banner kat atas tu. Jom la ramai-ramai join. =)

Tarikh Tutup : 31 Julai 2012

13/07/2012

Segmen Pertama Saya? Bilakah?


Dah lebih setahun dah pun blog ni, tapi baru Chipmunk sedar yang Chipmunk tak pernah pun buat even satu segmen ataupun giveaway mahupun contest. 

Jadi fikir punya fikir, Chipmunk nak buat segmen lah sempena menyambut kedatangan ramadhan ni. Segmen yang simple je. Agak-agak ada tak yang nak join? Mungkin hari ni ataupun esok? Yang pasti dalam masa yang terdekat.

Maru si Debab jadi gambar hiasan

p/s: Takut pulak tak ada siapa yang nak join ni. Huhu

Ads : Minat Galaxy Note tapi yang INI pun macam menarik. Hmm..
Ads : Kecik-kecik pernah berapa kali jugak makan yang INI tapi nampaknya sekarang tak boleh dah la.

12/07/2012

Spontaneous Thursday : Baru tapi ketinggalan.


  1. Baru install WhatsApp. Orang lain dah lama ada, perempuan ni baru sibuk-sibuk nak install. Ketinggalan sungguh.
  2. Baru buat account says.com. Blogger-blogger lain dah lama bising sebab selalu tertipu dengan link-link yang orang tak bertanggungjawab letak kat shoutbox, perempuan ni baru nak buat account. Ketinggalan lagi. 
Nampak tak betapa ketinggalannya manusia ni? Tapi yang penting Chipmunk tak kan letak link iklan kat shoutbox orang. Jadi jangan risau. Tapi kalau sudi dan tak keberatan, bolehlah klik link di ruangan Ads kat bawah tu. Thanks! =)

Cik Syamimi cakap bulu Cik TengTeng macam kena serbuk batu bata je.

Ads : Minat Galaxy Note tapi yang INI pun macam menarik. Hmm..
Ads : Kecik-kecik pernah berapa kali jugak makan yang INI tapi nampaknya sekarang tak boleh dah la.

11/07/2012

Wordless Wednesday : Katil Unik itu Cool!












sumber : Ini, Ini dan Ini.

Ads : Minat Galaxy Note tapi yang INI pun macam menarik. Hmm..
Ads : Kecik-kecik pernah berapa kali jugak makan yang INI tapi nampaknya sekarang tak boleh dah la.
 

10/07/2012

Linut atau Ambuyat? Apa tu?


Ingat lagi buah dabai? Boleh klik SINI untuk tau apa tu dabai. Tapi hari ni Chipmunk bukan lah nak cerita pasal buah dabai ni, tapi satu lagi makanan yang ada di Sarawak.


Kalau orang Brunei ini dipanggil ambuyat, tapi biasanya kitorang panggil linut. Tapi bagi suku kaum mirek di Miri ni, kitorang panggil jalit. Chipmunk ni boleh dikatakan sebagai half mirek lah, memandangkan bapa  pulak orang melayu sarawak. Nanti lain kali Chipmunk buat entri tentang suku kaum mirek ni ye.

Berbalik pada topik asal, linut ni pada asalnya makanan masyarakat melanau tapi sekarang linut turut digemari oleh masyarakat-masyarakat lain. Dan linut atau ambuyat ni diperbuat daripada tepung sagu. Kalau nak tau macam mana tekstur linut ni, sama je macam gam. Mak Chipmunk pernah cerita, masa sekolah-sekolah dulu bila dah tak ada duit nak beli gam guna linut je la untuk gam something. Tak macam budak sekarang, beruntung tak payah nak bersusah-susah macam tu. Kalau nak cerita pasal rasa tu Chipmunk tak pandai lah, kena lah rasa sendiri. Alah, Chipmunk tau mesti ada yang terfikir macam ni "Yuck, tak ada makanan lain ke sampai nak makan benda macam gam ni?". Betul tak? Tapi percayalah, kalau dah merasa tu mesti nak lagi. Belum cuba belum tau. 

Dan dalam entry ni jugak Chipmunk akan tunjuk proses nak masak linut ni. Terlampau simple. 


Chipmunk terlupa pulak nak ambik gambar tepung sagu. Gambar kat atas ni, bila tepung tu dah ditambah air masak sikit. Kenapa perlu tambah air masak tu Chipmunk tak berapa sure. Terlupa pulak nak tanya nenek. 


