Ini adalah entri autopublish sebenarnya. Kan dalam entri semalam I ada mention yang weekend ni nak pergi cuti cuti Malaysia kejap. Alah, tak jauh pun. En. Barney kata lebih kurang 2 jam je naik kereta.
Itu kisah entri autopublish. Tapi Iolls sebenarnya nak cerita benda lain. Biasalah, menyimpang.
Pernah I ceritakan dalam entri yang INI. I dan En. Barney belikan cage untuk Oreo dan Caramel. Kalau dah nakal sangat panjat sana dan sini, masukkan aje dalam cage sejam dua. Denda yang tak makan saman.
Tapi lain lah pulak ceritanya dengan Si Oreo ini. Dia tak masuk dalam cage tapi dia panjat naik atas cage! Kucing nakal sungguh.
Konon raja di atas singgahsana lah tu. Pfft.
Nak panjat atas cage pun panjat lah Oreo. Asalkan jangan panjat naik Fridge, Microwave dan kabinet dapur. Yang ini Oreo nak tunggang terbalikkan pun sila sila. Tiada halangan.
Oh by the way, I kan pernah buat entri tentang Menangani Kucing Yang Hyperactive. Alah macam Oreo tu. I dah jumpa satu jalan penyelesaian bagi menangani masalah kucing nakal seperti Oreo ni. Cari satu kotak kosong. Letak lah di tengah tengah ruang tamu. Ikut suka lah si bulus tu nak main macam mana. Asalkan tissue roll Iolls selamat!
p/s : Dah hampir hancur dah kotak tu bulus berdua ni kerja kan. Kena rajin sikit menyapu lah tapinya. Tak apa, jangan habis musnah barang yang lain.
6 comments
nakalnya haha. kucing kat rumah sewa Hana ni lak pasif sangat. orang peluk lama ke kacau-kacau dia ke redha aje camtu tak melawan
adoi la oreo y so cute n innocent hahahaha
lepak atas singahsana tuuhh., ;p
comel warna dia :)
tak.gayat ke oreo :-))
oreo nak kebebasan kott huhu ambik angin drpd atas