31/01/2014

Ayam Penyet @ Padang Jawa, Shah Alam

Berapa hari lepas, housemate BFF ajak makan ayam penyet untuk dinner. I pun dah lama tak makan ayam penyet, jadi I pun on je lah.

Kat mana tu I tak sure sangat, sebab I pun baru-baru lagi dengan area Shah Alam. Masa kat UKM dulu, pernah 2-3 kali je pergi Shah Alam. Tu pun ke UiTM jumpa member. Jadi masa pergi kedai Ayam Penyet ni pun, I masuk kereta dan menyembang. Bukan nak hafal sangat jalan. Yang I tahu dekat-dekat dengan KTM Padang Jawa. 


Ada pecal lele, ayam, daging dan bebola. Nak campur pun boleh. Macam kawan Iolls hari tu order campur ayam dan bebola.


Kawan I panggil apa entah air ni. Rasa macam air lassi pun ada. For sure bukan air buah yang biasa. Dalam gambar tu, anggur dan mangga. Iolls ni kalau air buah mangga kureng sikit. Tapi yang ni sedap pulak. Mula-mula order jambu tapi sayang dah habis pulak. 


Siapa yang nak ke sini boleh cari berpandukan alamat di atas. I tengok, malam-malam memang ramai jugak yang datang makan sini. Yang bestnya, nasi ambik sendiri. Nak ambik banyak-banyak pun boleh. Lepas ni nak ajak En. Barney makan kat sini pulak lah. Sedap pun sedap. Dah jatuh hati dengan air mangga kedai ni. Anggur tu macam manis sikit I rasa.

P/s : Tapi I prefer Ayam Penyet Ibu di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Ayam yang garing dengan sambal cili gilingnya yang perghhh, pedas berapi! Biarpun I ni bukannya makan pedas pun kan.

30/01/2014

KFC Golden Wrap Chicken

Kalau tengok iklan KFC Golden Wrap Chicken ni memang nampak sedap je ayam tu. Setiap kali mata tengok iklan tu kat tv, mulut I pun tak berhenti kata, nampak sedap je ayam tu kan. Gara-gara pengaruh iklan dan mulut I yang tak reti nak diam kata ayam tu nampak sedap, BFF I yang sememangnya hantu KFC sejak dulu-dulu lagi ajak pergi KFC sebab nak merasa Golden Wrap Chicken tu.
Nak dijadikan cerita, Golden Wrap Chicken tinggal satu je lagi masa tu. I cakap kat BFF, Golden Wrap Chicken yang tunggal tu memang ditakdirkan untuk dia. Macam tau-tau je dia betul-betul teringin nak rasa ayam yang nampak macam sedap je dalam iklan yang kitorang selalu tengok tu.
Dalam iklan nampak merah je kan? Well, biasalah iklan. Tapi yang ni tak kisah lah iklannya macam mana sebab ayamnya tetap sedap. I paling suka mushroom tu, rasa macam crunchy tapi chewy. Alahai, sedaplah. 

P/s : ni yang rasa macam nak serbu je KFC kat sebelah rumah ni. 

29/01/2014

I, Frankenstein

Masa keluar dengan En. Barney last weekend, sempat jugak tengok movie sekejap. Sebenarnya tak plan nak tengok movie pun, tapi tengok masih ada sikit masa lagi sementara nak tunggu dinner dan kemudian terus hantar I balik.

Tengok jadual tayangan, movie I, Frankenstein je yang tak terlampau awal dan tak terlampau lambat masa tayangannya. 


Rasanya ramai yang tahu tentang cerita Frankenstein kan? Manusia yang dihidupkan semula oleh seorang saintis. Well, biasalah tu semua cerita dongeng semata-mata. Jangan pulak percaya mentah-mentah. 

Anyway, movie Frankenstein ni mengisahkan tentang penglibatan Frankenstein dalam peperangan di antara puak Gargoyles dan demon. Dan kenapa Frankenstein diperlukan oleh Naberius, putera makhluk jahat tersebut. Dan apa kena-mengena Frankenstein dalam rancangan jahat Naberius untuk memusnahkan puak Gargoyles dan manusia? Frankenstein yang masih keliru dengan diri sendiri akhirnya nanti berpihak kepada siapa? Puak Gargoyles ataupun Naberius dan konco-konconya? 

