Ada manusia yang menganggap ilmu itu harta dunia.
Semakin dikongsikan,
semakin sedikit yang tinggal.
Simpan untuk diri sendiri sahaja,
Takut nanti habis pulak 'harta'nya.
Selamanya dia pandai,
Selamanya orang lain bodoh.
Adakah itu yang orang sebegini mahukan?
Oh takut lah nanti kena caras pulak kan.
Tergugat kedudukan.
Tekanan sungguh lah dengan orang begini.
p/s : Pandai bodoh tu tak boleh berpindah milik. Awak ajar orang, orang tu jadi pandai lepas tu swap awak jadi bodoh pulak. Susah betul. Tak faham konsep ilmu.
12 comments
Bila kongsi ilmu dengan orang lain in sha allah lebh banyak manfaat kan :D
cakap kat dia "tak baik kedekut ilmu"
huuhuuu
Betullah. Pandai bodoh tak berpindah milik. Yang pandai pun tak semestinya celik. Yang bodoh pun tak selamanya tak cerdik. Yang penting, kita sama-sama berkongsi ilmu yang kita ada.
betul tu.. ilmu yang ada mesti dikongsi bersama, agar memberi manfaat kepada semua..
tips susu banyak
betoi..jgn kedekut ilmu kan..
kat atas dunia ni ramai org yang mcm ni. tp kan ada jugak org yg kita nk ajar tapi dia pulak yg xnak ... ^_^
argh.. tak suka orang macam ni...
ada gak kes macam ni kat ofis aku. dia sorang je expert operate alat ni. dia tak nak ajar orang lain sebab kalau dia ajar, nanti in the future takut kena buang keje. kalau dia sorang je yang reti guna alat tu, kurang la sket probability kena buang keje tu.
alahai itu tamak namanya hehe
ni bila nak hapdt yg baru nih?rasanya dah komen dah entry nih..bila nak approve my comment ?huuuhuuu
Kedekut ilmu kita rugi...
Haha. Mcm tu pun ada. Susah btol la org mcm ni kan. Haisshh