Tamat cerita Secret Hotel, I mula cari drama korea baru yang lain untuk I tengok. Lagipun Three Musketeers pun dah hampir tamat. And Bad Guys ni memang I teringin nak tengok pun sebenarnya. Tapi belum sempat lagi I suruh En. Barney a.k.a supplier download, dia bagitau dia dah download dulu dah. Sebabnya dia tengok sikit sangat pulak bekalan drama korea I untuk seminggu. Oh bekalan seminggu sebabnya on weekend je supplier drama korea I bagi external hardisk yang dalam tu ada beberapa episod. Cukup untuk I tonton dalam masa seminggu. Nak harap I download sendiri, tonton online? Internet semput ni memang tak lah. Baru tengok satu dua episod dah habis quota dah.
Sekarang ni ada dua drama baru tapi I story-story yang satu ini dulu. Kalau uolls suka cerita polis-penjenayah-serial killer, boleh lah tengok drama Bad Guys ni.
Sinopsis Bad GuysApabila anak Ketua Polis yang juga merupakan seorang anggota polis mati dibunuh oleh pembunuh bersiri, dia mengarahkan Detective Oh Goo Tak (Kim Sang Joong) yang sedang digantung kerana menggunakan kekerasan untuk menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada penjenayah. Pasukan tersebut dianggotai oleh Park Wong Chul (Ma Dong Suk) yang merupakan seorang gangster, Lee Jung Moon (Park Hae Jin) pembunuh upahan termuda yang mempunyai kebijaksaan yang luarbiasa dan juga Jung Tae Soo (JoDong Hyuk) iaitu seorang pembunuh upahan. Pasukan tersebut juga dianggotai oleh Inspector Yoo Mi Young (Kang Ye Won) dan ditugaskan untuk menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang sukar.
I jenis yang kurang suka drama korea jiwang dan sweet yang mempersoalkan cinta dan bermain dengan emosi semata-mata. I lebih suka drama yang begini. Less love story or none pun okay juga. Bak kata kawan I, jenis drama korea yang kering air mata, kering hati sebab tak ada scene nangis-nangis bagai.
Jadinya kalau uolls tanya I drama ni best ke tidak sudah seharusnya I cakap best, Sebab I memang minat genre dan cerita yang begini. Kalau jenis yang nak tengok love story saja memang kurang best la kot. Cuma a bit confusing lah, uolls kena guna akal dan minda sikit tengok drama ni. Senang cerita macam uolls tengok TV Series CSI lah.
Park Hae Jin
I nak tengok mamat ni berlakon sebenarnya. Since I tengok Family Outing lagi, I nampak Park Hae Jin ni handsome. Oh tolong jangan bagitau En. Barney salah satu sebab I nak tengok drama ni sebab I nak tengok Park Hae Jin. Nanti tak pasal-pasal sentap pulak Pakcik tu, I tengok drama korea sebab nak tengok mamat handsome. Eh.
Tonton Online Bad Guys
p/s : tak jumpa pulak link nak download drama ni.


