06/01/2014

Berkecil Hati

Bila sebut tentang berkecil hati. Skopnya sangat luas. Boleh jadi berpunca dari bermacam-macam perkara. Betul kan? Tapi sekarang kita kecilkan skopnya, kita sentuh tentang berkecil hati dalam dunia blogging ini sendiri. Blogger A berkecil hati dengan Blogger B disebabkan itu dan ini. Adakah ini perkara biasa bagi anda?

Er, rasa macam dah terlalu serius pulak. I tak suka serius-serius ni. Biarpun hakikatnya I memang seorang yang serius.

Ehsan Pakcik Google

Berbalik pada point kita yang asal. Ada banyak sebab kenapa seseorang blogger itu berkecil hati dengan blogger yang lain. 

Contoh pertama.
Penat-penat kita singgah blog dia. Tak pernah sekali pun dia singgah balik. Dia ini sombong lah.
Cuba kita tengok dari sudut yang positif, seorang blogger kerjanya bukan hanya duduk di depan laptop seharian. Boleh jadi seorang pelajar, seorang yang bekerjaya dan boleh jadi seorang suri rumah. Menjadi seorang blogger seolah-olah kita menjalani kehidupan 'double life'. Dua identiti. Satu di alam maya dan satu lagi secara realiti. Jarum-jarum masa kita dipenuhi dengan pelbagai lagi perkara lain. Jadi tak mustahil seseorang blogger itu tidak berkesempatan untuk membalas jejak anda. Tambah lagi, sekiranya blogger tersebut menerima kunjungan yang ramai dalam masa sehari. 

Contoh kedua.
Kita selalu komen entri-entri dia. Kenapa dia tak nak komen entri kita langsung?
Jadikan ini sebagai satu cabaran buat diri sendiri. Perbaiki penulisan dan perbaiki cara kita menyampaikan. Mungkin topik yang diketengahkan, tidak berjaya menarik minat sesetengah blogger. Masa untuk menggali kelemahan diri. Di mana silapnya dan apa yang perlu diperbetulkan.

Contoh ketiga.
Kita letak link dia dalam bloglist kita. Tapi dia tak letak pun kita dalam bloglist dia. Huh!
Blogger tersebut mungkin ada sebab yang konkrit kenapa beliau tidak berbuat demikian. Bersangka baiklah. Setiap blogger mempunyai polisinya sendiri dalam dunia blogging. Ambil contoh I sendiri, bloglist yang ada dikhaskan buat mereka yang menjadi pengomen tegar setiap bulan. Sebagai satu penghargaan buat mereka. Ada yang meletakkan blog I di dalam bloglist mereka tetapi tidak sebaliknya. Maaf dipinta ikhlas dari hati. 

Apa-apapun senang cerita, sentiasa bersangka baik dan lihatlah dari sudut yang positif. Tidak perlu untuk berkecil hati. Tapi kadang-kadang takut juga kalau sendiri ada terkecilkan hati blogger-blogger lain. Kalau I ada buat uolls rasa kecil hati, minta maaf sangat. Tak terniat langsung pun. Kalau ada kesalahan yang I lakukan sebelum ini, beritahu dan tegurlah. Manusia biasa tidak akan lari dari membuat kesilapan. Sebab itu kita saling memerlukan antara satu sama lain. Penting dalam memperbaiki diri dan menjadi yang lebih baik. Lagipun, bukan salah besar pun kan. Just let it go. Tak payah ambik pusing sangat. Yang penting, kita happy happy selalu! *wink*

p/s : Dengar, jangan terus menghukum. 

34 comments

1/06/2014 10:29:00 pm

betul tu aisya.. bila blogging kita ada dua dunia yang berbeza, realiti dan maya.. kadangkala kita sibuk di alam realiti.. jadi janganlah berkecil hati.. tak singgah bukanlah bermaksud kita sombong..

1/06/2014 10:51:00 pm

assalamualaikum...aisya

relevan sekali entri aisya nih..mmg rasa2nya semua blogger yg dah bertahun berblog akan alami spt yg cik aisya nyatakn dlm entri di atas..

awesome!

1/06/2014 11:43:00 pm

dlu zyra pon ada gak tdetik dlm hati sesetengah blogger nie mcm sombong..slalu blog berupdate tp dia bls pon komen2 zyra..komen2 org lain dia bals je..mcm memilih juga la

1/07/2014 12:45:00 am

pesanan ni bagus untuk blogger yang baru menceburkan diri dalam blogging. zizie pun pernah jugak terasa hati even though sekarang pun. tapi chillex sudah. macam yang kak aisya ckp la. mcm la duduk menghadap blog tiap2 hari kan. everyone have their own life. so, lepas rasa, buang jauh2. and think positive :)

1/07/2014 12:56:00 am

Sis kecil hati ni, sebab adik manis tak buatkan kek lapis sarawak untuk sis :P hehe

Tak guna kita berkecil hati kan, sesorang pasti ada alasan tersendiri dengan setiap tindakannya. Adakalanya mungkin orang tu tidak sedar akan kesalahannya pun. Betul tak?

1/07/2014 07:27:00 am

oh, mama lah tu ye, mama minta maaf ye aisya, mama keciciran blog aisya masa bertukar dot com...

