21/05/2011

Nasi + Ayam = Nasi Ayam! Eh?

Tengahari tadi macam biasa, Chipmunk dan En. Barney keluar makan. Biasalah dah stay hostel dan bosan dengan kafe kolej of course la keluar makan kan. Before tu tanya la En. Barney hari ni nak lunch kat mana pulak. Dan macam dalam entry yang ini, everything semua En. Barney yang decide. Bila tanya nak lunch kat mana, jawapan beliau sangat lah tak menjawab soalan, "Tau, rindu kat kakak tu kan? kita makan kat situ la". At first, memang tak paham until En. Barney sebut nasi ayam. (Ceh, dia yang rindu nak makan nasi ayam. Dia cakap kita ni rindu kat kakak yang ambik order tu pulak).

Nasi Ayam Madu Sri Melati

Kitorang selalu makan kat sini. This week saje dah 3 kali. Sampai kakak yang ambik order tu dah tau kitorang nak order air apa. Belum sempat nak cakap, dia dah cakap "Milo ais satu, lagi?" (En. Barney la tak habis-habis dengan milo ais dia tu).

But seriously, nasi ayam tempat ni sedap. Actually, ayam yang sedap. Nasi dan air biasa-biasa je. Kalau datang sini, nak minta nasi lebih boleh, ayam lebih pun boleh, even nasi ayam tambah pun boleh (tak sure apa maksudnya, maybe nasi dan ayam lebih kot, pernah dengar orang order nasi ayam tambah ni).

Tempat ni kira warung la kot, or gerai. Entah la. Ala style yang kampung-kampung tu (almaklumlah, dari kecik sampai besar ni memang stay kat area bandar je. Balik kampung pun setahun sekali. Kalau bab kampung-kampung ni memang fail bukan sikit tapi banyak). 

Kalau student UKM yang dah 3 tahun study kat UKM tapi tak pernah pergi sini memang rugi la. Tempat ni on the way nak pergi MINT (Agensi Nuklear Malaysia), dan right before traffic light nak masuk ke Kg. Teras Jernang (kalau dari UKM la). Kalau siapa-siapa yang berada di area yang berdekatan tu why not try makan kat sini. Nasi ayam kat sini memang sedap la. 

Obvious muka terlebih tido

yang ni pulak muka kelaparan. Bila masa En. Barney ni tak lapar? Oops. Hehe






18/05/2011

'OutiNg'

Sebenarnya bukanlah outing pun. Outing nie istilah budak2 asrama yang guna masa diorang nak keluar dari tempat diorang. Hehe.. Semalam kitorang jalan2 kat tasik nie. Nama tasik nie Tasik Cempaka. Memandangkan kitorang belajar kat UKM, of course la tempat nie kat Bangi jugak. Tasik nie terletak dekat area PKNS Bangi. ^^





Planning kitorang semalam sebenarnya nak basuh kereta. Tapi tak jadi. Pasal petang semalam macam nak hujan je. Tapi tak hujan pun. Mendung je. Jadi macam rugi la pulak kalau basuh kereta kalau hujan nie. Buat penat je. T_T

Kitorang decide nak gi jalan2. Awal2 tu aku tanye
Chipmunk, "nak gi mana nie?" Dia cakap "ikut la". Da biasa dah macam nie. Mane2 nak gi semua aku yang decide. Hehe.. Tengah jalan2 tiba2 pulak lalu kat tasik nie. Pastu dua2 nak gi jalan2 kat situ. Punya la ramai orang semalam. Maklumlah cuti umum kan semalam. Hehe..






Tempat nie sebenarnya memang cantik. Dengan landscape nya, tempat orang beriadah, bawak anak2 yang comel dan main layang2. Tapi tasik nie agak tercemar la. Kalau nak tanya pendapat aku, tempat nie ok la. Sebab kebersihan tasik nie kurang terjaga. Kalau la terjaga, mesti lagi cantik.

Rasa nyaman je kat tasik tu. Yela. Dah banyak pokok dan udara pun takde lah tercemar dengan ekzos kereta. Tapi............ Huhu...
Tercemar jugak! Sebab bau asap rokok. Baru je mention pasal entry hari tu. Kalau yang tak tahu tu, korang boleh baca kat sini.

Bila dah ada orang camni, kitorang pun gi jauh2 dari kelompok yang camtu. Mostly budak2 kot yang smoking dan melepak kat situ. Haihh~~~ Apa lah nak jadi budak zaman sekarang. Kecik lagi kot dah merokok. Aku dulu pun takde lah kecik camtu. Dan besar panjang sikit, baru smoking. lol. Takpe, kitorang gi jauh2 sikit pun nyaman jugak. Hehe..


Nie gambar yang kitorang ambil masa jalan2 kat Tasik Cempaka. Klau yang dekat dengan area bangi nie, ok jugak kalau korang nak gi. Enjoy the pic! ^^





















Macam mana? Ok tak? Kalau nak tahu, better gi sendiri. Tengok dengan mata korang. Hehe.. Experience yourself! ^^

15/05/2011

Say CHEESE!


Siapa suka cheezy wedges? (pinjam gambar dari En. Google jap ye)

Wait!
Patut tukar soalan. Siapa tak suka cheezy wedges? Ada tak ye? Tau tak cheezy wedges tu adalah nikmat dunia yang kedua selepas ice cream vanilla? (okay, tipu).

Sebenarnya nak cerita pasal ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini la cheese. Atau dalam bahasa melayu nya KEJU. Perkataan cheese ni berasal dari perkataan latin, caseus. Pembuatan cheese ni tak tau la bermula dari mana. Sama ada dari Europe, Asia atau middle east. Tapi cheese ni, macam lebih popular di kawasan Europe je kan? Pernah baca, kat Asia cheese tak digunakan sangat dalam masakan due to lactose intolerance orang-orang Asia ni.

Cheese atau keju ni adalah makanan yang mengandungi protein dan lemak dari susu. Biasanya susu lembu, kerbau, kambing atau biri-biri. Keju ni ada macam-macam jenis. Bergantung dengan criteria macam kandungan lemak, tekstur, cara pembuatan atau asal cheese tersebut dan banyak lagi la.

Jom kita tengok a few type of cheese yang ada. (Gambar semua dapat dari En. Google je).






Ada banyak lagi jenis cheese ni. Tak larat la kalau nak list kan satu-satu kan. Banyak sangat. Belum lagi kalau ikut kan negara. Cheese dari Hungary ke, Mauritania ke, Georgia ke, macam-macam ada la. Mana la tau Malaysia pun termasuk dalam senarai jugak kan. Heh? 

Kalau nak tengok types of cheese, boleh la klik SINI, dan kalau nak tengok list of cheese ikut country boleh la klik SINI. Dan kalau nak tau lebih lanjut atau apa-apa info pasal cheese, boleh la pergi ke www.cheese.com.

Strawberry Cheesecake. Tengok je pun dah terliur. Huhu

Chipmunk dan En. Barney kalau makan kat kfc mesti berebut cheezy wedges.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...