31/10/2013

Blog Review with Sherlock Holmes?

Entri melekat. Scroll down untuk entri terbaru

Petang tadi misi ke kedai buku cari novel untuk Mak. Stock novel yang dibeli sebelum ni dah habis dibaca. So sekarang misi untuk mencari novel baru pulak. Bookstore yang boleh kata paling up-to-date kat Miri ni Popular je lah. MPH jangan tanya, tak tau bila nak ada kat sini. Buat Sally Yatiey yang sedang mencari novel Evelyn Rose, The Wedding Breaker dan 13 Jam A380 boleh terjah Popular Bookstore. Ada banyak dua igek novel tok di sia. Suka hati kitak pilih yang ne paling kacak. Padahal sikda beza juak pun sebenarnya. Hehe.

Memang selalu jenguk-jenguk Popular, last Iolls singgah minggu lepas kot. Tertarik dengan sesuatu ni. Tapi time tu tengah on the way nak keluar. Dah siap bayar semua, malas nak beratur untuk kali kedua. 


The Complete Illustrated Sherlock Holmes oleh Sir Arthur Conan Doyle. Ada 5 short stories dan 4 novels. Dan yang bestnya, kebanyakan muka surat ada gambar kecik bersaiz suku muka surat. Cuma tak berwarna lah.


RM29.90 sahaja! 

FYI, buku ni sangat-sangat tebal. Entah bila lah habis baca ni. For sure tak mampu untuk habiskan dalam sehari-dua. Rekod untuk novel Inggeris yang tebalnya setengah jengkal setakat ini adalah novel Harry Potter untuk 5 hari. 

Berita yang mungkin menarik untuk uolls semua, disebabkan Iolls dah lama tak buat blog review. Jadi rasanya sekarang adalah masa yang sesuai sebab lately ni selalu je kehilangan idea tak tau nak update pasal apa. 

Blog Review bersama Sherlock Holmes

Senang je. Tak payah buat entri pun. Tak perlu like ataupun follow mana-mana sponsor memandangkan ini bukan lah Giveaway mahupun Contest. Cuma perlu isi tempat kosong berikut.

The Complete Illustrated Sherlock Holmes mempunyai ____ helaian mukasurat.

Hint : Empat angka

  1. Anda boleh teka berapa banyak kali yang anda mahu. Nak teka 10 kali dalam masa sehari pun boleh.
  2. Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen.
  3. Sekiranya tiada jawapan yang tepat, jawapan yang paling hampir akan dipilih.
  4. Berapa banyak blog yang akan direview bergantung kepada berapa ramai yang menjawab.
  5. Lagi banyak jawapan yang anda tinggalkan maka makin tinggi lah peluang anda.
  6. Tarikh tutup : 31 Oktober 2013 (11.59 p.m)
Senang je kan? Pilih je apa-apa empat angka yang anda suka, tinggalkan jawapan di ruangan komen. Mana lah tau, betul pulak jawapan tu kan. Hiks.

Layang-layang terputus talinya

Sekarang musim budak-budak tengah sakan bermain layang-layang agaknya di kawasan taman perumahan Iolls ni. Masalahnya bukan budak-budak kecik umur 15 tahun ke bawah. Tapi yang umur 20 tahun ke atas pulak yang lebih-lebih.

Gambar hiasan ehsan pakcik Google

Paling tak best bila layang-layang terputus talinya. Titik fokus bukan pada layang-layang tapi pada talinya! Dah dua kali sangkut kat kereta I yang tengah syok menggerakkan keempat-empat rodanya. Nak drive pun tak tenang selagi tak sampai ke destinasi yang dituju. Rasa macam tengah heret layang-layang padahal tali je pun sebenarnya. 

P/s : "Nang molah sak ati jak tali layang-layang berjerut di tayar". (Iolls tak pandai nak translate ayat ni dalam BM. Kurang feel kononnya. Nak tau apa maksud boleh rujuk Blogger Yumida, Blogger Isabel DiazBlogger Sally Yatiey ataupun Blogger Vee). Hiks

Spontaneous Thurday : Taknak Pakcik Gemok dah!


Pakcik Gemok : Macam mana saya nak kurus kalau asyik panggil saya Pakcik Gemok? 