Persoalan tu biarlah uolls jawab sendiri. Bagi I okay-okay lah movie ni. Tak ada lah best sangat pun. Siapa yang minat tengok movie macam The Mortal Instruments atau Hansel and Gretel boleh lah try tengok movie ni jugak. Nak kata best tak jugak, tak best pun tak jugak. So-so je lah bagi I. I bagi 5.9/10 untuk movie I, Frankenstein.

P/s : Robocop keluar next week. Trailer macam best je. Wink. 

28/01/2014

E-novel by Fyka

Buat peminat-peminat E-Novel, ini ada berita baik untuk uolls. I ada sorang member yang agak aktif juga dalam penulisan. Cerpen, E-Novel dan yang sewaktu dengannya. I difahamkan, novel beliau telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan. Cuma tak sure lah bila nak publish novel tersebut.




I pun tak sure lagi story-story Cik Fyka bagaimana, tak baca pun lagi tapi based on cerita-cerita beliau macam best je. Uolls boleh baca mini novel Tiada Sangkaan Cinta. Ataupun cerpen Pembunuh Cinta. Ataupun uolls boleh baca e-novel Cinta Yang Tiada Kepastian. Yang pasti ada salah satu cerita tu based on cerita beliau sendiri. Ha, yang mana satu agaknya ya? Hiks

27/01/2014

Naan Cheese dan Ayam Tandoori @ Restoran Barra

Hampir seminggu di Shah Alam. Oh ya, Iolls bukan pindah Shah Alam dah tau. Cuma tumpang rumah kawan sekejap sementara tunggu interview dalam masa terdekat ni. Sebab tu lah sekarang ni tak boleh nak blogwalking dulu. Taip entri guna phone. Alahai leceh betul.

Malas nak cakap panjang-panjang lagi lah. Sabtu lepas keluar dating kejap dengan En. Barney plus ambik buah tangan dari En. Barney import dari Terengganu. Kebetulan En. Barney outstation kat Kuala Terengganu last week. Apa yang En. Barney bagi, later I story-story.

Eh, boleh pulak melencong. Ter'excited' pulak bercerita. Anyway, balik dari dating terus ajak En. Barney dinner di kedai-kedai makan area rumah kawan I ni. Memandangkan En. Barney ni suka makan Naan Cheese dan ayam tandoori, I pun ajak lah makan di Restoran Barra di Seksyen 7, Shah Alam. Betul-betul depan UiTM Shah Alam dan betul-betul depan rumah kawan iolls. Sebelum ni pernah try Naan Cheese kat sini dan rasa macam yummy je. Tu yang ajak En. Barney tu.
Bak kata En. Barney, ayam tandoori sini memang superb. Sampai dia rasa nak ajak ayah makan ayam tandoori Restoran Barra. Memang gigih la dari Gombak ke Shah Alam hanya kerana ayam tandoori. Tapi Naan Cheese kat sini memang sedap lah. Gebu-gebu pulak tu. Tengok menu Naan Cheese Choc pun ada. Tak sempat nak tengok-tengok yang lain tapi nampak macam banyak je menu yang lain. Oh, masih ada berapa hari lagi di sini cuma tak tau lah berapa lama lagi. Lain kali boleh try menu lain pulak. 

P/s : datang sini memang makan saja. Haish

26/01/2014

Dead Man's List : Mike Lawson

Dalam beberapa hari ni sementara menunggu panggilan kedua interview, I habiskan masa dengan membaca. Tak pun tengok balik drama Korea yang I save dalam laptop. Jadi berapa hari ni, I sempat habiskan satu novel English.


When Joe DeMarco is sent to investigate the death of reporter Terry Finley, it appears to be nothing more than tragic accident. DeMarco's suspicions are aroused when he discovers Finley was investigating Senator Paul Morelli, considered a shoo-in for his party's presidential nomination. 

Morelli's luck is famous, even by a politician standards, and whilst his past has already been scrutinized, looks can be deceptive. DeMarco's search leads him intona world of dirty secrets, beltway politics and divided loyalties.

And as two rogue agents freelancing for the CIA begin to follow him, he finds the deeper he digs, the more deadly and out of control his pursuit for justice becomes. 

