25/08/2014

Korean Drama : My Secret Hotel

Walaupun bukan lah seorang yang meminati Kpop, I selalu juga buka website allkpop.com. Ini semua sebab nak tahu drama korea yang terbaru, drama mana yang ratingnya tinggi dan so on. Macam drama My Secret Hotel ni lah. I terbaca satu artikel dalam website allkpop yang drama ini ditayangkan dalam minggu lepas. Baca sinopsis macam menarik, jadi I try la download episod 1 nak tengok best atau tak.  



Sinopsis My Secret Hotel

Nam Sang Hyo (Yoo In-Na) merupakan pengurus untuk jabatan yang dinamakan sebagai 'Wedding Planning Department' untuk sebuah hotel terkemuka iaitu The Secret Hotel. Selepas tujuh tahun, Nam Sang Hyo bertemu semula dengan bekas suaminya yang juga merupakan salah seorang daripada client nya, Gu Hae Yong (Jin Yi Han) yang bakal berkahwin di hotel tersebut. Keadaan menjadi rumit apabila Nam Sang Hyo terjerumus di dalam kisah percintaan tiga segi antara dirinya, Yeo Eun Joo (Lee Young Eun) dan Pengarah Urusan hotel tersebut, Jo Sung Gyeom (Namgoong Min). Namun memburukkan lagi keadaan apabila berlaku satu kes pembunuhan di hotel terbabit.

So for so good. Best jugak. Just imagine, masa pengantin lelaki tengah walk down the aisle tiba-tiba ada mayat jatuh dari atas. Dari mana datangnya mayat tersebut, kenapa dia dibunuh dan siapa pembunuhnya? Yang paling penting apa motif pembunuhan tersebut dan apa kaitannya dengan kisah-kisah cinta Nam Sang Hyo? Tengok episod satu dah buat kita tertanya-tanya. Hari ni nak download episod dua pulak. 


Tapi drama My Secret Hotel ini mengingatkan I kepada drama Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo dan Choi Jin Hyuk. Lebih kurang sama je. Santai dan kelakar. Cuma My Secret Hotel ni mungkin agak tense sikit kot sebab ada kisah pembunuhan. Tapi kalau uolls suka tengok Emergency Couple, mungkin akan suka juga tengok My Secret Hotel ni kot. 

Download My Secret Hotel

Watch Online My Secret Hotel

p/s : Siapa ada tengok drama Three Musketeers lakonan Yong Hwa CNBlue a.k.a Buah Hati Sally? Best tak?

7 comments

8/25/2014 09:58:00 am

Ehhh Yong Hwa tu buah hati kita jugaklah. Bukan Sally je. Hahahaha

p.s : macam best je cite ni. :D

8/25/2014 12:21:00 pm

menarik bila mama baca review ni, nanti nak try tengok..

8/25/2014 12:55:00 pm

Mcm terpaksa tgk juak tokkkk.. hee.. Now kmk tgh tgk temptation, the 3 musketeer, Angel eyes, & It's okay Its love ;)

8/25/2014 03:39:00 pm

Salam, haha sejak dah habis study ni, rasa mcm xcukup mase dah tgk drama2 korea ni...tgk movie pun asyik tertido je~ adoi~

8/26/2014 08:33:00 am

Assalamualaikum dan salam singgah pagi dik...wah...menarik ni...akak suka layan drama korea2 ni..hehe...

8/29/2014 12:53:00 am

cam best..
tp lptop yaya ni lmbt lak lau nk dowload ni..isk

9/01/2014 01:09:00 pm

yerrr.. minat juak kitak korea kak ouhhh.. hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...