Ada orang merajuk. Panggil Pakcik Gemok macam mendoakan dia sentiasa gemuk je. Mari kita panggil dia Pakcik Kurus secara berjemaah. Esok pagi buka mata, terus hilang 20 kg. 

Ingat ni macam cerita King Midas? Bangun pagi esok hari sentuh semua benda semua jadi emas.

Gambar tiada kaitan. Ehsan Pakcik Google

p/s : Jatuh hati dengan baby comel ini. Tengok rancangan Hello Baby sebab geram tengok keletah dia. Adorable Ilayda!

Wordless Wednesday : Tahniah Pakcik Gemok!


#throwback

p/s : Nak jugak selit gambar sendiri. InsyaAllah tahun depan jubah hijau sulam di lengan. Amin!

29/10/2013

Kek Lapis Evergreen

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Hampir terlupa nak share Kek Lapis Evergreen yang Iolls buat Aidiladha lepas. Nasib baik selongkar balik entri-entri lepas. 


Bahan-bahan
10 biji telur
450 g mentega
200 g tepung hongkong
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovalette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan (yang ni I tak masukkan pun)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang.
  2. Pukul mentega dan susu pekat hingga putih berkrim di dala bekas yang berasingan. Masukkan serbuk santan dan putar hingga sebati.
  3. Satukan kedua-dua adunan tadi dan sebatikan.
  4. Masukkan serikaya, pandan paste dan horlicks. Gaul hingga sebati.
  5. Masukkan tepung dan esen vanila. Kacau hinga sebati.
  6. Tuangkan sedikit adunan (anggaran satu setengah senduk) dan ratakan di dalam loyang yang telah disediakan. 
  7. Bakar lapisan pertama sehingga warnanya bertukar keperangan. Ulangi langkah 6-7 sehingga adunan habis. 
p/s : Bagi yang bertanya mana I download movie Pacific Rim dalam entri INI, boleh lah download movie tersebut di SINI


Bunyi Binatang, Bahasa Manusia

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Hari ini jom kita jadi kanak-kanak riang sekejap mempelajari bunyi binatang. Bunyi bukan sebarang bunyi. Cuba ikut bunyi-bunyi binatang pada gambar-gambar di bawah dan dengar macam mana hasilnya. Lagi best kalau rekod suara sendiri. Semoga berjaya.












Tergelak-gelak sambil telinga menangkap bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh mulut sendiri. Tersentak tiba-tiba. Kemerepekan apakah semua ini?

sumber : INI

28/10/2013

Jambu Putih dan Asam Kendong

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Jambu. Ada banyak variety. Buah jambu batu, jambu air dan kumpulan lawak Jambu tu pun ada. Itu jambu-jambu yang orang tau. Tapi kalau cakap tentang Jambu Putih, tak tau sama ada orang lain tau ataupun Iolls yang ketinggalan zaman baru tau tentang kewujudan buah jambu yang Mak panggil Jambu Putih ni.


Bukan dibeli tapi nenek bawa dari kebun. Sekali dengan buah yang nenek panggil Asam Kendong. Tak sempat nak ambik gambar, bateri phone 0% lalu padam. Asam Kendong ni selalu jugak tengok kalau ikut nenek ke kebun. 

Sumber : Google

Kalau ditanya rasa Jambu Putih dan Asam Kendong ni, satu je. MASAM! Rupa jambu putih tu kalau tengok seakan-akan Jambu Air tapi rasanya jauh sekali berbeza. Makan Jambu Putih cicah dengan sambal kicap pun terasa lagi masamnya. Memang rasa masin dan pedas sambal kicap tu tenggelam sebab terlampau masam.  

Try jugak google untuk cari info tambahan tentang kedua-duanya, tapi tak jumpa pulak. Kat tempat uolls ada tak kedua-dua ni? Mungkin ada nama lain kot. Berbeza mengikut tempat. Tu yang susah sikit nak cari info tambahan khususnya mengenai khasiat Jambu Putih dan Asam Kendong. 

p/s : masamnya masih lagi terasa di lidah. 

Katak VS Kodok

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Tergerak nak buat entri ni disebabkan oleh komen Blogger Syuk Shusuke dalam entri INI. Siapa nak baca entri yang menggeletek perut boleh terjah blog Syuk ye. Dalam entri tersebut kan ada ditanya apa beza katak dan kodok? I ni sebenarnya bukan jenis yang penggeli. Bagi lah cicak, katak atau kumbang. Nak bagi ular pun boleh, ular sawa sekor ya. Boleh I bela. Terima kasih. Hiks. 

