Kuih Bulan atau nama lainnya, mooncake. Er, bukan lah nama lain pun. Cuma alih bahasa je. Bahasa Melayu ke English and vice versa. Alah, google translate. Eh, merepek apa ini?
By the way, menghampiri Mid Autumn Festival yang disambut oleh masyarakat cina khususnya maka banyak lah iklan-iklan kuih bulan dan juga kebanjiran jualan mooncakes di pasaraya dan shopping complex.
Iolls ni kan, jenis yang pantang tengok pulak. Tengok aje teringin. Itu pasal tengok iklan kuih bulan macam teringin pulak nak makan. Dulu masa kat universiti, ada lah sorang dua member rapat yang mix chinese-malay and selalu bagi mooncakes bila tiba masanya. Bila tiba masanya itu contohnya seperti sekarang lah. Oh dah mentioned mix chinese-malay, so tak perlu lah dihebahkan lagi agamanya iye. Dah dewasa mesti lah faham kan.
Teringin nak mooncakes tapi kat mana nak cari mooncakes yang halal? Memang lah banyak jual kat pasaraya time Mooncake Festival tapi ragu-ragu dengan status halalnya. Bila dah ragu-ragu, better kita elakkan. Ye tak?
Tapi ada satu tempat yang I tahu mooncakes nya certified Halal iaitu di Baker's Cottage. So kelmarin, ajak lah En. Barney ke Baker's Cottage semata-mata nak cari mooncakes.
Banyak sangat pulak choice nya. Cari yang red bean tapi tak ada pulak. Ambik je lah Green Tea. Nak ambik yang Oreo, takut manis sangat pulak. Satu je yang tak bestnya mooncakes ni manis sangat aih! Tapi yang Baker's Cottage ni okay. Green Tea ini sedap. Hiks.
Menurut pembacaan, sekarang dah banyak dah mooncakes yang halal tapi yang I sure, dari Baker's Cottage lah. Kalau yang Halal ni, minyak sayuran digunakan bagi menggantikan minyak khinzir. Tapi kan, rasa macam overpriced pun ada lah. Macam mooncakes Baker's Cottage ni range harga dalam RM17 - RM19 satu. Makan setahun sekali tak apalah kan. Katanya yang ada telur masin kat dalam tu lagi mahal.
p/s : Orang kata Mooncakes Starbucks pun sedap. Alah, nanti office mesti dapat mooncakes banyak lah dari client. Cuma tak makan sebab ragu-ragu status halalnya.
12 comments
mooncakes yg halal nih., hihi2
Sekadar rasa bolehlah.. sebab tak berapa minat.
Yelah nampak macam sedap jer...tapi was2 kan...
salam...
wahh cik aisya da beli mooncake...!!
yaya pon trgin tapi lum sempt nk beli pon..huhu
ingt nk beli kat cosway je..biasa beli biskut kat sana. InsyaAllah halal dan sedap dmkn..hik3 ^.^
suka perisa pandan dgn kcng merh..kalau dulu kje tmpt lama mmg tiap thun dpt free...bukan 1 tapi 4! skrng tmpt baru mmg xdan la nk dapat.. >,< adesss
Wah kuih bulan..cheery xsuka sangat sbb Manis hehe
Dh banyak mooncake yg halal sekarang ni.ad kawan ofis beli..sebiji rega rm 13.tp makan x habis sebab x kena dgn selera
Assalamualaikum,
Terliur pulok tengok kuih bulan tu. Yalah betul, dulu memang tak ada kuih bulan tanda halal. Sekarang ni dah banyak jadi boleh merasa juga kuih bulan.
saya pun teringin nak makan cuma takut tak halal.. tapi ni dah tau tempat yang halal, boleh la carik lepas ni..:)
ooo...baru tahu ada mooncake yg halal. thanx for the info!
akak suka yang ada telur masin kat tengah...sedap
rase yg melekit lekit di kerongkong
Wah sedapnya.. Nak cari gak nanti.. :)