30/06/2014

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, bertemu kembali kita dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Semalam, 1 ramadhan bersamaan dengan hari ahad. Mesti ramai yang ambik peluang untuk menyambut ketibaan bulan puasa bersama keluarga kan? Sahur sama-sama dan berpuasa sama-sama dengan family tersayang. Rindu pulak suasana macam tu. Hari first puasa Iolls dalam 5-6 tahun ni, semuanya di perantauan. Hari first puasa ni, rasa homesick berlipat kali ganda pulak. Er, baik I stop kat sini sebelum mata mulai bergenang. Ehem

Apa-apapun Salam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa buat uolls semua. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan membawa 1001 makna buat kita semua ya. 


Macam mana dengan 1st Ramadhan uolls? Mesti ramai yang tak sabar-sabar menanti tibanya Ramadhan kan. Bukan sahaja bagi umat Islam sahaja, even yang berlainan agama juga excited nak tunggu bulan puasa. Member-member Iolls yang non muslim memang cukup suka bulan puasa. Dan sebab utamanya adalah Bazaar Ramadhan.

Bercakap pasal Bazaar Ramadhan ni kan, peringatan bukan cuma buat I je tapi untuk kita semua. Membeli biar berpada-pada. Jangan membeli ikut nafsu, tapi beli lah mengikut kapasiti yang boleh ditampung perut. Kalau jenis yang perut kecik, makan sikit macam I ni tak perlu lah nak bawa beg plastik tu penuh dua-dua tangan. Nampak ini, beli. Nampak itu, pun beli jugak. Tak elok, tak elok. Takut nanti membazir pulak. 

Sumber : Google

p/s : Ramadhan, semoga kita semua berubah ke arah kebaikan dan menjadi insan yang lebih baik dan lebih dekat lagi dengan-Nya berbanding hari semalam.

6 comments

6/30/2014 09:08:00 am

selamat berpuasa =)

6/30/2014 12:18:00 pm

Salam Ramadhan :)

6/30/2014 09:09:00 pm

selamat berpuasa aisya :)))
jangan sesedih ya, ika pernah rasa bertahun tak puasa dengan family sobs sobs

selamat tahun ni merasa laa jugak huuuu

lamanya ika tak singgah sini, sorry busy sangat3...
ika klik3 tabung nuffnang :)

6/30/2014 09:33:00 pm

Selamat berpuasa sis.

6/30/2014 09:49:00 pm

tak dapat beli hari ni, esok lusa ada lagi kan..:)

7/01/2014 12:36:00 pm

selamat berpuasa...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...