Lepas tu, just tambah je air yang baru mendidih. Part ni agak crucial lah, kena cepat dan jugak kuat. Bukan sekadar cepat tapi ada teknik nak mengacau linut ni. Kalau tak, tak menjadi. Tak menjadi tu maksudnya linut tu jadi berketul-ketul, terlampau cair dan macam-macam lagi lah. Dan terus terang, Chipmunk tak akan larat nak mengacau linut ni. Selalu serahkan pada yang pakar iaitu datuk Chipmunk.


Ha, yang ni Chipmunk tengah buat sambal untuk dimakan dengan linut. Yang ni nenek Chipmunk letak mangga muda sekali. Buat pedas-pedas ni, fuhhh sedap!


Finally, siap untuk dimakan! Nampak mangkuk kecik tu? Linut dan sambal yang sedia untuk dimasukkan ke dalam mulut. Kalau ada kesempatan bertandang ke Sarawak atau terjumpa linut ni dimana-mana haruslah mencuba ye. Tak rugi.

p/s: boleh pulak terliur masa taip entry.

09/07/2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize


Hari ni terasa nak join GA pulak dan thanks buat Ieya sebab tag. Memandangkan syaratnya tak leceh nak kena follow beribu-ribu sponsor tu, maka dengan senang hati Chipmunk nak join.

klik banner untuk join

Chipmunk dah follow dan like Fanpage. Banner pun ada kat atas ni. Hadiah pulak? Wang tunai berjumlah RM50 mungkin? ataupun Topup bernilai RM50

Seterusnya Chipmunk nak tag 


Tarikh tutup : 12 Ogos 2012

08/07/2012

Jom Main Masak-masak : Kek Lapis Batik Sutera Part II


Seperti yang Chipmunk janjikan semalam (dalam entri INI), hari ni Chipmunk nak bagi resipi Kek Batik Lapis Sutera pulak. Malas nak bebel panjang-panjang, kita teruskan je la ye dengan resipinya. 

Kek Lapis Batik Sutera

Bahan-bahan
450 gram mentega
250 gram gula halus
10 biji telur
170 gram seri kaya
397 gram susu pekat manis
100 gram Horlicks
1 camca teh esen vanilla
200 gram tepung gandum

Cara menyediakan :-
1. Pukul mentega dengan gula hingga putih.
2. Sambil terus memukul, masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
3. Masukkan seri kaya, susu, Horlicks dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • 1 bahagian dibahagi kepada 2, setiap satunya diwarnakan merah dan hijau. Masukkan dalam botol sos.
  • 1 bahagian dibahagi kepada 2, untuk lapisan bawah dan atas. Biarkan dalam warna asal.
6. Ambil adunan untuk lapisan bawah, tuang selapis nipis ke dalam acuan, ratakan. Bakar dengan api gril dalam ketuhar bersuhu 250 darjah celsius dalam masa 3 minit.
7. Teruskan melapis sebagaimana dalam Langkah 6 sehinagga menjadi 5 lapisan
8. Picit adunan merah dan hijau secara berselang-seli dan bakar. Teruskan proses melapis sehingga adunan habis.

Langkah 8

9. Buat lapisan atas, sebagaimana proses dalam Langkah 6.
10. Sekiranya kek kelihatan basah, bakar di dalm ketuhar bersuhu 150 darjah celsius selama 5 minit.

Klik SINI untuk Kek Lapis Batik Sutera Part I

sumber : Kek Lapis Sarawak (Jilid 1) oleh Rabiah Amit 
 

07/07/2012

Jom Main Masak-masak : Kek Lapis Batik Sutera Part I


Quick Update

Semalam mak ada bagitau Chipmunk nak buat kek lapis untuk makan-makan kat rumah nenek hari ni. Jadi semalam sempat lah bertukang di dapur dengan ekspres-nya dan siapkan satu kek lapis. Sebab hari ni agak busy sikit Chipmunk share dulu gambar-gambar-gambar. 

Before

Yang ni dah siap. Sepatutnya corak kek lapis yang Chipmunk buat ni seperti gambar di bawah. Tapi, nak cepat punya pasal. Tak sempat nak buat corak-corak bagai tu. 

Kek Lapis Batik Sutera (sumber: google)

Ni salah satu kek lapis favourite Chipmunk. Rasanya memang sedap sangat. InsyaAllah, esok Chipmunk bagi resipi pulak.

Kalau nak tengok macam mana Chipmunk buat Kek Lapis Oreo boleh klik SINI dan SINI untuk resipi Kek Lapis Oreo.