FYI, Iolls memang suka dengan katak. Orang lain mungkin geli, tapi I rasa katak itu sangat comel! Sebab itu lah dulu menangis-nangis minta En. Barney teman pergi tengok Pameran Katak Dan Kodok



Kalau ikutkan taksonomi, jawapan tersebut adalah salah ye murid-murid. Iolls malas nak terang apa itu pengkelasan taksonomi sebab benda ni ada diajar dalam matapelajaran Sains. Katak dan kodok ada di antaranya daripada Family yang berbeza. Family berbeza Species haruslah berbeza. Persamaannya sehingga peringkat Order sahaja yang kemudian dikelaskan mengikut Family masing-masing sehinggalah pengkelasan yang paling spesifik sekali, iaitu Species


Iolls dah puas bergelumang dengan benda alah ni time degree dulu. Masa praktikal tiap-tiap hari mengadap software nak buat phylogenetic tree untuk cendawan semata-mata. Muntah. 

Berbalik semula ke cerita asal. Tak puas hati dengan perbezaan katak dan kodok maka I pun buat lah research sikit. Sekadar baca-baca je, kalau ada yang salah tu tolong betulkan ye. 

Katak Beracun Biru

Senang cerita semuanya yang dibawah Order Anura adalah katak manakala member bagi Family Bufonidae adalah kodok. Actually term katak ni lebih merujuk kepada species akuatik atau separa akuatik yang mempunyai kulit yang licin dan lembap. Kodok pulak species daratan dengan kulit kering dan menggerutu. Tapi bukan lah semua, contoh macam Kodok Perut Berapi (Boleh tengok gambar dalam entri INI), merupakan ahli di bawah Family Bombinatoridae yang mempunyai kulit yang menggerutu manakala Atelopus zeteki dari Family Bufonidae yang berkulit licin. 

Bufo marinus

Senang cerita, kodok adalah katak tapi katak tak semestinya kodok. Terlampau banyak species katak yang ada, dan ada lagi species baru yang masih lagi belum ditemui. Tak payah jauh-jauh, di Kepulauan Borneo sahaja ada banyak lagi species katak yang belum dikenalpasti. Lepas ni Iolls nak tilik-tilik lah katak, kot-kot jumpa species baru. Boleh lah letak nama Iolls pulak pada species katak tu. Berangan. 

p/s :  Agak lama jugak masa yang diperlukan untuk taip entri ni. Takut jugak kalau susah untuk difahami.

sumber : INI, INI

27/10/2013

GIVEAWAY CAMBODIA BY fyapelangi.com

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!


Tarikh Tutup : 10 November 



Katak Hunter!

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Bila baca komen Blogger Vee dalam entri INI, teringat pulak ada satu gambar yang I snap sebab nak tunjuk kat Mak aktiviti kucing kesayangan masa Mak tak ada kat rumah tapi lupa pulak nak share kat dalam blog.

Ini adalah Si Mangsa.

Last 2 weeks rasanya gambar ni. Masa cuaca tak menentu, asyik hujan je. Katak ni datangnya dari toilet, tak pun bilik mandi. Masa tu tengah prepare lunch. Dengar bunyi loceng dari ruang tengah rumah. Malas nak peduli sebab fikir Cik TengTeng tengah main kejar-kejar dengan Abang E'el. Lepas tu, saja lah jenguk-jenguk. Tengok kucing gemok ni tengah kejar katak rupanya! Terus panggil adik bongsu, suruh ambik katak tu dan letak kat belakang rumah sebelum katak tu hancur lunyai tak bernyawa dikerjakan oleh Si Pemangsa. 

Tapi adik bongsu I ni pulak, harap je lelaki. Umur pun dah 13 tahun. Geleng-geleng kepala cakap geli nak pegang katak. Dah lah kakak dia ni tengah masak. Nasib baik ada glove plastik, so tak ada lah direct contact dengan katak. Nanti tak pasal-pasal, ada ramuan tambahan pulak dalam makanan. 