Best jugak novel ni. Memang tak sia-sia lah beli biarpun cuma RM8 je masa offer kat Popular Bookstore hari tu. Siapa yang minat baca kisah-kisah penyiasatan and thriller tu, kalau uolls nampak novel ni dengan harga RM8, sila lah grab satu. Ini karya Mike Lawson yang pertama I baca. Untuk novel ni kurang mendebarkan. Tapi tetap ada keinginan nak cari novel Joe DeMarco yang lain. Not bad jugak Joe DeMarco's series ni. Cuma jalan cerita macam agak mendatar je dan predictable sikit. Tapi itu tak menghalang I untuk selak helaian yang seterusnya.

P/s : nak pergi kedai buku lah lepas ni. Stock novel di kala bosan dah tak ada. 

25/01/2014

Seoul Garden with Jack Ryan

Ini kisah ahad lepas sebenarnya. Flight I dari Miri kan sampai pukul 12.30 tengah malamnya. Stay semalam di rumah family En. Barney sebab BFF pun bermalam di rumah member dia. Pagi tu pulak terus cari tempat interview. Lepas tu ada orang ajak pergi makan Seoul Garden. Agaknya dia dah bosan lah tu dengar I membebel kata nak pergi Seoul Garden. Maka dengan itu, KL Festival City lah hala tuju kami dalam misi mencari Seoul Garden. Lagipun dekat dengan rumah En. Barney jugak. Malas pulak rasa nak pergi jauh-jauh. 


Bukan sekadar Encik Driver, dia juga Mr. Chef I. Dan terima kasih juga kerana menjadi Yang Berbahagia 'Menteri Kewangan' sebab belanja Iolls makan di Seoul Garden.

Lepas melantak kenyang-kenyang. Kami ada date dengan Jack Ryan pulak. Dalam erti kata lain yang lebih mudah, pergi tengok movie Jack Ryan : Shadow Recruit.


Boleh tahan jugak lah cerita ni. Uolls dah tengok belum? Biasa-biasa je tapi layan jugak lah. Bagi I, cerita ni best jugak cuma macam tak ada 'X-Factor' lah. Tak ada yang kita boleh cakap 'wahhhhh' dalam panggung. But okay lah if uolls nak tengok. I bagi 6.3/10 untuk Jack Ryan : Shadow Recruit.

P/s : rindu nak blogwalking lah. Sobs

24/01/2014

Air oh Air!

Kisah pagi tadi tapi baru ada masa nak menaip. Bangun pukul 8 pagi, golek-golek lagi atas tilam. BFF I pulak pukul 7.30 pagi lagi dah pergi kerja. Buka mata, tangan terus capai phone tiba-tiba housemate BFF I tanya, nak ikut diorang pergi mandi tak? Dalam kepala fikir, diorang ni nak berkelah kat mana pulak? Yang sorang tu tak pergi kerja ke? Tak sempat nak mengelamun jauh lagi, diorang bagitau kat rumah tak ada air. 


Tak ada notis pemberitahuan kata tak ada air, jadi masing-masing pun tak tadah air langsung. Tak pasal-pasal hari ini dalam sejarah mandi di toilet fakulti engineering. Nasib baik lah housemate BFF I memang student UiTM Shah Alam jugak. Kalau tak mesti pening jugak fikir nak merempat kat mana mencari air ni dengan rasa malu dan segan yang paling minima. Muka fresh baru bangun tido, terus masuk kereta. Tak pernah buat sebelum ni. Tebal je muka. 

Pillow Talk

Pillow talk. 
Sembang sebelum tidur. Kadang-kadang terleka, tak sedar masa cepat je berrlalu. Itu lah aktiviti beberapa hari ni. Menumpang beberapa hari kat rumah BFF memang tak lepas lah dari mengimbau kenangan dulu-dulu. Lagi-lagi kawan yang I kenal sejak umur 7 tahun.


Tapi dalam banyak-banyak tahun, masa zaman matrikulasi lah yang paling best. Tambah pulak memang semua kawan-kawan rapat sendiri dari sekolah yang sama. Kami satu geng tu memang sentiasa ke mana-mana bersama-sama. Nak buka puasa pun sama-sama, biarpun yang berpuasa cuma 2-3 orang je. Satu katil single, tapi tidur 3 orang pun pernah. Itu belum lagi kucing tumpang tidur sekali. 

