23/08/2014

[ Nuffnang Premiere Screening ] Lucy

Dua hari setelah filem Lucy ditayangkan, baru sempat nak buat entri biarpun Iolls dah tengok dulu hari Rabu lepas. Yang tanya "best tak, best tak" cerita ni, macam Iolls bagitau SINI, "esok lusa I story" dengan harapan anda dan anda bersabarlah sebentar. Nak buat entri khamis lepas, tak sempat. Nak publish entri semalam, macam tak manis pulak bercerita pasal movie on National Day of Mourning kan. 



Sinopsis Lucy

Lucy diperangkap untuk menjadi keldai dadah berdepan dengan keadaan yang lebih menggetirkan setelah bertemu dengan Mr. Jang. Dadah sintetik yang dinamakan CPH4 dimasukkan ke dalam bahagian ususnya untuk membolehkan dadah tersebut dibawa merentas negara. Namun paket dadah tersebut pecah dan kandungannya meresap masuk ke dalam tubuh Lucy yang kemudian membolehkan Lucy untuk menggunakan 100% kapasiti otaknya. 


Macam yang Iolls bagitau di SINI, movie ini adalah saintifik. Siapa yang cintakan ilmu, this is the right movie for you. Apa yang terjadi bila dadah CPH4 masuk ke dalam tubuh Lucy dan apa tindak balas tubuhnya terhadap dadah tersebut? Kemudian, apa yang dia boleh lakukan bila dia menggunakan 100% kapasiti otaknya? Jangan kata 100%, 40% sahaja dia sudah boleh melakukan sesuatu yang sangat luar biasa. 


Yang tidak berminat untuk menonton Sci-Fi movies, jangan risau sebab I rasa movie ini dah guna the most basic scientific term. In fact I rasa, diolah untuk menjadi bahasa harian yang digunakan supaya lebih difahami. Dari apa yang I tengok, asas untuk movie ini pun simple. Proses pembelahan sel ataupun Mitosis. Benda yang I belajar dari Form 4, matrikulasi sampai lah universiti. Even En. Barney yang paling bahagia bila ponteng kelas biologi masa sekolah-sekolah berkurun yang dulu pun masih ingat lagi.  


Siapa yang suka dengan movie Transcendence, I pasti uolls akan suka movie ini jugak. Cuma Lucy lebih simple dan mudah difahami berbanding Transcendence. Yang mengharapkan Filem Lucy ini compact dengan action, sorry to say I rasa movie ini lebih kepada to value the knowledge. Plus Lucy lebih kepada Sci-Fi movie berbanding Action. Jadi action memang kurang sikit lah. 


Kalau tanya I best atau tak, memang I jawab movie ni best. Cuma I rasa macam tak cukup. Apa-apapun, untuk movie Lucy ni I bagi 6.9/10. Ada yang dah tengok Lucy? Ataupun uolls plan nak tengok weekend ni? Scarlett Johansson tu. Hiks

p/s : Dalam banyak-banyak movie tahun ni, paling tak sabar nak tunggu Mockingjay. Lagi 3 bulan. Wink wink!

9 comments

8/23/2014 09:31:00 am

belum pernah tengok lg..:)

8/23/2014 02:41:00 pm

tgk trailer cmbest..
scarlett johansson plak tue.
watak black widow dalam avengers mmg terbaek.

8/23/2014 03:25:00 pm

kena tunggu keluar tv ni...sekarang tak dapek dah nak layan wyang...huhu

8/23/2014 04:56:00 pm

bestnye wayang freee. hee

8/23/2014 07:34:00 pm

Bestnyaaaa ;)

8/24/2014 12:32:00 am

pernah tgk iklan jer kat tv hehee..ya allah rsa dah setahun xjejak wayang ni..haihhh

8/24/2014 07:30:00 am

jalan cerita nampak menarik,,, ermm...

8/24/2014 10:49:00 am

Salam, haaa citer ni pun style gak..tp xde sape nak diajak tgk wayang..uhuk2~

8/29/2014 12:57:00 am

dah tgok...
mmg ok la...suka tgok..=D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...