03/01/2014

Mengatasi masalah bulu kucing mudah gugur?

Dalam entri INI pula, Kak Atien ada tanya tentang tips mengatasi masalah bulu kucing yang mudah gugur. Sebenarnya tak ada tips sangat pun, alhamdulillah Cik TengTeng dan Abang E'el tak meragam sangat dalam hal ni. Tipu lah kalau kata bulu kucing tak gugur langsung pun. Mungkin something wrong tu. Tapi I share jugak lah tips yang mungkin menyumbang sedikit sebanyak untuk mengurangkan keguguran bulu pada kucing comel uolls.


  • Makanan yang sesuai. I rasa yang ni paling penting. Banyak sebab kenapa uolls perlu make sure makanan yang uolls berikan tu sesuai untuk si comel. Satu, ada certain brand  tu mungkin tak sesuai dengan kucing uolls. Bergantung pada kucing tu jugak. Macam mana nak tau sesuai atau tak? Senang je, indicator nya adalah bahan buangan kucing tu. Ini based on pengalaman lah. Bila makanan tu tak sesuai, kucing tu akan mengalami sakit perut. Macam tu juga dengan masalah bulu kucing mudah gugur. Macam Cik TengTeng dan Abang E'el, ada certain yang memangkinkan masalah bulu kucing gugur ni. Tapi macam yang I cakap, bergantung pada kucing tu jugak. Uolls boleh rujuk entri INI untuk makanan Cik TengTeng dan Abang E'el.
  • Grooming. Yang ni senang je. Time uolls tengah syok tengok drama Ariana Rose petang-petang tu, letak si kucing comel atas riba, dan sikat-sikat bulunya. I selalu jugak buat especially time tengah tengok TV tu. 
  • Mandi. Cik TengTeng dan Abang E'el mandi dalam seminggu sekali. Tapi kalau dah malas tu, 2 minggu sekali. Sekarang ni malas sikit sebab kedua-duanya dah makin berat. Nak mandikan pun mengah je rasa. Dah rasa macam jogging 2 km dah. Eh?
  • Suplemen Tambahan. Yang ni I jumpa masa I google-google pasal hal ni. Bagi kucing uolls suplemen tambahan Omega-3 and Omega-6 Fatty Acids. Untuk hal ni, uolls boleh lah rujuk Vet. I pun tak berani nak cakap banyak. 

Saya mahu tidur lah. 

Ini kebanyakannya berdasarkan pengalaman sendiri tapi tengok kucing jugak lah. So kena beri perhatian lebih sikit dengan kehendak dan keperluan si comel supaya uolls dapat bagi yang terbaik untuk kucing uolls. Jadi si manja boleh hidup dengan sihat dan semakin comel!

Cak!

p/s : Makin pening dengan Abang E'el ni. Makin nakal. Kalau dah dua ekor ni bergurau, main kejar-kejar, habis satu rumah. Carpet yang bapa dirikan tu pun dah jadi puncak Everest Abang E'el dan Cik TengTeng dah. 

02/01/2014

Blognovela Episod 8

Setelah lama menyepikan diri, kini kembali semula bersiaran menemui uolls semua. Minta maaf pada yang ternanti-nanti bila agaknya turn diorang kan. Ada 8 lagi dan untuk episod kali ini ada 4 blog yang nak di promote. Sebelum tu, uolls boleh terjah episod-episod sebelumnya. 


Masib berbaki satu lagi episod. Empat blogger dalam episod kali ini, semuanya tersenarai dalam Top 25 Carta Pengomen Tegar bulan Disember dan semuanya ada dalam senarai bloglist I. Tahniah dan terima kasih diucapkan. 



Pengenalan Diri tuan empunya diri uolls boleh lah baca di SINI. Bagi I pengenalan diri yang sangat lengkap. Kenapa Nota Mengajar Belajar pun ada diterangkan di situ. 


Blog yang simple tapi sangat padat isinya. Cuma lately ni I perasan, kurang entri baru. Mungkin disebabkan komitmen beliau sebagai pendidik agaknya. Apa-apapun diharapkan semoga terus sukses tak kira lah sebagai pensyarah ataupun sebagai seorang blogger dalam menyampaikan ilmu kepada mereka yang lain. Terima kasih! 



Kesian Cik Yaya, dah lama tunggu bila agaknya sampai turn dia pulak ni. Sorry ye. Salah seorang rakan dunia blogging yang agak lama jugak lah kita sudah berkenal-kenalan. Betul tak? Mungkin ada peluang boleh kita bersua muka pulak satu hari nanti. 


Blog Cik Yaya dah comel dah. Pink pink lagi tu. Lagi-lagi header. Macam nak culik je kartun kat header tu. Boleh tak? Hiks. Boleh tahan banyak jugak resipi dalam tu. Siapa nak tengok resipi tu boleh lah terjah Cik Yaya. Bukan resipi je, banyak lagi benda lain asalkan uolls rajin selongkar je. 



Dari hari tu lagi Blogger Sally cakap dia nak jugak. Maaf ye Sally, lama pulak menunggu. Peminat tegar CnBlue dan Doraemon yang sangat friendly. Kalau ada siapa-siapa yang berniat nak culik Jung Yong Hwa tu sila lah fikir 100 kali. Nanti tak pasal-pasal kena penangan Doraemon Cik Sally. 


I perasan Cik Sally suka mekap-mekap blog dia. Tukar header lah, tukar ini lah. Alahai rajinnya. Kalau dulu dengan warna tema biru, kali ini purple pula. Tapi biru tetap ada menyelit di mana-mana saja ia berada. Cantik! Ni rasa macam nak tukar warna tema blog jugak ni. 




