11/06/2014

[Nuffnang Premiere Screening] How To Train Your Dragon 2

First of all, thanks Mr. Nuffnang sebab bagi Iolls peluang untuk tengok Hiccup and Toothless yang comel dalam How To Train Your Dragon 2 malam tadi. Sangat berpuas hati biarpun sangat-sangat penat sebenarnya. Terima kasih sekali lagi!



Sinopsis How To Train Your Dragon 2 (HTTYD 2)

5 tahun telah berlalu setelah masyarakat Viking di kepulauan Berk berjaya menerima kehadiran naga dengan hati yang terbuka. Malah bersahabat baik dengan naga dan tinggal bersama mereka. Pada suatu hari, Hiccup menemui satu kepulaun misteri yang penuh dengan ais yang didiami oleh banyak naga-naga liar bersama seorang penunggang naga yang sungguh misteri. Ini kemudiannya membawa Hiccup dan Toothless, seekor naga Night Fury ke dalam satu pengembaraan dalam mengekalkan keamanan di antara manusia dan naga. 

HTTYD 2 bagi Iolls sangat-sangat best! Kalau nak compare dengan the first movie, movie yang kedua ini jauh lebih menghiburkan. Bak kata En. Barney, sebab movie yang kedua ini ada adegan naga lawan-lawan. Kalau dalam movie yang pertama, yang last tu je scene lawan-lawan di antara Toothless dan naga besar tu. Kalau yang kedua ini, Toothless telah mencabar Ketua Naga yang dipanggil Alpha Dragon. Dah lah Toothless ni kecik comel, ada hati pulak nak lawan naga yang super duper besar dan garang! Lagi garang dari naga jahat dalam HTTYD yang pertama. Ha, kalau nak tau macam mana Toothless kalahkan Alpha Dragon sila lah heret adik-adik dan anak-anak uolls pergi tengok How To Train Your Dragon 2. Memang berbaloi!

Toothless, why lah you so cute! 

Sepanjang movie geram tengok kecomelan Toothless! How I wish Iolls ada seekor naga yang macam tu. Oh, berangan sekejap. Anyway, untuk movie How To Train Your Dragon 2, I bagi 9/10 and definitely akan tengok lagi movie ni. Seriously sangat best! Dan kalau uolls tengah cari movie mana yang paling sesuai dan best uolls boleh bawa adik-adik dan anak-anak untuk menghabiskan saki baki cuti sekolah yang ada, well this is the movie. Movie yang paling menyeronokkan buat adik-adik kecil untuk habiskan cuti sekolah yang masih ada berapa hari yang tinggal ni. Untuk orang yang sewaktu dengan Iolls, yang perasan kanak-kanak riang ni pun sama jugak. Memang patut dan harus tengok movie ni. Takkan menyesal lah. 

Cupcakes HTTYD 2 sempena Premiere Screening movie tersebut.

Mask Toothless and thanks again Mr. Nuffnang!

p/s : Premiere Screening malam tadi nampak Ryzal Jaafar, Redha Fear Factor dan Azhael AF13. Mamat Azhael yang nama Azhar tu putih gila kot. Dah macam Snow White versi lelaki pulak I tengok. Cute jugak eh. Alamak lari sebelum En. Barney nampak. 

9 comments

6/11/2014 09:44:00 am

mcm best jer..:)

6/11/2014 02:19:00 pm

akk dah tengok dah...best kan...

6/11/2014 10:07:00 pm

salam..

wahh beshnyer dier dpt tgok movie free...siap ade cupcake lgi tu..hehe
yaya bru nak g tgok lam mgu ni..
besh ye?ni yg wat xsbr nak g tgok ni..tp xde adik or ank lg..jadi g tgok sensorang la nmpknyer..huuuu

6/12/2014 11:11:00 am

bestttt..bila la turn kmk mok rasa dr nuffnang tok..ahaha

6/12/2014 12:29:00 pm

Bestnyee..xsabar nk tgk cite nii

p/s : My 1st GA..jom support
http://notashalimar.blogspot.com/2014/06/giveaway-salam-kenalan-dari-blogger.html

6/13/2014 10:16:00 am

Nuffnang x syg kita...kita nk sgt tgk wehhh..sampai hati nuffnang...

6/14/2014 02:01:00 am

mcm best jer aisya..nnt boleh tgk :)

6/14/2014 04:15:00 am

alaa apa ni :(
bestnyaaaaa

6/14/2014 04:15:00 am

mana aci nak gak tengok wayang :(
hmmmmmm

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...