Zaman matrik, every weekend memang ada movie night kami sendiri. Masing-masing sibuk copy movie dari kawan masing-masing. Lepas tu tengok sama-sama. Nak tengok movie seram, atau cerita thriller ataupun hindi. Complete semuanya. 

Itu belum lagi part cuci-cuci mata. BFF I cakap, kat matrik memang lambakan mamat-mamat handsome. Pergi stadium bukan nak jogging, tapi nak cuci mata je. Bukan main lagi gatal kan. Tapi dalam cuci mata tu, tak seorang pun yang couple dengan student matrik tu sendiri. Cukup lah sekadar eye candy semata-mata kan.

Bila balik rumah pulak, masing-masing berpakat beli tiket flight waktu yang sama, hari yang sama. Memang suku tu kami ni saja lah. Lagi-lagi satu flight tu cuma lebih kurang 40 passengers je.

Bila ingat balik, rindu pulak kenangan-kenangan dulu. Alhamdulillah dalam gila-gila kami tu berjaya jugak sampai di tahap yang sekarang ni. Dan alhamdulillah, ikatan persahabatan tu bukan sampai di situ sahaja tapi sampai sekarang. Masa wajib untuk semuanya berkumpul, masa hari raya. Haish, rindu.

P/s : entri autopublish

23/01/2014

Spontaneous Thursday : Sharing is Caring

Gambar ehsan Pakcik Google

Sharing is caring.
Tapi bukan semua perkara boleh dikongsi. 
Ambik contoh, laman sosial.
Facebook, twitter, instagram mahupun blog.
Simpan sikit dalam hati.
Tak perlu jaja semua cerita diri.

Mata yang memandang, 
rasa kurang senang.
Tak manis kata orang, 
takut iri hati nanti yang bersarang. 
Tak boleh baca apa perasaan orang. 

Kita berkongsi dengan niat,
sebagai backup kepada ingatan yang tak kuat.
tapi jangan sampai orang lain meluat.

p/s : entri autopublish

21/01/2014

Berhenti Merokok?


"Quitting smoking for a woman was, in his opinion, the most romantic thing a man can do"

Dead Man's List, Mike Lawson

Gadis Cuaca Lagi


Siapa pulak yang search tentang Gadis Cuaca dalam blog I ni. Ini mesti gara-gara entri yang INI. I pun tak tau Gadis Cuaca ni macam mana. Nak tau sila google sendiri. Hiks.

p/s : entri autopublish

20/01/2014

Coffee Latte Secawan

Duduk diam.
Coffee latte secawan.

Ah, bukan peminat kopi.
Cuma sabar menanti.

Luar sana.
Asap rokok di mana-mana.
Dalam sini,
Kesejukan melanda diri.

Bila mahu kunjung tiba?
Bosan kian menggila. 

Sorang.
Bukan dua.
Tunggu dan tunggu lagi.
Cepat lah ke sini.


P/S : entri autopublish

Tekan publish tapi tajuk biar kosong. eh?

Alhamdulillah, dah settle interview. Lepas ni ada second interview pulak. Cuma bila akan diberitahu kemudian. 

Tengah lepak kat Starbucks sementara tunggu Pak Supir I ambik. Dengan tak sihatnya lagi. Batuknya lagi. Peralihan angin Borneo dan angin semenanjung kononnya lah tu kan. 


Pagi tadi En. Barney hantar naik motor 'handsome' dia. Ketar lutut bila lalu tepi bas dan lori. Nasib baik tak pitam. I dah la tak sihat. Nervous nak pergi interview lagi. Belasah je lah, nasib baik Pak Supir ada kerja dekat-dekat tempat interview. Kalau tak, mati lah I nak drive Shah Alam - Mont Kiara.

Argh, tak best la bebel-bebel taip guna phone. Sayang pulak tak bawa laptop tapi rajin pulak iolls nak angkut laptop besar giant tu kan. 

Top 10 Movies of 2013

Setelah 20 hari tahun 2013 telah meninggalkan kita, sekarang ni dah boleh buat tahu cerita-cerita yang paling best sepanjang tahun 2013. Mesti korang pun dah banyak tengok movies tahun lepas kan? Antara movies yang Top 10 ialah (berdasarkan rating IMDB) :


10. This Is The End (Rating : 6.9)

9. World War Z (Rating : 7.1)

8. Now You See Me (Rating : 7.3)

7. Fast & Furious 6 (Rating : 7.3)

6. The Great Gatsby (Rating : 7.4)

5. Man of Steel (Rating : 7.4)

4. Iron Man 3 (Rating : 7.4)

3. Thor : The Dark World (Rating : 7.6)

2. Star Trek : Into Darkness (Rating : 7.9)


 1. The Hunger Games : Catching Fire (Rating : 8.2)

Jadi, apa pendapat korang tentang Top 10 Movies 2013 ni? Setuju tak?

