11/11/2013

Blog Review : Montana Blog

Hari ni mari sambung Blognovela Sherlock Holmes episod 3 seperti yang dijanjikan. Term blognovela ni sebenarnya datangnya dari Kakak Cantik. Kenapa Iolls kata Blognovela Sherlock Holmes? Kena baca dulu Episod 1 dan 2, baru uolls akan faham. 


Dalam episod yang sebelumnya, I ada bagitau ada dua orang yang berjaya meneka dengan tepat. Dan ini adalah yang kedua dan terakhir dengan jawapan 1408.



Tuan rumah kata, namanya panjang. Jadi boleh panggil Jai sahaja ataupun boleh panggil Montana. Actually terfikir jugak kenapa Montana? Terus teringat cerita Hannah Montana lakonan Miley Cyrus suatu ketika dahulu. Tapi I percaya ini tiada kaitan dengan Hannah Montana, betul tak? Nak tau lebih lanjut mengenai tuan rumah boleh la klik SINI

Sanggup tengok filem Tamil sampai lewat malam, sanggup langkah jauh ke panggung semata-mata nak tengok wayang filem Tamil. Maka di situ tercetusnya idea untuk buat blog mengenai Filem Tamil ini. Di samping itu juga sedikit garapan mengenai filem Telegu.

Bagi peminat-peminat filem Tamil dan yang sewaktu dengannya sini lah tempat yang sepatutnya anda terjah. Ada macam-macam yang menanti anda di sana. Kalau I, cerita tamil ni memang tak tengok. Cerita hindustan pun kurang, apatah lagi cerita tamil. Tapi kalau I ikut En. Barney balik rumah dia setiap hari ahad memang akan teman ayah En. Barney layan cerita tamil kat TV2. Ayah En. Barney adalah salah seorang peminat tegar filem-filem tamil sama macam tuan rumah Montana Blog ni. By the way, apa yang I tak faham apa sebenarnya beza Tamil dan Telegu ni? Dan ini pulak I share satu dua entri yang mungkin menarik minat uolls. 


Mostly entri mengenai review filem-filem Tamil dan ada juga beberapa entri-entri lain. Untuk blog pulak, tengok dah kemas dah. Ringan pun ringan. Cuma tak ada kotak jerit je untuk tinggalkan jejak. Mungkin tuan rumah patut letak kotak jerit kot. Honestly masa mula-mula singgah blog ini dulu, I ingatkan I dah tersilap masuk blog mana entah bila tengok tajuk entri. Bila baca sikit, baru lah tau itu nama filem rupanya. Selalu jugak terjah cuma tak tinggalkan jejak je. Nak komen pun, tak tau nak komen apa sebab I tak tengok pun cerita Tamil. Pelakonnya pun tak kenal. Sekadar bahan bacaan tambahan tu boleh lah. Jadi kalau uolls teringin nak tengok cerita tamil atau nak tau apa-apa perkembangan terbaru pelakon atau movie yang baru keluar boleh lah terjah SINI ya.

p/s : Akan ada lagi episod yang seterusnya. 

24 comments

11/11/2013 08:48:00 am

menambah maklumat mengenai filem tamil dan telegu..

11/11/2013 01:05:00 pm

ala.. hindustan pun duk tiru citer tamil... pernah tgk citer tamil malaysia x??

11/11/2013 01:08:00 pm

Salam.

Different.

Selama blogging, tak pernah lagi jumpa blog tentang filem tamil..

Yg selalunya, filem korea..hew hew heee :D

Sekali skala, lana tgk juga :)

11/11/2013 03:21:00 pm

kadang-kadang layan juga cerita tamil ni kerana ada filem2 yang bermesej tinggi

11/11/2013 04:52:00 pm

nice review..rasanya da penah masuk kut blog dia hihi

11/11/2013 06:56:00 pm

ooo ada tuan blog montana tok singgah blog kmk
oo baru tahu sejarah blognya
nice sharing
isik tabung nuff sitok-inti

11/11/2013 09:52:00 pm

rasanya aku kenal pemilik blog berkenaan. hehe

11/11/2013 11:05:00 pm

hikhik xpe..ada gak peminat filem tamil..

11/12/2013 11:43:00 am

dulu suke la jgk tgok..hehe
tp skrng tgk tb pon da kurng, mvie lau tgok pon yg menarik je..tp wat mase ni biase tgok citer tamil yg dlm tv lau lam mvie tu mmg lum prnh lg..huhu

11/12/2013 02:21:00 pm

uik nama kakak cantik terselit juga di situ yer..hehehe.

Sis pun tak minat sangat citer tamil dan citer hidustan..tapi kalau kat rumah ada yang layan..sis tengok jelah.. :)

11/12/2013 08:48:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

betul tu kak.. hehe

11/12/2013 08:48:00 pm

@Nurul Farahizzati

cerita hindustan, cerita tamil pun jarang tengok.. ini kan pulak nak tengok cerita tamil malaysia.. :)

11/12/2013 08:49:00 pm

@Tinta Lana

betul tu.. jarang yg buka cerita tentang cerita2 tamil ni.. hehe

11/12/2013 08:49:00 pm

@Faizal Mohamad Twon Tawi

jarang tgk tv.. jadi cerita tamil kt tv mmg tak tengok lah.. kalau tengok wayang, tengok yg best2 selalunya.. :)

11/12/2013 08:50:00 pm

@Cik Itah@RRP

mcm ada nampak komen cik itah.. :)

11/12/2013 08:50:00 pm

@Yumida Huda

cerita nya ngan cerita tamil. hehe

11/12/2013 08:50:00 pm

@syuk shusuke

kenal la tu kot. :)

11/12/2013 08:51:00 pm

@azizah :)

itu lah. jarang dgr yg minat cerita tamil :)

11/12/2013 08:52:00 pm

@Cik Yaya

same lah.. tgk yg kt tv tu je.. tu pun kalau balik rumah en. barney kebetulan ayah dia tengah tengok cerita tamil. hehe

11/12/2013 08:52:00 pm

@puteri kasih

hehe..

sama lah sis.. kalau org tengok kita tumpang je lah. hehe

11/13/2013 09:08:00 pm

Tawuk mewk blog towk. Slalu cite sal cite tamil.

11/13/2013 10:45:00 pm

@Isabel Diaz

nang cerita tamil habis. hehe

11/18/2013 04:52:00 pm

Terima kasih kerana sudi review blog gua..ohhh terharunya....feewiittt........terima kasih dengan2 LINK2 yang anda share...memudahkan mereka terjah blog gua..

11/24/2013 02:01:00 am

@Montana

sama2! no biggie.. benda kecik je pun.. :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...