10/10/2014

[English Novel] Sylvanus Now by Donna Morrissey

Sebelum I kumpul dan kumpul lagi novel yang belum lagi I story-story plus sebelum I lupa apa yang I baca, jadi I tolak tepi hutang piutang entri yang lain. Sebab novel yang I sedang baca sekarang ni memang best sangat dan nampak gayanya tak lagi sampai di page yang terakhir. Kalau tak kerana busy prepare documents audit dan lambakan reports nescaya I dah start baca novel lain dah sekarang. 

Ayat copy and paste, I memang ada habit untuk baca novel dalam flight. Kalau perjalanan balik kampung dari Miri ke Kuching yang makan masa 10 jam menaiki kereta pun jadi jugak perempuan ni belek-belek novel. Sebab paling utama adalah I tak reti nak tidur, dalam kereta ataupun flight. Perkara yang paling berfaedah bagi I adalah dengan baca novel. Except kalau I penat sangat atau tak sihat lah. That's why jugak lah sehabis boleh avoid flight malam. Dan novel Sylvanus Now ini I habiskan masa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Miri. Total perjalanan 4 jam 30 minit pergi balik, dari pertengahan novel sampai ke noktah yang terakhir. 


Sylvanus Now
Donna Morrissey
Sinopsis Sylvanus Now

Sylvanus Now is a young man of great charm and strength, most at home when fishing the great Newfoundland fishing banks. His world is simple, his desires direct. He wants Adelaide, a fiery beauty from the next village – but Adelaide swore she would never love a fisherman. She hates the sea, the fish, the prying eyes of an isolated 1950’s community.

But as their love for each other grows into marriage, the more they seem linked to the rhythms of the sea – a sea that takes as well as gives, something that Sylvanus knows all too well, having lost both his brother and father to the depths. Worse is to come. Looming at the edge of the horizon are menacing congregations of giant fishing trawlers that threaten to suck not only fish from the sea but the life from a community as well. 

Sylvanus Now, nama watak utama dalam cerita ni. Seperti dalam sinopsis, Sylvanus Now adalah seorang nelayan yang berkahwin dengan seorang perempuan bernama Adelaide yang benci akan pekerjaan nelayan. Yang best nya, novel ini diceritakan menerusi 2 point of view. Certain chapter merupakan gambaran cerita melalui kaca mata Sylvanus dan beberapa chapter yang lain pula dari kaca mata Adelaide. 

Kisah tentang bagaimana industri perikanan setempat dieksploitasikan oleh kuasa-kuasa besar yang membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan sedikit sebanyak memberikan impak yang kuat terhadap nelayan-nelayan kecil. Sylvanus, tidak mahu berdepan dengan realiti cuba lari sejauh mungkin dari fasa perubahan. Masih kekal dengan tradisi, pekerjaan turun temurun sebagai nelayan kecil. 

Basically cerita ni tentang nelayan. Tapi penulis menyelitkan sikit konflik sana dan situ. Adelaide yang kematian tiga anaknya sejurus lahir dan tidak suka dengan belas ehsan masyarakat setempat atas peristiwa tersebut. Adelaide yang sukar untuk difahami dan lebih suka menyendiri. 

Certain orang mungkin rasa novel ni bosan kot. Tapi I rasa best jugak. Secara tak langsung timbul lah kesedaran untuk menjaga alam sekitar demi generasi akan datang. Contoh dalam novel ini, kalau anak-anak ikan yang belum matang lagi ditangkap, akan ada kah ikan-ikan dewasa yang akan melahirkan anak-anak ikan baru bagi mengekalkan kemandirian species? Amboi ayat saintifik sangat. I rasa macam dalam kuliah pun ada. Nak jawab exam pun ye jugak.

Bahasa dalam novel ni pun agak up sikit. Lebih bunga-bunga. Sampai ada ayat yang I ulang baca sebab nak faham betul-betul. Tapi novel yang begini lah bagus untuk improve english. Jangan bagi alasan tak baca novel english sebab tak faham. Itu lah salah satu cara untuk kita belajar. Tak faham buka kamus. Kalau malas sangat pun google translate kan ada. Cuma tak berapa nak tepat lah kadang-kadang. Tapi at least kita dah tau apa yang sebelum ni kita tak tau. Betul tak?

p/s : Jumaat tapi jumaat yang hmmm, stress.

12 comments

10/10/2014 09:58:00 am

Dah lama saya tak membaca novel....saya dalam kereta memang tidur..hihi

10/10/2014 11:05:00 am

Alamak, macam best je novel ni..harus kena cari ni hehe

10/10/2014 12:43:00 pm

macam hubby akak selalu cakap..kalau nak improve english..kena banyakkan membaca buku2 english..tapi akak ni jgn kan novel english..novel melayu pun akak jarang baca..hehe..

10/10/2014 04:25:00 pm

suka dgn ayat ' x faham buka kamus ' sbb dlm proses belajar ni , makin byk kita teroka , makin byk kita tak tahu apatah lagi perkataan inggeris ni sgtlah byk n x semua kita biasa jumpa n guna .

10/10/2014 10:41:00 pm

Mesti best kan ;D

10/11/2014 08:55:00 am

persekitaran dia macam zaman 70an mcm tu..? jalan cerita agak menarik tapi mcm kurang masa nak baca..haihh~

10/11/2014 10:32:00 am

Lamak dah sik baca buku-buku kedak tok. Dalam setahun ada ndak sebuah buku novel dibaca mek. Hahah.

10/11/2014 11:15:00 pm

ala.. yang part bahasa bunga2 tu buat rasa berat mata nak membaca.. hehe.. suka la phrase kat kulit buku tu.. "caught by tradition. cursed by love."

10/12/2014 12:03:00 am

Dr sinopsis ni mcm menarik cerita ni.. Mcm berminat pulak. Untunglah boleh bc dlm kenderaan. Kalau sy buat mcm tu, sakit kepala boleh migrain..

10/12/2014 12:53:00 pm

saya suka novel ayat bunga-bunga ni, as long as bukan novel cinta 100%. kalau macam novel ni, macam best, saya nak carilah.

10/12/2014 04:26:00 pm

@Sally Samsaiman

1950-an la sally. hehe..

after WWII gitu..

10/13/2014 10:30:00 pm

@Gee Lion
kita sama lah.. hehe. kalau high sugar level tu takleh tolerate lah. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...