Yang pasti ini bukan Head Hunter, tapi Katak Hunter

Gemuk pulak katak tu. Comel lagi. Ketakutan punya pasal, lompat katak terus sembunyi bawah mesin jahit Mak dan sapu semua debu-debu yang ada. Cik TengTeng ni memang ada je yang dia modal dia nak suruh kita bebel-bebel. 

p/s : Katak dan Kodok. Kodok badannya menggerutu manakala katak ni smooth je kan? Betul tak?

Ingin belajar membina laman web sendiri?

Entri melekat. Scroll down untuk entri terbaru.

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Sekiranya anda sedang mencari platform untuk belajar membuat laman web sendiri tanpa mengeluarkan sebarang modal bagi mengikuti kelas-kelas atau kursus yang diperlukan, saya ada jawapan untuk anda. 

amidanial.com mempunyai solusi yang anda cari di mana segala tutorial yang diperlukan untuk anda membina website sendiri diajar satu per satu melalui video-video yang disediakan. Satu kaedah yang lebih senang daripada menyelak helaian-helaian buku rujukan bukan?


Langkah Demi Langkah Tanpa Ada Satu Langkah pun Yang Ditinggalkan

Video tutorial saya dikenali dengan teknik mengajar langkah demi langkah tanpa ada satu pun yang ditinggalkan. Jadi anda tidak akan terlepas satu langkah pun dari kosong @ scratch, sehinggalah website anda boleh beroperasi dengan sempurnanya.

Minta maaf terlebih dahulu kerana saya tidak akan mengajar atau menjual apa sahaja "SEO" yang tidak berkualiti. Tiada internet marketing yang tidak membantu dan hanyalah informasi yang lurus dan ikhlas dari saya hanya untuk anda.

Lihat demo dari salah satu video tutorial saya untuk tatapan anda. Anda boleh pergi ke ruangan "Koleksi Kesemua dari YouTube" untuk menontonnya dari YouTube, ataupun anda boleh download di "Download, Belajar & Share Kepada Semua" dan simpankan sebagai kegunaan peribadi anda.

Anda boleh lah ke laman web amidanial.com dan untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan saudara Ami Danial di ;

Email : ami.goldenmaya@gmail.com atau admin@amidanial.com
website : amidanial.com

26/10/2013

Port Lepak Terbaru

Semalam Cik TengTeng hilang lagi. Puas cari dari ruang tamu, ke dapur. Masuk bilik tidur, bilik mandi, toilet semua tak ada. Di ceruk-ceruk tempat Cik TengTeng suka tido pun tak ada, check kotak-kotak kosong yang ada, masih lagi tak ada. Mana pulak Cik TengTeng ni bersembunyi kali ni?

Cari punya cari, rupa-rupanya ada sepasang mata yang tengah memerhati misi pencarian kitorang. Betul-betul di depan mata. Cuma tak perasaan akan kehadirannya di situ.


Segemuk-gemuk kucing macam ni bersantai atas oven pun boleh tak perasan. Fokuskan pencarian di lantai yang mana Cik TengTeng suka imagine dirinya adalah sehelai kain lap kaki. Tengok di kerusi meja makan pun tak ada. Asyik sangat pandang ke bawah tanpa lihat apa yang ada di kawasan tinggi. Berdiri tepi oven dan lihat tepi. Mungkin tengah imagine dirinya menjadi kucing panggang? 


Dah jumpa port lepak baru nampak. Tinggi pulak tu. Lepas ni try lepak atas peti sejuk pulak. Baik punya tempat lepak, sebab tak ada siapa yang ganggu. Tak sampai nak capai.

p/s : nang pusak bertuah bena nya tok eh.

25/10/2013

Kaiju di Perairan California?

Semalam tengok movie Pacific Rim. Download saja lah bukan tengok kat cinema. Ditayangkan dalam bulan July lepas. Dan tengok belum? Best! Rasa macam nak tengok lagi untuk kali kedua lepas ni. 

Masih lagi terbawa-bawa oleh mood Jaeger dan Kaiju dalam movie Pacific Rim, siang tadi masa buka website National Geographic terbaca artikel INI dan automatik terus kaitkan dengan movie Pacific Rim. Baca-baca nampaknya bukan Iolls je yang fikir macam tu. Kaiju adalah raksasa dan Jaeger adalah robot besar dalam movie tersebut. 