Sumber : IMDb

19/01/2014

Pelakon Korea Cantik

Hari tu dah pernah buat entri untuk Pelakon Korea Handsome (Part I dan Part II). Dah cuci-cuci mata tengok pelakon yang handsome, kita tengok pelakon korea cantik-cantik pulak. Jujur cakap I suka tengok kulit pelakon korea ni. Flawless je. Macam list yang lepas, ini bukan lah Top 10 most beautiful Korean actress ke apa, tapi yang I pick random je. 



Actress Favourite I. Suka sangat tengok beliau berlakon. Plus beliau sangat cantik. First time tengok lakonan Kim Tae Hee, dalam cerita Stairway To Heaven. Watak jahat yang dibawa sangat berkesan. Rasa macam nak lenyek-lenyek dalam lesung batu je. Lepas tu mostly drama beliau I tengok. Love Story in Harvard, Forbidden Love, IRIS, My Princess dan juga Jang Ok Jung. Bila agaknya Kim Tae Hee dan Rain nak kahwin ni kan? Alamak, Qila comel jangan jealous ye. 



Yang I pernah tengok drama lakonan beliau, satu je, Yu Hee, The Witch. Lepas tu, terlepas pulak tengok  drama The Moon Embracing The Sun. Nak tengok sekarang drama tersebut memang tak lah. 



Pernah tengok sikit drama beliau Alone In Love dulu. Tapi tak ingat pulak kenapa tak tengok sampai habis. Berlakon dalam drama Personal Taste dan yang terbaru drama Shark



Gianna Jun tak banyak sangat berlakon drama. Mostly movie. Yang paling top sekali, movie My Sassy Girl. Untuk drama pulak, drama beliau yang latest adalah antara drama yang top sekarang, You Who Came From the Stars



Banyak jugak drama-drama Song Hye Kyo yang I dah tengok. Autumn In My Heart sudah semestinya. Selain tu,  Hotelier, All In, Full House dan That Winter, The Wind Blows



Seorang lagi pelakon korea favourite I. Berlakon dalam drama favourite, King 2 Hearts. Sebelum tu I pernah tengok lakonan Ha Ji Won dalam Secret Garden. Lupa pulak, movie 100 Days with Mr. Arrogant jugak. Cuma drama terbaru Ha Ji Won, Empress Ki belum tengok lagi sebab I rasa macam dah banyak sangat pulak drama korea yang I tengok sekarang. 



Satu je drama Han Hyo Joo yang I pernah tengok iaitu Spring Waltz cuma tak habis sebab time tu I tengah busy. Last-last tengok sampai situ je. Cuma teringin nak tengok movie Cold Eyes. Dari hari tu nak download tapi sampai sekarang tak download lagi. 



Marry Him If You Dare, Lie To Me dan Princess Hours. Semua I dah tengok. Kalau uolls tengok Running Man tapi tak tengok drama-drama Korea, ini lah aktres cantik yang selalu dikaitkan dengan Kim Jong Kook. Dah tengok Running Man episod 180? Hiks



Dulu I selalu confused Park Shin Hye dan Yoon Eun Hye. Muka pun macam lebih kurang je. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak dalam drama Stairway To Heaven. Menangis-nangis I tengok drama tu. Especially part lepas ayah dia kahwin lagi. Blogger Lana kata, teringin nak tengok Park Shin Hye bawa watak yang pelbagai. Kira macam keluar dari comfort zone beliau. Kita tengok lagi tiga hingga empat tahun. Lagipun beliau muda lagi. Sekarang pun nama Park Shin Hye semakin meningkat naik selepas drama The Heirs. Mesti lebih banyak lagi drama Park Shin Hye lepas ni. 



