Sekarang ni mood malas nak mengupdate, malas menaip dan malas bercerita semakin menular. Fikir nak letak title apa pun makan masa 20 minit. Mungkin disebabkan kepenatan tak surut-surut lagi agaknya? Kemudian menyebabkan slogan "minda cerdas, badan cergas" tidak mampu untuk dituruti. Haish, tak produktif sungguh lah begini.
Semalam, keluar rumah seawal pagi. By the way tak ada lah pagi pun, dekat pukul 12.00 tengahari. Itu dah seawal tengahari dah.
Masuk kereta terus gerak ke kenduri kahwin member satu universiti dulu. Antara member rapat I masa kat universiti dulu dan merangkap coursemate En. Barney. Mulanya nak pergi sekali dengan sorang lagi member ni tapi apakan daya dia tak boleh nak keluar rumah. Rumah di tengah-tengah kota raya. Uolls faham-faham lah sendiri ye.
Dari Shah Alam ke Cheras. Kenduri pulak dalam markas. Sampai tempat kenduri, toleh kanan toleh kiri, tak nampak pulak orang yang dikenali. En. Barney pun tercari-cari jugak coursemate yang lain. Pun tak jumpa jugak. Mungkin ramai yang balik kampung bersempena dengan weekend yang panjang sikit ni.
Sayangnya tak menyempat nak bergambar dengan pengantin. Jam dah hampir dua petang, pukul 3.00 petang En. Barney dah kena ada di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Maka berangkat lah weolls dari Cheras ke Seremban.
Singgah sebentar mencari sesuatu untuk menghilangkan kehausan. Kalau part singgah menyinggah begini, serahkan aje kepada En. Barney, Iolls duduk dalam kereta je lah.
"Nak air apa?"
"100 Plus. Nak yang Berry, kalau tak ada yang biasa je lah."
And finally! Jumpa 100 plus Berry di Petrol Station Shell di Seremban. Puas Iolls cari tau. Dari bulan puasa tempoh hari. Baru sekarang ku temui.
Lewat berapa minit sampai di Hospital Tuanku Ja'afar. Parking di parkir bertingkat. Terus tolong En. Barney sorong troli yang sarat dengan segala tools dia tu. Iolls tak tolong pun sorong troli, tolong bawa yang hand carry aje.
Berbekalkan dua buah novel. Macam biasalah, Iolls kan tunang mithali. Menunggu di ruangan menunggu. Kalau di Hospital Seremban ni Iolls suka sikit. ada aircond and ada TV. Tak lah bosan sangat. Kalau di HKL, memang I tak mampu lah nak menunggu. Later I story kisah kelmarin. Nasib baik I tak tunggu, dengar cerita En. Barney pun dah meremang oi!
Dari pukul 3.00 petang, almost 9.00 pm. Dah habis baca novel pertama, dah masuk novel kedua baru lah kerja En. Barney siap and MMA Santai Corner, here we come!
Ada apa di MMA Santai Corner? Apa lagi nak melantak Mee Ketam di situ lah. Iolls pernah jugak buat entri Mee Ketam and Mee Udang di sini tempoh hari. Rujuk [D'Laila Mee Udang, MMA Santai Corner].
Mee Udang for En. Barney
Semestinya Mee Ketam untuk I!
Kali ini tak berapa nak pedas lah pulak. Iolls boleh makan dengan bongkaknya tanpa meneguk air. Kalau tak, kemam ais batu memanjang. Nak hilang pedas punya pasal.
Tapi harga dah naik RM2.00 lah. Tapi kalau dah sedap begini, naik dua ringgit pun rasa berbaloi. Yummy yummy!
Dah puas melantak kan? Terus balik lah jawabnya.
p/s : Sampai rumah, hampir pukul 12.00 pagi jugak lah.
6 comments
Ermmm lazat tu mee udang dengan ketam..
sedapnyaa mee ketam.. selalu mkn mee udg je.. huhuuhu..
asalamualaikum aa...salam merdeka...akak kalau demam suka minum 100plus....sejuk je badan ...
sejak.kawin dah tak baca novel :-((
kaki jalan! haha
xkan tu pon penat cik aisya =p
naik rm2 banyak tu . tapi klu dah harga bhn mentah pun naik , kena faham2 je lah kan ...
Anak2 bunda time dorang belajar dulu selalulah minum 100 plus ni...lagi2 time study....
Mee udang tu buat terlior jer...