Kalau relate artikel yang dibaca dengan movie Pacific Rim, kononnya 'Kaiju double event' lah kan? Tapi dalam artikel tersebut bukannya Kaiju raksasa jahat macam dalam movie tu, tapi hanyalah ikan yang hidup di laut dalam yang dikenali sebagai Oarfish. Kalau bahasa melayunya tak tau lah dipanggil apa. 


4.3 meter Oarfish yang ditemui terdampar di California dan lima hari sebelumnya Oarfish dengan panjang 5.5 meter ditemui di Pulau Catalina, California. 


Oarfish merupakan ikan laut dalam yang jarang-jarang muncul di permukaan dan dilihat oleh manusia. Panjangnya boleh mencecah 17 meter dengan berat 270 kg. Menjadikannya sebagai ikan bertulang terpanjang di dunia. Walaubagaimanapun, Giant Oarfish tidak merbahaya kepada manusia. Namun, orang-orang Jepun percaya bahawa ikan ini boleh meramal gempa bumi.

Pernah tengok dokumentari-dokumentari kat TV tentang Oarfish ni. Penemuan Oarfish yang terdampar di pantai memang jarang-jarang berlaku. Tetapi dua bangkai Oarfish dalam seminggu di California memang sangat menarik minat bukan sahaja para saintis malah masyarakat setempat juga. Even Iolls yang jauh ni pun curious jugak sikit.

Baca jugak komen-komen di artikel tersebut. Tengok apa cakap-cakap orang. Boleh klik gambar tersebut untuk lebih jelas. 





p/s : Baca artikel-artikel begini lagi banyak faedahnya daripada follow gosip-gosip retis. 

sumber : INI

Chocolate Dress

Siapa peminat coklat kat sini? Sila angkat mouse masing-masing. Tak ada mouse boleh angkat laptop terus. Macam biasa kalau dah merepek tak tentu hala tu usah dilayan. Tak dinafikan memang ramai penggemar coklat bukan? Sedap dimakan. Yummy! Tapi ada tak yang sanggup nak pakai coklat sebagai dress? Pakai ya, bukan makan. 

Lindt (alah, pengeluar coklat macam Cadbury, Hershey's dan sebagainya jugak) bersama Lauren Smith telah mencipta satu dress dipanggil Eternal Diamond Dress yang dibuat daripada coklat. 


Handcrafted sepenuhnya oleh Paul Wayne Gregory dengan menggunakan 50 kg coklat Lindt. Siap ada cili dan orange lagi tu. Tapi yang paling tempting adalah kipas tersebut. Kalau kipas tu ada kat tangan I memang dah masuk mulut terus. Tak kuasa nak berkipas-kipas bagai. 


Ada siapa yang berani pakai dress macam ni? Nak keluar bersiar-siar di bawah terik matahari begini bahaya woi. Dah la berat 50 kg. Lagi berat dari berat badan Iolls tu. Kalau bertapa dalam freezer je tak apa lah jugak. Itupun kalau coklat tu tak habis dimakan dulu. 

sumber : INI

24/10/2013

Spontaneous Thursday : Handsome nya awak!

Balik rumah terus basuh siap polish lagi.

Tiba-tiba takut ada orang jatuh hati kat Pakcik Gemok sebab motor baru dia handsome.

Buat lawak betul perempuan ni. Oh ya, jangan tanya model apa, hari tu En. Barney suruh Google. Tapi biasalah perempuan. Bab motor memang kureng.

p/s : Beli motor warna favourite saya sebab nak matching dengan Si Kancil Merah saya ye? Hiks

23/10/2013

Jual Beli Anak Kucing

Entri ini untuk menjawab soalan yang Iolls dapat dalam entri INI. Soalan cepumas dari Blogger Fais. Tak adalah cepumas sangat pun sebenarnya. Saja nak bagi additive sikit, nak sedapkan ayat. Kononnya boleh dimakan lah kan. 


Actually, tak tau pun Cik TengTeng dan Abang E'el ni kucing breed apa. Mix persian mungkin lah kot. Entah lah. Cik TengTeng dan Abang E'el memang kami bela sejak umur baru beberapa bulan lagi. Itupun beli dekat saudara. Cik TengTeng kami beli dua tahun lepas lebih kurang RM250 manakala Abang E'el pulak setahun yang lepas dalam RM300 lebih kurang.  

Rasanya time ni baru sebulan kot bela Cik TengTeng.

