21/08/2015

Cendol Bakar Pak Dollah @ Pasar Lutong, Miri.

Ini kisah last week lah. Kan last weekend Iolls balik Miri sekejap selama tiga hari dua malam sebab ada urusan rasmi yang perlu diuruskan. Plus I nak bawa barang-barang untuk majlis nanti jugak. Dah alang-alang balik Sarawak tu, ajak lah best friend lepak kejap. Sambil-sambil tu boleh lah pass kad jemputan jugak.

Memandangkan si BFF ni teringin nak makan cendol bakar gara-gara tengok post orang lain kat FB maka bertunjangkan cendol bakar lah kaedahnya pertemuan kami ini. Amboi bukan main akar tunjang akar serabut bagai. Lagipun kalau di sini, definisi melepak tu lain sikit. Bukan lepak minum di kedai mamak tapi lepak di kedai cendol yang biasanya aktiviti di siang hari especially hari minggu cuma. 


Kalau dulu port lepak dan 'mencendol' every time balik Miri di kedai cendol berdekatan dengan Petronas area SK Jalan Bintang tapi kali ini cuba tempat baru pulak, Cendol Bakar Pak Dollah. 

I dengar-dengar tempat ni memang baru buka. Member-member ramai jugak yang belum berkesempatan mencuba. Kali ini biar orang jauh yang rasmi dulu. 


Cendol Bakar Ais Krim, itu pilihan I. Pilih salah satu daripada pilihan cendol di atas kemudian uolls harus memilih sama ada nak letak santan atau susu sebagai satu lagi ramuannya. Dan I? Haruslah pilih susu. Santan? Next time pulak. 

Sedap tak Cendol Bakar Pak Dollah? Jawapannya Like Sepuluh Kali Lah! Yummy yummy. Tambah pulak kalau serbu time cuaca panas. 


Rojak Sotong satu pinggan, Rojak Buah satu pinggan dan Rojak Cucur (di semenanjung dikenali sebagai pasembur, bak kata En. Barney) satu pinggan. Dengan harga RM 5 sepinggan. 

Cendol Bakar like sepuluh kali, Rojak pun Iolls like sepuluh kali jugak. Rojak memang super duper sedap lah. Kuahnya itu, alahai. Om nom nom. 


Oh Iolls heret En. Barney lepak sekali. I kan memang suka ajak En. Barney join sekali kalau keluar dengan member-member. So that dia kenal member-member I and biar dia biasakan dengan kawan-kawan baik si buah hati. Tak nak lah jadi macam, bila dah ada buah hati kawan baik campak macam tu je. No no no. Tak baik, tak baik. 

Okay berbalik pada cerita cendol tadi kan, di mana letaknya Cendol Bakar Pak Dollah? Lutong tu tak besar mana lah. Dulu time kecik-kecik siap jalan kaki pusing kawasan Lutong lagi. Yang besar, kawasan loji minyak aje yang sah-sah uolls takkan masuk punya. So kalau nak cari Cendol Bakar Pak Dollah just pergi je Pasar Lama Lutong. Area Tamu Lutong and Flora Bakery, confirm jumpa. Jangan pulak cari di kawasan shop lot baru depan MYY Mall and Bangunan Shell, yang itu dah jauh sikit lah tapi kalau jalan kaki pun tak sampai 10 minit jugak. 

Tapi kat sini tak ada menu lain lah eh. Ada variasi cendol dan rojak aje. 

p/s : Teringin nak try aiskrim gula apong lah. Kat Miri ada tak eh?

9 comments

8/21/2015 08:40:00 am

ala terliurnya tgk...dah la sy hantu cendol

8/21/2015 09:21:00 am

cendol kalau pakai susu camne eh rasanyaaa...hmmm

8/21/2015 09:39:00 am

sedapnya ^_^

8/21/2015 09:57:00 am

sedapanya cendol..ermmm ruby pantang ais..sebab ceaser yg no 3 ni..sbr jelahhh..hilang nikmat..huhu

8/21/2015 09:59:00 am

nyaman eh! lmk x ke miri baaa.. =D klak try!

8/21/2015 10:57:00 am

sedapnya cendol..
kalau akak lebih suka santan berbanding susu

8/21/2015 08:21:00 pm

pernah dgr jgk cendol bakar pak dollah ni.. femes gak ye.. sebab unik kat nama dya kot..

8/21/2015 11:27:00 pm

Berselera pula tengok cendol tu, dah lama xmakan :(

8/22/2015 09:47:00 pm

salam cik aisya =)

wahh cendol bakar? 1st time dgr ni..
cam sedap je...
semenanjung xde kan..huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...