1/07/2014 09:21:00 am

setuju setuju setuju.. Kadang kadang kalau komen tak dibalas tu biasalah. Hehe. Paling kurang pun bila kita komen orang lain pun boleh nampak dan datang blog kita kan. =)

1/07/2014 10:18:00 am

Bersangka baik.. :)

1/07/2014 11:54:00 am

isu2 kecik hati nie sebenarnya dah lama dah..mula2 sy buat blog dulu sy pernah baca pasal blogger yang kecik hati sebab komen, sbb letak bloglist bla..bla...

klu macam saya pulak ade 2 sebab kenapa saya singgah blog orang, pertama memang sy suka dengan artikel yang ditulis dan yang kedua ialah membalas kunjungan..

tapi apa-apa pun yang penting dlm blogging ini ialah kita kena buat secara ikhlas..hehehe..betul tak??

Regards,
-Strider-

1/07/2014 09:32:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

betul tu kak. sebab tu kena bersangka baik. pasti ada sebabnya tu. :)

1/07/2014 09:32:00 pm

@Ayie Abas

terima kasih. :)

1/07/2014 09:33:00 pm

@ezyra daniel

kita positif je lah. mungkin ada sebabnya tu. :)

1/07/2014 09:34:00 pm

@Nurul Farahizzati

betul. positif je. tak payah pusing2 pun. kita jugak yg penuh dgn aura negatif. hehe

1/07/2014 09:35:00 pm

@puteri kasih

sis datang lah sini. hehe

betul.. sebab tu la perlu saling tegur menegur. :)

1/07/2014 09:35:00 pm

@Norhasniza Khalid

alamak mama.. jgn salah faham pulak.. takde kaitan dgn mama ataupun mana2 blogger. kebetulan pulak. maaf kalau mama terasa hati.. :)

1/07/2014 09:36:00 pm

@Amirul Bin Ramli

betul tu! :)

1/07/2014 09:36:00 pm

@Sally Yatiey

yup. bena ya :D

1/07/2014 09:38:00 pm

@Azlan Strider

yup.. mmg dah lama pun. saja nak buka balik topik yg tak pernah basi.

betullll.. ikhlas tu penting.. :D

1/07/2014 11:38:00 pm

dulu2 masa awal blogging selalu gak rasa tp skrg dah tak kisah sgt dah.. hihi..

Anonymous
1/08/2014 10:53:00 am

yes totally agreee. khuznuzon :)

1/08/2014 11:45:00 am

aku blogging utk suka2 hati. so x pernah terlintas hati pun nak berkecil2 hati nih. small the matter...

1/08/2014 12:49:00 pm

betul...lagi-lagi cik sally yg tgh berperang dgn final exam ni...ampun!

1/08/2014 09:37:00 pm

@Chic Na

itu lah cikna. tak kisah lah.. yg penting kita happy! hehe

1/08/2014 09:37:00 pm

@asha hana

betul :)

1/08/2014 09:37:00 pm

@aswadz

tau takpe. benda kecik je pun. tak payah ikut2 kan sgt.

1/08/2014 09:38:00 pm

@Sally Samsaiman

ramai dh tau sally tgh berperang. tak payah risau sgt lah. :P

1/09/2014 02:04:00 am

ika setuju...benda macam ni pada ika kena ada give and take laa..kena memahami....ingat blogger ni 24jam mengahdap blog je ke hewhewhew

1/09/2014 09:47:00 am

aisya! akak setuju sgt ni... takpe bersangka baik jela kan..

1/09/2014 12:02:00 pm

kadang2 penh juga terasa cenggitu tp cepat2 sangka yg baik2....yela..mmg btul la kan, bloggr kdng keje bukn dok ngadap blog je..msti ade bnyk lgi keje nak buat kan..
sdri pham2 la..

1/09/2014 09:01:00 pm

Yg first ngan second tu mmg da berlaku pun pd akak,yg third x kisah la..akak letak url di bloglist tu sebab akak suke entri2 nya walaupun dia x pernah singgah pun ke blog akak.dan mereka yg rajin komen kat blog mmg harus ltk dlm bloglist.nak kata bkecil hati x lah cuma lebih kepada malu..huhu kita ari2 singgah dan komen..siap ltk url dia kat bloglist,tp sekali pun dia x pernah dtg tinggalkan jejak or komen.tp tiap2 g singgah blog org lain..ada je muke dia dtg mengomen.da 3 bln masih dok dlm bloglist.akhirnya akak keluarkan url nya.teruk ke x ye?

1/09/2014 10:05:00 pm

@Affy Afiqah
betul tuuuu.. positif lah. mungkin ade sebab kenapa dia buat mcm tu. ye tak? hehe

1/09/2014 10:06:00 pm

@azizah :)
betul betul betul :D

1/09/2014 10:06:00 pm

@Cik Yaya
lain lah kalau blogger sepenuh masa.. kan? hehe

1/09/2014 10:08:00 pm

@atien zuraidah
hehe. biasalah tu kak. mungkin dia ada sebab kot. mungkin dia tak boleh masuk blog akak ke.. tp dia tak bagitau pun, senyap2 je. boleh jadi jugak mcm tu.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...