Ini pun my favourite jugak! I suka tengok Song Ji Hyo sejak tengok filem beliau yang pertama lagi. Filem seram Wishing Stairs. Lepas tu, tengok Song Ji Hyo berlakon dalam drama Princess Hours dan movie Codename : Jackal. Hujung january ni pulak, drama terbaru Song Ji Hyo dan Choi Jin Hyuk (Kim Won dalam The Heirs), Emergency Man and Woman akan ditayangkan. Hopefully dapat lah tengok ni nanti. 

Macam yang I cakap awal-awal tadi, yang ni I pick random je. Ada lagi pelakon korea cantik-cantik yang uolls nak masukkan dalam list ni? 

p/s : entri autopublish

18/01/2014

Bye bye Miri, Hello Kuala Lumpur!

Ini entri autopublish. Pukul 8.00 malam, mungkin I on the way ke airport. Last flight pukul 10.15 malam. Memang sengaja ambik last flight sebab BFF I pun nak balik KL jugak malam tu. Sampai pukul 12.25 tengah malam, at least ada orang teman. Lagipun memang nak merempat rumah dia jugak nanti. 

Macam biasa, I dah prepare sikit entri autopublish untuk uolls. Nanti ada masa terluang, I jenguk-jenguk uolls pulak. Cuma tak tau lah bila. 

Kek Lapis Tembikai untuk En. Barney yang gemuk.

Memang kebiasaan kalau terbang ke Kuala Lumpur, bawa kek lapis untuk En. Barney. Hari tu dia cakap dah, teringin nak makan kek lapis. Siap nak suruh I poskan lagi kat dia. Sekarang tak payah pos-pos dah. Delivery sendiri. Yeay!

Blognovela Part II : Episod 4

Macam yang I cakap dalam episod yang lepas, cuba nak settle kan mana yang termampu untuk episod blognovela ni before I terbang menyeberangi Laut China Selatan. Sebelum tu, boleh jenguk-jenguk dulu episod-episod yang sebelumnya.


Macam episod yang lepas juga, kali ini kita berkenal-kenalan dengan dua orang lagi blogger yang berjaya menjawab dengan tepat tempoh hari. Antara yang terawal dan mendapat special hint pada masa itu. 



Rasanya boleh kira dengan jari kot berapa kali I pernah berkunjung ke sini. Itupun balas jejak bila tuan punya blog tinggalkan komen di ruangan komen. 


Mula-mula singgah sini macam agak pening jugak lah. Tapi sekarang okay lah, rasa simple je sebenarnya. Actually tak tau nak cakap macam mana. Uolls terjah lah sendiri dan lihat bagaimana. 



Bila tengok header, terus terfikir. Ulat pink? Mesti comel! Kenapa Ulat Pink tu boleh lah tanya tuan punya blog tu sendiri. Menggelarkan dirinya Risya dan apa yang I tengok, doodle cantik lah. Hiks


Tengok archive kat tepi macam tuan tanah agak kurang aktif berblog. Mungkin busy dengan perkara-perkara lain. Blog comel dan doodles semua pun comel-comel. Cuma rasanya penggunaan warna kelabu untuk tulisan agak kurang sesuai. Bila baca apa yang ada kat sidebar tu terpaksa sepet-sepetkan mata. Lama-lama jadi macam pening. Tak sure kalau orang lain pun rasa benda yang sama. Mungkin perlu pilih warna yang lebih jelas dibaca berbanding warna kelabu tu. 

Daripada empat belas, sekarang dah tinggal sepuluh. Diharapkan bersabar menunggu. Iolls pun busy jugak sekarang ni. Minggu depan I cuti sekejap dari blogwalking. Settle kan apa yang penting terlebih dahulu. 

p/s : masalah betul orang tak boleh tidur ni. Masa tidur untuk tiga hari ini kalau tambah-tambah pun tak cukup 10 jam. Stress!

17/01/2014

Kami, Pantai dan Burger Tunok

Petang semalam. Keluar lepak dengan BFFs I sekejap. Hasrat hati nak pergi pantai, lepas tu plan pergi makan burger tunok. Burger tunok tu dalam Bahasa Malaysia bermaksud burger bakar. Lepas ambik Cik Alyn kat tempat kerja terus pecut ke pantai. Dah lama jugak tak jenguk pantai ni. Malas nak drive jauh-jauh ke Luak Esplanade, singgah je lah Tanjung Lobang. I pun dah lama jugak tak ke sini. Last I pergi dalam tahun 2012 (entri INI).

