31/10/2014

Makan Angin Tepi Pantai @ Pulau Melayu, Miri

Dah lama I jerukkan gambar-gambar ini dalam folder picture. Lebih sebulan. Kalau setahun simpan jadi jeruk mahu transform jadi jeruk asam boi agaknya. I cakap kalau eh. Ini bukan resepi jeruk asam boi paling simple di dunia nyata tapi resepi jeruk asam boi yang dalam mimpi pun tetap takkan jadi jeruk asam boi jua. Alamak, dah termerepek.

Anyway, masa balik bertunang tempoh hari sempat lah jugak bawa family En. Barney pusing-pusing Bandar Miri. Sebelum sesi borong-memborong Kek Lapis Sarawak di Habibi CakeShop, sempat juga bawa orang jauh untuk hirup udara tepi laut. Bertemankan bunyi ombak yang merdu, di bawah terik cahaya matahari. I tak tau nama tempat ni apa sebenarnya, tapi local people just panggil Pulau Melayu. Disebabkan oleh nama kampung yang berdekatan agaknya. Nak tau lebih tepat kena tanya orang tua-tua. Sebenarnya tempat ni macam tambak atau benteng batu-batu besar. Tak sure panjangnya berapa kilometer. Mungkin 2 hingga 3 kilometer mungkin.  


Masa weolls pergi tu, ramai pulak manusia. Ada Pertandingan Memancing. Kalau tak silap hadiah tempat pertama RM10,000. Disebabkan ramai orang, Bapa malas nak park kereta sampai di kawasan yang paling hujung. Cukup lah dekat-dekat jalan masuk je. Bapa I ni kalau dah nama ikan, laut dan pantai disebut terus lesap. Lagi-lagi bila ada geng. Sanggup jalan kaki tengahari buta nak tengok pertandingan memancing di hujung sana nun. Bila dah ditinggalkan anak-anak dan mak-mak menunggu je lah. Yang anak-anak ni apa lagi, masing-masing bawa keluar phone. Snap sana, snap sini. Snap itu dan snap ini.





Bukan main di sebalik bunga siap effect blur lagi. 

Paling kanan, my own version of Lee Kwang Soo. Perangai pun lebih kurang. 

Tempat lepak dengan kawan-kawan zaman muda mudi dulu. Asal cuti semester, bila masing-masing balik bercuti tempat ini lah port wajib lepak. Duduk atas batu sambil gosip-gosip. Ala-ala lagu Allahyarham Sudirman gitu Tulis Nama Atas Batu. Except part tulis nama tu eching je.


Kaedahnya budak ni suruh ambik gambar dia tengah lompat sambil pegang payung begitu. Dengan badan keding, angin kuat. Bukan dia yang pegang payung tapi payung yang heret dia.  


Pantai kat sini tak best sangat sebab kotor. Kalau perasan dalam gambar ada hitam-hitam di pantai tu kan. Member Iolls cakap sebab orang korek minyak di tengah laut sana. Biasalah bandar minyak pelantar minyak pun sana sini. Kalau nak cari pantai best di Miri harus pergi Luak Esplanade. Tak pun Hawaii Beach cuma I tak sure lah kalau Hawaii Beach tu masih wujud lagi. Tapi orang kata air lautnya biru. Oh susah-susah pergi pantai tepi sekolah Iolls je. Petang weekend boleh tengok orang parasailing, para gliding dan para para sakura. Eh.


p/s : Actually tempat ni terletak di muara sungai. Dan sebenarnya muara sungai miri yang sekarang ini bukan lah muara di kedudukan yang asal. Tetapi dah dialihkan. Adalah tu untuk tujuan development sana-sini tu.

18 comments

10/31/2014 09:37:00 am

Luak Bay memang best...nampak platform minyak sayup-sayup je.Aisya orang Miri ek?

10/31/2014 10:12:00 am

Bestttttttt lepak pantai pulau melayu..

10/31/2014 10:41:00 am

bestnya gi miri...

10/31/2014 11:24:00 am

Salam, owh patutlah nmpk mcm ade hitam2 tu, minyak rupanya, nasib xmandi-manda ye..hahah..

10/31/2014 11:25:00 am

Mun pergi time owg ada event nang best. Banyak owg. Banyak aktiviti. Banyak makanan tapi susah carik parking. Heheh.

10/31/2014 11:41:00 am

seronoknya jalan-jalan tepi pantai...

10/31/2014 12:23:00 pm

seronoknya tengok pantai..lama tak pegi pantai

10/31/2014 03:50:00 pm

dulu masa praktikal dan stay kat resort sebelah pantai, tiap2 petang lepak tepi tu.. nyaman je.. stress pun hilang bila dengar bunyi ombak.. ^_^

10/31/2014 09:45:00 pm

@SalbiahM
yup. hehe.

10/31/2014 09:45:00 pm

@lynndamya
eh2 yg hitam tu bukan minyak tapi mcm pasir, mcm habuk kayu pun iye jugak.

10/31/2014 10:37:00 pm

bestnyer..lama tak lepak tepi pantai. Bilalah nak pergi bercuti ni

11/01/2014 02:59:00 am

nak lepak gak.. stress study ni.. huhuhu

11/01/2014 10:06:00 am

mcm pernah lalu jak kwsn tok..tp kurang pasti..pantey luak best!klmj eh..rindu nk dating kt sia...eh?hhahah

11/01/2014 03:31:00 pm

cantk dan bersih pantai tu tapi rasanya x de orang mandi kan ...

11/01/2014 10:48:00 pm

pantai mcm tu mmg xleh nak mdi la kan..huuuu
koto plak tu..kesan minyak? errr...

11/02/2014 05:16:00 pm

@Niesa

untung la tempat dating. haha

11/02/2014 05:17:00 pm

@Vee Sandi
ini dh termasuk kategori kotor dah ni. so mmg tak ada la org nak mandi. hehe

11/02/2014 05:17:00 pm

@Cik Yaya

bukan kesan minyak. senang cerita pasir hitam..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...