04/01/2014

Tragedi Cinderella - Amylin Asyikin

Salah satu novel yang I baca masa balik kampung awal bulan Disember yang lepas. Sekarang baru nak buat entri kan. Nak buat macam mana, ada banyak yang I nak share so kena susun betul-betul lah apa yang I nak share kat uolls semua. Nanti tak pasal-pasal bosan pulak uolls kalau I asyik buat entri review novel saja kan. 


Tragedi Cinderella
Amylin Asyikin

Sinopsis Tragedi Cinderella :
Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh Niuryland. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari. 

Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari Niuryland. 

Segala-galanya menjadi gelap gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana.

Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka..
Ayat first yang I bagitau cousin I tentang novel ni, "Ini novel orang berangan." Dan eloklah untuk orang yang kuat berangan dan perasan kanak-kanak ribena macam I ni. Memang rasa fairy tale sangat. Sebijik macam cerita Cinderella tapi versi Malaysia. Novel ni santai je. Jalan ceritanya pun lurus tak bengkok-bengkok dan tidak memeningkan kepala pembaca. Penulis nak terapkan unsur suspens sikit dalam story line tapi macam kurang menjadi lah sebab boleh agak apa yang akan jadi seterusnya dan apa yang akan berlaku. 

Best atau tak? Okay-okay kalau nak jadikan sebagai bahan bacaan masa lapang. Kalau uolls jenis yang suka kisah fairy tale boleh lah baca novel ni. Cuma kisah fairy tale yang upgrade sikit lah sesuai dengan pembaca yang tak berapa nak kanak-kanak sangat. Macam yang bagitau mula-mula tadi, novel untuk uolls berangan nak jadi Cinderella. 

p/s : Dalam proses bacaan, Dean Man's List (Mike Lawson). Beli RM8 je kat Popular tempoh hari. Menarik tapi boleh baca before tidur je. Ini ada jugak yang terleka sampai tak tidur malam ni. 

36 comments

1/04/2014 08:02:00 am

makin ramai blogger pompuan rajin baca novel ayie tgok..haha

1/04/2014 08:44:00 am

Untk org berangan? Psl novel ni ke yg buat aisya berangan hingga melutut depan limau bali tu ye?hihihi:P

1/04/2014 02:42:00 pm

Dah lama sangat tak baca novel :)

1/04/2014 04:32:00 pm

Macam best jer..lagi2 citer yang tak memeningkan kepala..memang santailah baca..

1/04/2014 06:19:00 pm

macam best je nak berangan guna novel ni.. dah lama zizie xbaca novel.. nak baca novel cintan cintun sekarang, semuanya klise.. tapi kalau yg berangan mcm ni, zizie suka. hehe.

1/04/2014 06:51:00 pm

Assalamualaikum.

Gerammnyaaaa..tetiba geram,hahahah

Seronok ada masa untuk membaca.. skrg ni lana dah kurgkan..sebab pecahkan untuk buat benda lain juga..

Err, skrg tgh cuba habiskan Kekasihku Mutan,hehe.

1/04/2014 07:15:00 pm

wahhhhh 8rm je?!?!? Bestnyaaa!!! Hihihihi <3
Hehe cinderelli? Awhh comelnya huhu.
Qila dh ah suka gila berangan although T_T
no. it will never happen hehehehe ;3
setiap org ada prince sendiri kan kak sya? XD

1/04/2014 07:29:00 pm

Niuryland..tgk nm ni pun dah rs mcm fairytale..hihi

1/04/2014 08:07:00 pm

amboii nama negara kemain Niuryland.. cikna suka la citer & buku fantasi mcm ni.. hehe..

Anonymous
1/04/2014 08:15:00 pm

mcm best sebab berkaitan dengan dendam pown ada nie. huhu

1/04/2014 08:30:00 pm

Suka novel yerk. Eyqa dulu peminat tegar novel tapi sekarang dah x de masa nak baca. Sekarang kena banyak baca kisah2 politik pula sebab amik cos to kat u. Btw, macam best untuk relaese tension.

1/04/2014 08:49:00 pm

Rajin baca novel ;D

1/04/2014 09:05:00 pm

ending please!! hahahha....
**begging face**

1/04/2014 10:13:00 pm

@Ayie Abas

haha. mungkin disebabkan oleh drama2 sekarang byk drama adaptasi? hehe

1/04/2014 10:14:00 pm

@atien zuraidah

agaknya lah kak.. haha! mungkin jugak

1/04/2014 10:14:00 pm

@Dzureen Darwis

klau ade byk mase free baru best nk bace novel :D

1/04/2014 10:14:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

hehe.. yg ni sy bace pun skejap je kak. relaks je. :D

1/04/2014 10:15:00 pm

@Nurul Farahizzati

yg ni lain sikit. hehe.. sebab ala2 cinderella gitu. hehe

1/04/2014 10:16:00 pm

@Tinta Lana

sy byk bace dlm kereta je lana.. huhu.. and before tido..

kat sini susah nk carik novel gitu.. stress. huhu

1/04/2014 10:16:00 pm

@Akeyla Azmi

betul2.. hehe.. tp berangan sekali sekala tak salah. asalkan jangan jadi mcm mat jenin je. hehe

1/04/2014 10:17:00 pm

@Mime MF

itu lah. fairy tale sangat! hehe

1/04/2014 10:17:00 pm

@Chic Na

seronok kan cikna. baca cerita2 mcm ni. hehe

1/04/2014 10:17:00 pm

@asha hana

nak kata dendam tak jugak kot. hehe

1/04/2014 10:18:00 pm

@Nur Atiqah Mohd Zaki

adoi, bab2 politic mmg sy takmau sentuh lah.. hehe.. kena pandai bahagi masa.. nk bace buku2 ilmiah saje. alahai muntah! hehe

1/04/2014 10:19:00 pm

@Sally Yatiey

mesti lah rajin eh. hobi ya.. hehe

1/04/2014 10:19:00 pm

@Sally Samsaiman

amboiiii..
takmau bagitau.. bace sendiri.. *kejam tak? :P*

1/04/2014 11:54:00 pm

mesti santai membacanya.. sampai tertidur tu aisya.. :D

1/04/2014 11:58:00 pm

kalau ala ala fantasi ni sis kurang minat sikit..lebih suka yang jenis realiti tapi kalau jalan cerita dia best...sis baca la juga :)

1/05/2014 12:54:00 pm

dulu rajin baca novel.sekrang dah mals.hehe

1/05/2014 10:33:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

tertidur tu tak lah kak. berangan ye. hehe

1/05/2014 10:33:00 pm

@puteri kasih

sy ni kuat berangan. tu yg suka kisah cmni. hahaha!

1/05/2014 10:34:00 pm

@Sya Nadia

hehe.. knpe?

1/06/2014 02:47:00 pm

citer ni lain ke dgn cdrela yg kita biasa tahu tu?
lain laaa kan..versi melayu..ngeee =D

1/06/2014 10:00:00 pm

@Cik Yaya

nak tau lain mcm mane kena baca sendiri. hehe

1/09/2014 02:12:00 am

ika novel melayu ni surrender awal2, tak berapa minat cerita2 "berangan"...hukhuk

1/09/2014 10:31:00 pm

@Affy Afiqah
sy tak kisah baca apa2 genre pun. tak memilih. hehe. cuma kalau yg over sgt cheesy tu. lemah sikit.. huhu. tak minat sgt.. suka rotate novel BM dan BI.. sebab kdg2 jemu jugak. Novel BM ni selalunya, alahai mcm copy paste je. susah nak cari yg betul2 berkualiti.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...