Sampai-sampai je terkejut sebab dah tak nampak sangat dah pasir pantai. Faktor pemanasan global yang menyebabkan ais-ais di kutub semakin mencair seterusnya meningkatkan lagi paras air laut. Mungkinkah ini penyebabnya? Mungkin air nak pasang jugak kot. Time tu angin kuat dan gelombang pun besar. Ada sorang mamat ni best je surfing. Kononnya macam Lee Min Ho dalam drama The Heirs lah tu. 

Tapi dulu macam tak ada je batu-batu yang dijadikan benteng tu. 


Kawan 18 tahun dan hopefully untuk tahun-tahun yang akan datang.

Bersembang sambil ditemani oleh angin pantai dan bunyi ombak sambil menunggu untuk ke destinasi seterusnya. Tempat lepak wajib, Kinky Fat Chef Kitchen (KFCK)


Kalau uolls datang ke Miri, sila pastikan uolls pergi sini before uolls balik. KFCK memang terkenal sebagai The Hidden Restaurant. I nak cari tempat ni mula-mula pun sesat jugak. So, kalau nak ke KFCK boleh panggil I jadi tour guide uolls dengan upah burger sebiji. Cuma dengan syarat time tu I ada di Miri dan tak terbang ke mana-mana lah. Hiks


Pernah tidur sebantal, makan sepinggan. Masa matrikulasi dulu, haih. Memang zaman kegemilangan betul. Siap ada codename sendiri. Kalau orang lain dengar, mesti tergelak. Nama Jambu dari warna favourite merah jambu, nama Jagung dari namanya, nama Kuda dari tawanya dan Pisang hanya kerana sepasang baju kurung kuning. Kureng punya kawan. Sejahat-jahat kawan pun yang ini jugak lah selalu teman I buka puasa petang-petang masa kat matrikulasi dulu. 

p/s : beza itu dan ini bukan alasan untuk bersahabat. Yang penting jaga hati dan jaga diri.

Blognovela Part II : Episod 3

Sebelum I terbang ke KL weekend ni untuk interview minggu depan, ada baiknya I settle kan blognovela dulu. Cuma mana yang sempat je lah. Tapi sebelum tu, kita tengok dulu blognovela part II episod yang sebelumnya.


Episod kali ini akan menampilkan dua orang blogger comel. Seorang dengan jawapan terpantas dan seorang lagi dengan jawapan yang terbanyak. Tahniah dan terima kasih sekali lagi diucapkan. 



Antara rakan blogger yang I dah kenal lama. Dah bertahun jugak, mungkin dalam 3 tahun. Tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan I tapi sampai sekarang tak pernah bersua muka. InsyaAllah, one day kelak bertemu juak kita duak owh. Hehe. Akan berumur 20 tahun pada April 2014 nanti. Muda-muda remaja lagi tu. Kalau uolls nak berkenalan dengan Blogger Sally Yatiey, boleh lah klik banner di atas. Boleh follow twitter dan add friend di Facebook. 


Blog simple dan secantik tuannya. Tengok header pun simple je. Background warna putih dan diwarnakan dengan warna merah jambu sikit. Cuma macam agak susah sikit nak tengok balik entri-entri lama. Lebih mudah untuk pengunjung kalau letak archive. 



Adik comel yang I kenal baru-baru ni jugak. Aqilah Azmi yang sangat comel dan sangat adorable! Jujur, suka sangat dengan personaliti Blogger Qila, rasa betul-betul macam rainbow. Penuh dengan warna-warni. Comel lah! Colourful dan cheerful. Suka suka suka! Hiks.


Blog pun haruslah comel seperti tuannya bukan. Pelangi-pelangi lagi. Cuma link colour tu macam tak nampak sangat lah. Tak sure lah kalau orang lain tengok jelas atau tak. Visited colour tu okay dah. Jelas je. Yang link rainbow tu pun okay jugak. Cuma yang soft blue tu nampak macam kurang jelas pulak. 

Dua dah selesai, ada dua belas lagi. Uolls boleh lah terjah dan berkenalan dengan Blogger Sally Yatiey dan Blogger Qila. Lagi dua belas, kena tunggu episod seterusnya pulak ya. 

p/s : hopefully sempat settle kan 3 episod sebelum I cuti blogging buat sementara.