10/09/2013

Mencari Kiblat Cinta - Anita Aruszi

Dah lama tak share novel yang dah Chipmunk baca. Ada banyak sebenarnya novel yang dah habis dibaca dan belum lagi Chipmunk baca. Mood baca novel ke laut kejap. Tambah pulak tak ada novel yang best sikit. Semua sebijik je jalan cerita. Yang love story bagai ni sebenarnya tak minat. Jiwang sangat rasanya, selalu kalau part dah meleret macam tu Chipmunk skip je. Tak pun baca macam scanner. Cuma perlu scan mana bahagian penting. Chipmunk lebih minat genre thriller macam karya Ramlee Awang Murshid. Karya beliau memang jiwa I sungguh lah, pendek cerita. Dan seorang lagi penulis yang semakin mendapat tempat di hati Chipmunk dengan karya-karya beliau adalah Mazni Aznita ataupun juga dikenali sebagai Anita Aruszi. Dah baca dua karya beliau sebelum ni (Sayangku Casper dan Venom Suria). Dua-dua memang best! Dan kali ni nak share satu lagi novel beliau.


Yang ni pun kalau baca title je mesti ingat "Alah, macam novel-novel lain jugak ni lebih kurang" tapi sebenarnya macam-macam ingredient yang diadunkan menjadi satu adunan. Boleh lah baca sinopsis novel Mencari Kiblat Cinta ni, 

Kes malas nak menaip, sila klik untuk lebih jelas. 

First time Chipmunk baca yang heroin perempuannya seorang banduan. Sadis sebenarnya kisah hidup Danira ni. Biasalah penerimaan masyarakat dengan seorang yang memegang title bekas banduan. Tapi sebenarnya, Danira dah buang masa 6 tahun dipenjara atas kesalahan yang bukan dilakukan olehnya. 6 tahun yang menyebabkan dia lost contact dengan satu-satunya ahli keluarga yang dia masih ada, adiknya Naufal. Bebas daripada penjara tak bermaksud dia bebas daripada segala-galanya. Danira masih lagi diburu. Kenapa dan oleh siapa dan siapa pesalah yang sebenarnya? Yang tu boleh baca sendiri untuk jawab semua persoalan tu. Takkan nak reveal semua kat sini pulak kan? Hiks


14 comments

9/10/2013 09:22:00 pm

sinopsis macam best ;D

9/10/2013 10:24:00 pm

whuaa..peminat novel jgk ea...akk nak pinjammm jamm jamm... hehehe

9/10/2013 10:55:00 pm

org dah excited nak tau.. saje je kan.. kena beli la ni kalau nak tau ye.. heheh..

9/10/2013 11:16:00 pm

@Sally Yatiey

best! hehe

9/10/2013 11:17:00 pm

@Noura Qifays

meh la dtg rumah.. :P

9/10/2013 11:17:00 pm

@Chic Na

itu la motifnya.. hiks..

9/11/2013 12:08:00 am

menarik baca sinopsisnya.. :D

9/11/2013 02:15:00 pm

macam menarik je cerita dia..

9/11/2013 03:00:00 pm

Best-best.

9/12/2013 09:01:00 am

sis kadang-kadang bosan baca bila jalan cerita terlalu predictable..anyway novel ni macam best...nanti nak cari :)

9/12/2013 01:18:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

mmg best pun kak aiza.. tak meleret kisah cintan cintun dia. hehe

9/12/2013 01:19:00 pm

@Cik Itah@RRP

yup :D

9/12/2013 01:19:00 pm

@Isabel Diaz

nang best.. :D

9/12/2013 01:19:00 pm

@puteri kasih

tu la sis.. skip2 mana yg boleh.. nk tau konflik je.. ending dah tau dah mcm mana. haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...