10/11/2015

FatBaby-ing @ FatBaby Ice Cream, SS15

Tempoh hari dah share teaser dalam entri INI. Hari ini marilah kita mulakan kisahnya. Oh solution untuk masalah kesukaran untuk transfer gambar tempoh hari - install Dropbox then link kan dengan computer. Habis cerita. 

Okay, kisah ini terjadi pada hari Jumaat lepas. After office hours. Ini semua salah laman sosial Facebook. Share sana share sini sampai semua terliur. Bila tengok kat Facebook nampak macam sedap sangat, so ambik keputusan dengan geng rapat kat office yang weolls panggil Geng Pepsi untuk terjah tempat tersebut. Er, cerita disebalik nama Pepsi tu, tak perlu lah I cerita eh. Konsepnya, biar kita kita aje yang tau. Hiks.

Semata mata kerana Ice Cream !

Hadap jammed orang balik kerja dari Bukit Jelutong ke Subang Jaya. Gigih kerana Ice Cream kaedahnya. 



En. Barney yang pertama sampai di destinasi. Sebabnya office En. Barney and FatBaby in walking distance je. Adalah lebih kurang 5 minit jalan kaki. 

Sampai sampai je Full House okay! Kedainya kecik aje pun. Tunggu kejap dalam 5 hingga 10 minit, baru dapat tempat duduk. 



Duduk sekejap, toleh kiri kanan sambil snap sana sini. Perhati macam mana konsep kedai ni and apa menu yang ada. Biasalah first time datang kan. 

Flavours

Menu

Drinks

Before uolls order tu, boleh try ice cream dulu. Sebab ada banyak flavours kan, jadi mesti rambang mata nak pilih yang mana satu. Nak try semua pun boleh aje. Choose your flavours and then uolls pilih lah sama ada nak makan Ice Cream saja or dengan Waffle. Nak single scoop, double scoop or berapa banyak scoop pun ikut suka uolls lah. 




Order Ice Cream aje. Drinks semua tolak tepi. Sebab ada disediakan plain water for free. Yela makan ice cream manis manis, plain water adalah combination yang terbaik. Baru boleh menikmati ice cream dengan jayanya kan? Ehem.


I dan En. Barney masing masing pilih Double Scoop with Waffle (RM17.00 each) dengan perisa yang berlainan and member lagi tiga orang pulak order Get Stuffed (RM38.00). Weolls panggil Ice Cream bertingkat tingkat - dua waffle dan 5 scoop ice cream. 


En. Barney - White Chocolate Blueberry Pie (Belakang) and Strawberry (Depan)


Iolls punya - Honey, I'm Home (Kiri) and Madagascar Vanilla Bean (Kanan)


Get Stuffed

Mak aih, sedap oh! Iolls paling suka Madagascar Vanilla Bean. Padahal perisa Vanilla je pun tapi rasa vanilla tu. Yummy! Honey, I'm Home? Itu pun sedap juga! Madu tapi tak rasa manis sangat pun. And Waffle tu pulak, nak cerita pun dah telan air liur banyak kali macam mana?

Pepsi!

Finally group photo. Biarpun tak complete, tak cukup tiga orang. Seorang, anak kecik meragam dan tak sihat yang mana keesokan nya admit hospital due tu dehydration. Yang seorang lagi, balik rumah after office hours urus husband and anak kecik. Sorang lagi? Satu-satunya kumbang sedang berfoya foya di Seoul. Dia cuci mata tengok IU, weolls sini makan ice cream sedap bro. 

FatBaby Ice Cream
Address : No. 47, Jalan SS15/4B, 47500, Subang Jaya

By the way, FatBaby Ice Cream cuma buka tiga hari seminggu tau. Friday until Sunday. Untuk operating hours, boleh lah usha FB FatBaby Ice Cream di SINI.

p/s : Jom pergi lagi En. Barney.

5 comments

11/10/2015 11:19:00 am

Pehh pehh bikin kecur air liur ku. Hahahha

11/10/2015 05:31:00 pm

terliur pula kak aiza tengok aiskrim tu.. ;)

11/10/2015 09:43:00 pm

menariknya yg bertingkek tu tp apahal mahal sgt..:D

11/11/2015 11:43:00 am

aaaaaaa qila pun telan air liur gulp gulp ha huhuw.
kak aisya nampak glowing aje <3
hihihi

11/12/2015 12:58:00 pm

Sedap nya...tapi mahal sangat rasanya..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...