Kenal Kak Jijah dalam dunia blogging ni rasanya before Kak Jijah kahwin lagi. Sekarang, dah ada seorang anak yang diberi nama Zulhakimi Zaim. Centre of attention blog Kak Jijah sekarang dah beralih ke Hakimi yang sangat comel. Ada lesung pipit dan lahir bulan September. Boleh lah geng dengan Hakimi ni sebab I pun ada lesung pipit dan birthday pun 8 hari selepas Hakimi. Hiks


Biarpun I bukan lah peminat warna merah jambu tapi warna pink blog Kak Jijah nampak cantik pulak. Nampak kemas pulak tu. Suka tengok. Anyway, buat ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana tu boleh lah selongkar blog Kak Jijah. Memang ada banyak sangat info khas buat ibu-ibu dan bakal ibu. 

p/s : Dah sampai ke penghujungnya. Tinggal satu episod lagi. 

Phase II : Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Sebenarnya dah lama nak buat entri ni. Tapi asyik tangguh je sebab I perlukan mood untuk menaip. Kalau tak nanti hasilnya muncul lah entri yang merepek merapu tanpa hala tuju. Ini adalah Fasa Kedua untuk Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda yang dianjurkan oleh Mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife2u.com. Nak tahu apa itu Ephyra? Uolls boleh rujuk entri INI. 


Sebenarnya I dah lama tahu tentang produk Ephyra ni. Thanks to Blogger Diana Ishak atau lebih dikenali sebagai Kak Di. I dah follow blog Kak Di since beliau pregnant anak bongsu beliau, Rayyan. In fact pernah bersua muka dengan Kak Di masa majlis Akikah Rayyan berapa tahun lepas. So selama ni, mampu baca je testimoni Kak Di mengenai Ephyra. Nak memiliki sendiri? Almaklumlah, student. Faham-faham lah kan. 

Dan sebenarnya lagi, I kalau produk-produk macam ni agak was-was sikit nak consume. Takut jugak kesannya terhadap diri sendiri. And thanks again to Kak Di, tanpa ragu-ragu I terus cuba masa trial pack Ephyra sampai. Kalau uolls juga merupakan follower Kak Di, uolls tahu apa sebabnya. Tambah lagi, I pernah terbaca artikel mengenai Kak Di di MyMetro. Uolls boleh baca di SINI. Beliau ada menyentuh tentang Ephyra di dalam artikel tersebut. 

Nak dijadikan cerita, bila Abang Posmen bagi je parcel kat tangan I dan haruslah I terus buka, Mak dan Bapa pun agak curious jugak dengan isi kandungan parcel tersebut. Bila Mak baca mengenai kelebihan Ephyra dalam helaian yang disertakan, Mak terus tertarik dengan produk ni dan serta merta suruh I order kan untuk dia jugak. 


So I pun terus order Ephyra kotak 30 sachets kat Kak Di. Siap dapat shaker dan free gift lagi. Bukan Mak je, Bapa pun tertarik untuk consume Ephyra bila terbaca dalam pamphlet yang disertakan yang Ephyra elok untuk pesakit Gout. 

Siapa yang memerlukan Ephyra?

Alhamdulillah I dah habiskan satu kotak trial pack Ephyra. Rasanya pun sedap. Rasa macam perisa oren pun ada jugak. Dan bila dah habis satu kotak ni, I pun kongsi-kongsi lah dengan Mak pulak. 

10 Hasil Yang Nyata

After consume Ephyra lepas 10 hari ada tak apa-apa perubahan? Physically, tak kelihatan sangat tapi bagi peminat-peminat Drama Korea mesti tahu yang orang-orang Korea sangat menitikberatkan soal complexion (complexion bermaksud the natural colour, texture, and appearance of a person's skin, especially of the face). Well yang I perasan nampak lebih segar dan berseri.

I ni banyak menghabiskan masa depan laptop. Thesis writing banyak memerlukan I untuk menaip dan membaca jurnal. Selain daripada itu, I tengok drama Korea, tengok Running Man dan even blogging pun semua depan laptop. Bukan mata je cepat letih, pergelangan tangan pun rasa penat-penat, bahu pun sakit-sakit. Dengan Ephyra rasa lebih bertenaga. Cuma tak adalah jadi macam Wonder Woman kan, at least perubahan tu dapat dirasakan. Selain daripada tu, kurang rasa lapar berbanding sebelumnya. Makan berat tengahari, malam pulak makan Quacker Oats dan still tak lapar jugak. Nak kata full tu tak lah, tapi tak ada lah rasa kebulur. Sebab perah otak ni perut kena penuh tapi sekarang relax je nak menaip dan membaca lagi. 

 #NoFilter #NoCamera360 #Poyo

Alhamdulillah, so far so good. Cuma bila consume Ephyra ni, uolls kena gigih lah ke toilet untuk membuang air kecil. Tapi okay lah tu kan, buang toxic dalam badan gitu. 

So sesiapa yang nak cuba Ephyra, nak tengok bagaimana pulak hasilnya kat uolls ataupun uolls dah tak kuasa nak menggunakan khidmat aplikasi Camera360 lagi nak ambik gambar untuk muka yang nampak flawless boleh dapatkan Ephyra sekarang di number/email/social sites yang tertera di bawah

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

p/s : Terima kasih sekali lagi Mialiana.com dan oceanlife2u.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...