Dah lebih setahun Yes4G berkhidmat menyediakan kemudahan berinternet buat Iolls. Tiada Yes4G, maka tidak akan berlaku lah kejadian blogwalking menjengah blogger lain. Nak kata berjasa tu, memang sangat berjasa lah. Hiks.
Oh by the way, I just guna yang Yes4G Dongle device. Iye lah guna sorang aje. Lebih kurang macam broadband lah kononnya. Selama setahun lebih ni, tak ada banyak masalah pun. Cuma adalah sekali dua kejadian yang tidak diingini berlaku. Device tak boleh connect internet. Itu aje. Tapi bukan masalah device. Mungkin masalah connection ketika itu lah. Device itu sendiri? Alhamdulillah tak pernah bermasalah, line pun laju aje. Cuma part quota habis tu confirm lah slow kan. Tak boleh nak kata apa lah. Ehem.
Tapi macam mana baik pun perkhidmatan yang disediakan oleh Yes4G, I tetap ambil keputusan untuk terminate akaun tersebut. Dalam erti kata lain, memberhentikan langganan internet dari Yes4G.
Sebab nya? Iye lah, sekarang kan dah hidup berdua. Bila dah berdua, dongle tu boleh guna untuk satu laptop aje. Nanti tak pasal-pasal pula bergaduh, berebut laptop gara-gara nak online je. Ish ish ish. Tak patut.
Bagaimana nak terminate akaun Yes4G? Itu Iolls agak blur sedikit. Memang la masa mula-mula dulu salesperson ada explain tapi haruslah dah lupa. Setahun lebih dah kot. So I dan En. Barney pergi terjah Yes Store yang terletak di One Utama. Dengan soalan, "Bagaimana nak terminate account Yes4G"
Jawapan yang Iolls dapat, ada dua cara;
1. Nak terminate account, and walk in sahaja ke store berdekatan? Yang ini bukan semua store menyediakan perkhidmatan tersebut. Ada tiga cawangan je iaitu;
2. Call Yes4G Customer Service at; 018 333 0000 and inform nak terminate account Yes4G. Agent yang pick up the call akan inform next step.
I pilih cara yang pertama. Biarpun cara yang kedua mungkin lebih mudah. Ahad pertama di tahun 2016, I dan En. Barney pergi menyinggah di Lot 10. Kononnya nak terminate before bill bulan January keluar lah.
Tapi bila check balik, last payment settled tak lebih 7 hari bekerja. Tambah pulak dengan cuti banyak nya bulan december itu so still dikira ada outstanding balance lagi. Nak terminate account? Haruslah tiada outstanding bill ye adik-adik sekalian.
Tak boleh nak terminate dulu lah jawabnya untuk bulan January. So kiranya bulan ini adalah bulan yang terakhir lah menggunakan perkhidmatan Yes4G. Biarpun ramai yang complaint kata teruk et cetera. Alhamdulillah, I guna elok aje. Cuma part quota itu lah yang menjadi masalah. Tak pernah lah cukup. Hiks.
Ada terjumpa cara mudah untuk terminate akaun Yes4G. Mungkin uolls boleh rujuk SINI jugak untuk langkah seterusnya.
p/s : Lepas ini tiada lagi lah masalah quota tak cukup Yippiee!
8 comments
wah!! lepas ni kena lebih kerap komen kat entri kita tau. haha
huhu part berebut tu lawak2 je kak aisya ni haha.
tp betul, kalau pakai sorang baik guna ni kan hehhehe
thanks kak aisya!
tak pernah guna Yes ni tapi ramai je kawan-kawan guna. Hana guna UMobile wireless broadband sebelum ni, alhamdulillah takde masalah :) terminate pun sebab bila masuk rumah sewa ada Unifi, so macam tak berbaloi guna modem tu
Yes4G saya pun dah terminate. Speed okay tapi coverage x cun. Memandangkan saya banyak travel ke luar bandar... Yes4G xleh dijadikan pilihan. Yup, Quota cepat habis.. Dah cuba maxis broadband?
hahaha kuota tak pernah cukup adalah perkara biasa.
saya baru je guna wifi Yes 4G, HUHU
untuk kat rumah better pasang unifi terus. utk hp boleh guna data je. rumah aku kat kulim ni takde coverage unifi. so aku amek streamyx 1Mbps je. Still puas hati. tapi kalau area yg ada unifi, better unifi terus. dpt tgk hypp tv sekali. x yah pasang astro dah.
Sally harap kat masa lunch kat opis je nak buat pape..hahahaha...dah tu skrg guna ape?