Kalau nak tanya harga dekat kedai tu tak tau lah. Mungkin ada blogger yang berpengalaman membeli kucing peliharaan di kedai boleh lah share-share, berapa modal uolls keluarkan nak beli anak kucing macam ni?

Baru beberapa minggu di rumah Iolls

Kebetulan kawan I, Blogger Noura Qifays baru je beli anak kucing dalam sebulan yang lepas kot. Anak kucing Parsi yang sangat comel! Katanya beli di mudah.my je anak kucing tersebut. Tak sure pulak berapa ratus. Nak tau boleh lah tanya dia terus di SINI. Ataupun boleh tengok-tengok kat mudah.my je terus. 


Soalan dari Blogger June Mohd tentang berat Cik TengTeng. Anggaran secara kasar, sampai jugak kot 5 kg. Mungkin lebih sikit. Sebab tu kalau mandikan Cik TengTeng, macam angkat dumbbell 5 kg je rasa. 

p/s : tengok-tengok balik gambar kucing dua ekor ni masa kecik. Comelnya lah. Sekarang masing-masing dah berat. 

22/10/2013

Kotakku, Rumahku

Cik TengTeng memang sejak azali lagi berhasrat untuk menjadi seperti Maru si Kucing Jepun. Salah satu persamaan Cik TengTeng dan Maru adalah kegilaan kedua-duanya terhadap benda yang dipanggil kotak. Nak baca kisah Cik TengTeng dan kotak boleh terjah entri INI dan INI. Siap ada video lagi Cik TengTeng di dalam kotak kek Secret Recipe (SINI). Dengan sukarelanya masuk kotak kek. Tak sedar yang badannya gemuk, muat-muat je masuk kotak kek tersebut. Jangan nak tuduh Iolls melakukan kekejaman terhadap kucing pulak, dia sendiri yang volunteer tak padan dengan badan gemuk nak masuk kotak kecik. 

Kotak misteri di ruang tamu

Ingatkan kotak kosong. Ada isi rupanya. Bila nak angkat kotak, nak letak ke bawah rasa berat semacam. Kotak drinking water, tapi macam bukan. Bila dibuka, lain pulak yang dilihat.



Siap bersantai lagi dalam kotak tu tau. Ini kalau dibiarkan mahu sampai esok pagi Cik TengTeng dalam kotak ni tak keluar-keluar. Kalau letak air, letak makanan, seminggu pun boleh tahan agaknya.

p/s : Bagi mandi Cik TengTeng pun boleh mengah. Berat!  

Snail Facial?

Sebenarnya I ni bukanlah jenis yang sangat menitikberatkan penjagaan wajah ni. Benda-benda basic tu buat lah. Before tido basuh muka semua tu kan tapi nak pergi buat facial treatment and so on tu, memang tak pernah. Jangan kata pergi buat facial, tepek mask kat muka pun tak pernah. Orang sibuk-sibuk dengan mask Shiseido bagai, I buat don't know saja. Alhamdulillah, dikurniakan kulit muka yang tak banyak masalah. Cuma perlu amalkan tips yang basic cuma. 

Tapi ada satu facial treatment yang sangat rare di Jepun. Dengan menggunakan siput hidup. Er, siput? 


Katanya mukus daripada siput terbabit mempunyai campuran protein, antioksidan dan hyularonic acid yang kuat. Membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit, melegakan keradangan dan membuang sel-sel mati


Treatment selama 60 minit dan biarkan siput-siput tersebut bergerak bebas di atas muka. Er, try imagine geli pulak. Mesti sejuk-sejuk je rasanya. Kononnya lendir daripada siput ni membantu untuk merawat sel-sel kulit dan snail facial ini dipercayai boleh merawat kulit yang rosak. Khususnya sel-sel kulit yang rosak akibat sinaran UV. 

Siput bukan sebarang siput tapi siput yang diberikan sayur-sayuran organik sebagai makanan. Contohnya, lobak merah dan bayam. Tapi macam disgusting pulak rasanya. Tak boleh imagine. Akan tetapi menurut Dr. Stephen Mandy, dermatologist dari Miami Beach, Florida, kaedah facial seperti ini masih lagi belum dapat dibuktikan secara saintifik. (Sumber : INI)


Lepas ni jangan pulak uolls gigih cari siput babi kat celah-celah pokok bunga, bagi makan carrot dan bayam dan tepek kat muka. OMG!

Sumber : INI